Monday, May 31, 2010

TERUSKAN MENEMBAK DOA BUAT MEREKA

Salam 'alaik...
hari ini, kita dikejutkan dengan berita serangan zionis israel LAKNATULLAH ke atas kapal mavi marmara dan kapal2 misi LIFELINE 4 GAZA yang lain..teruslah berdoa dan gandakan solat hajat buat mereka...semoga Allah melindungi mereka dari kekejaman israel laknatullah..:: wakil2 HaluanPalestin ::

berita terkini boleh dirujuk di sini:
Haluan Palestin
Lifeline 4 Gaza
twitter sahabatalaqsha
twitter Free Gaza Movement

petang tadi telah diadakan sidang media oleh
Pasukan Pengurusan Krisis dan sokongan keluarga misi LL4G Malaysia

KENYATAAN MEDIA
Isnin 31hb Mei 2010
GESAAN KEPADA KERAJAAN DAN RAKYAT MALAYSIA MENGUTUK SERANGAN ISRAEL KE ATAS FLOTILA MISI BANTUAN KEMANUSIAAN LL4G KE GAZA
Perkembangan terkini flotilla Lifeline4Gaza;
1. Sebagaimana yang dimaklumi 7 buah kapal yang menyertai konvoi bantuan kemanusiaan antarabangsa ke Gaza sedang belayar menuju ke perairan Gaza melalui Laut Mediterranean. Konvoi ini diketuai oleh sebuah NGO daripada Turki iaitu Insani Yardim Vakfi (IHH). Maklumat terkini ialah kapal induk Mavi Marmara telah diserang oleh angkatan laut Israel. Akibat dari tindakan biadap ini 3 orang sukarelawan telah terkorban dan 30 lagi mengalami cedera parah.
2. Seramai 12 orang sukarelawan bersama-sama petugas media daripada Malaysia turut menyertai konvoi bantuan kemanusiaan ini. Mereka berada di atas kapal “Mavi Marmara”. Penyertaan mereka bersama konvoi ini adalah semata-mata atas dasar kemanusiaan.
3. Semua objektif dan pergerakan konvoi ini adalah berpandukan kepada Resolusi 1860 (2009) yang ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan undang-undang maritim lain yang berkaitan. Antara lain, Resolusi 1860 menyebut antara lain
a) menyeru kepada penghantaran bantuan kemanusiaan kepada Gaza termasuk makanan, minyak dan kemudahan perubatan,
b) menggalakkan usaha-usaha membuka laluan dan mekanisma lain bagi tujuan menyampaikan bantuan kemanusiaan yang berterusan,
c) menyeru semua negara untuk menyokong usaha-usaha di peringkat antarabangsa bagi memperbaiki keadaan kemanusiaan dan ekonomi di Gaza, dan
d) mengecam semua bentuk keganasan dan serangan terhadap masyarakat awam dan semua bentuk terorisma.
Semua rakyat Malaysia yang terlibat di dalam konvoi ini berpegang teguh kepada peraturan dan undang-undang antarabangsa dan pekerti mulia sesuai dengan aspirasi negara Malaysia.
4. Konvoi ini membawa kira-kira 10,000 tan barangan bantuan. Seramai lebih 540 orang menaiki kapal Mavi Marmara, termasuk ahli parlimen, ahli akademik, petugas media, ulamak, seorang kanak-kanak berumur kurang daripada satu tahun dan juga seorang warga emas berumur lebih daripada 80 tahun. Tidak ada sebarang bentuk senjata dibawa bersama konvoi ini walaupun untuk tujuan mempertahankan diri. Fakta ini jelas menunjukkan bahawa konvoi ini adalah benar-benar sebuah konvoi bantuan kemanusiaan yang akan disampaikan oleh sukarelawan-sukarelawan dari kalangan masyarakat awam.
5. Berdasarkan kepada fakta-fakta ini jelas Israel secara biadap telah melanggar undang-undang antarabangsa. Apatah lagi serangan ini berlaku di perairan antarabangsa dan dilakukan ke atas sebuah kapal bantuan kemanusiaan yang tidak bersenjata yang bertujuan aman. Tindakan Israel menginjak-injak prinsip kemanusiaan ini wajar mendapat kutukan dari seluruh masyarakat antarabangsa yang cintakan keamanan dan keadilan.
6. Kami dengan ini menyeru supaya kerajaan Malaysia di bawah pimpinan YAB Dato’ Seri Mohd Najid Tun Abd Razak dan juga Datin Seri Paduka Rosmah Mansor sebagai Penaung kepada Tabung Bantuan Kemanusiaan Palestin mengeluarkan kenyataan rasmi mengutuk tindakan biadap dan kejam regim Zionis Israel yang telah bertindak di luar batas kemanusiaan dengan menyerang sebuah flotila kemananan yang bertujuan semata-mata untuk menghulurkan bantuan kepada rakyat Gaza yang teraniaya dan dizalimi sekian lama.
7. Kami juga menyeru PBB supaya mengadakan persidangan tergempar untuk meluluskan resolusi bagi mengambil tindakan paling tegas ke atas Israel, termasuk mengheret pemimpin mereka ke muka pengadilan.
8. Kami juga menyeru kepada seluruh rakyat Malaysia untuk menyatakan bantahan dan kutukan paling keras ke atas Israel serta bersedia untuk menyokong apa-apa tindakan yang akan disusun seterusnya bagi menangani isu ini.
9. Kami juga menyeru kepada semua pemimpin-pemimpin politik, pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan dan rakyat seluruhnya supaya bergabung tenaga menyatakan sokongan kepada misi penghantaran bantuan kemanusiaan ke Gaza dan mengenakan tekanan ke atas Israel yang telah menyerang flotila Gaza sehingga menyebabkan kematian dan kecederaan di kalangan sukarelawan.
10. Kami seterusnya menyeru agar semua peringkat masyarakat dapat meneruskan doa dan solat hajat di masjid, surau, jabatan kerajaan, atau mana-mana tempat lain yang sesuai bagi memohon agar Allah SWT menjayakan misi bantuan ini dan memberikan kekuatan dan kesabaran kepada para sukarelawan.

Zulkifli Mohd Nani
Pengerusi
Pasukan Pengurusan Krisis dan sokongan keluarga misi LL4G Malaysia

:: doakan mereka ::

wahai saudara2 seISLAM ku...
apa lagi yang mampu kita lakukan selain mendoakan yang terbaik buat mereka...
doa dan teruslah berdoa..

Tuesday, May 25, 2010

i've been tag..

salam 'alaik untuk semua..
bersyukur kepada Allah swt kerana kita masih berpeluang menghirup udara segar di bumiNYA ini dan juga masih berpeluang berada dalam nikmat IMAN dan ISLAM...

post ini bertujuan untuk menjawab soalan yang telah di'tag oleh sahabat tersayang, Aisyah Ruqayyah..

3 names in your message inbox
ina
Miss Anne
cipa


your main ringtone
epilog rindu by inteam

what you did at 12 last night?
sleep~~

who was the last person you went with? where?
kak nawal..went to rumah CAB for sessi me'recharge' iman..

the colour of t-shirt you are wearing now
white

the last thing you did
suap yaasir makan

3 of your everyday favourite items
-laptop
-hanphone
-kereta (",)

the colour of your bedroom
something like orange..
(do i have my own bedroom??hee~~)

how much money in your wallet now?
tinggal ringgit-ringgitan only..

how's life?
hidup penuh dengan ujian yang didatangkan
agar kita terus dan terus meningkatkan keimanan
dan mengejar redha Allah


your favourite song
currently :: Maher Zein

what will you do next weekend?
will be prepared for the long journey~~

when was the last time you see your mom?
minutes ago

where is she now?
at the kitchen

when was the last time you talk to your parents?
minutes ago

who is the last person talked to you last night?
yaasir

the last suprise you got
terkejut mendengar berita kemalangan my dearie friends, ana razak..

last thing you borrowed from your friend
pinjam nail clipper ina.. =)

who is your bf/ gf/ husband/ wife?
should i have some kind of bf/gf???
redha Allah itu lagi BESAR nilainya..

what do you feel right now?
wanna improve myself to be a better person..

wanna share with who?
no need to share..

who know your secret?
Allah
my dearie bestfriend

they keep your secret?
insyaAllah..

are you angry with someone?
nope..

what do you order at McD?
sila BOIKOT McD jika anda seorang ISLAM, oke..

the last time you feel so sad?
sedih tak terkira wkt jawab final exam haritu..

i wanna tag?
tak suke nak tag2 orang..
but those yang rajen or ada rasa nk jawab tag ni,
u're kindly allowed to do so..
sila2..jangan malu2..
(",)


Sunday, May 16, 2010

:: Selamat Hari Guru ::

salam 'alaik...

16 mei datang lagi..
Selamat Hari Guru dan sekalung penghargaan buat:
Ummi dan Abah, guru pertamaku, guruku dulu, kini dan selamanya, i.allah..
Guru2 Taski Matri ('92-'94)
Guru2 Sek Keb Sri Tunjung ('95-'97)
Guru2 Sek Keb Putra ('97-'00)
Guru2 Matri ('01-'05)
Lecturer2 Kolej Matrikulasi Perlis ('06-'07)
Lecturer2 Medical Imaging, Fakulti Sains Kesihatan, UiTM Puncak Alam ('07-till now)

Jasa kalian terlalu besar buat diri ini..tanpa kalian, siapalah daku..Semoga Allah merahmati hidup kalian dan semoga redha, rahmat dan kasih-sayangNYA sentiasa bersama kalian..

Juga tidak dilupakan, semua radiographer2 Hospital Kulim, Hospital Tuanku Fauziah dan juga Hospital Sultan Abdul Halim..thanks kerana banyak mengajarku semasa latihan klinikal ku...
Juga kepada semua yang pernah mendidikku, Selamat Hari Guru..

Friday, May 14, 2010

KAHFI 2010

nantikan kedatangan KAHFI 2010...
semoga Allah mempermudahkan kerja2 kita..

Marilah kita mencurah tenaga kita untuk ISLAM yang TERCINTA..

Setahun berlalu..

salam 'alaik...
hari ini..14 May 2010..mengingatkan kembali peristiwa yang berlaku setahun yang lalu...
14 May 2009, jam 6 ptg, daku menerima berita khabar kematian 'ummi' yang disayangi dan dikasihi kerana Allah..

setahun sudah berlalu..
kenangan bersama 'ummi' tidak pernah luput di ingatan..
nasihat dan teguran 'ummi' sentiasa subur di ingatan..
pemergian 'ummi' tiada pengganti..
berbahagialah 'ummi' di sana..
semoga Allah sentiasa melimpahkan rahmat dan kasih-sayangNya buat 'ummi'..

sahabat2 dan sahibah2 tersayang, kita yang masih diberi kesempatan untuk terus hidup ini, haruslah meneruskan perjuangan 'ummi' kerana kita adalah saham 'ummi' di akhirat sana..

* boleh ziarah ke blog ini...post khas setahun pemergian ummi..14 mei dan ummi halimaton..

Sunday, May 9, 2010

Tanggungjawab??

salam'alaik..

i've been tag by my junior, cik adek yg 'cool' itu..(cool ke???)
malas mahu melaksanakan tanggungjawab itu..
namun, disebabkan ada masa yg terluang..
laksanakan aje lah..
ini tandanya, akk sangatlah bertanggung jawab, yer.. (",)

arahannya begini...

>pilih gambar yg ke-8 dalam folder yang ke-8..
> tag 8 org lain

so, setelah menggodek2 folder gambar, inilah gambarnya..'


so, gambar ni adalah gambar gerai jualan misa sempena "Minggu Palestin" yang dianjurkan oleh PHYTAS (persatuan pelajar fisioterapi)..MISA buat jualan t-shirt2 muslimah dan jersey..tapi time ni, sume jersi da sold out..alhamduillah, best sangat buat jualan time ni..sume org bekerjasama utk menjayakan jualan ini..terimakaseh buat semua yg bekorban tenaga dan masa utk membantu..May Allah Bless..

tu je la penerangan untuk gambar ni..
hurm..mcm takde rasa nk tag org lain pon for this post...
sori la yer cik adek..
=)

^alhamdulillah^

salam'alaik...
sudah sekian lama since my last post...
kesibukan yg melanda menyebabkan diri ini tidak sempat mahu meng'update' kan blog..

banyak sunggoh perkara yang telah berlaku sepanjang semester ini..

alhamdulillah..
berjaya melaksanakan program2 MISA dengan jayanya..
sungguh banyak kenangan utk diri ku ini..
alhamdulillah..
berjaya melepaskan jawatan 'bendahari MISA' yang banyak menuntut masa, tenaga dan kesabaranku..
semoga MISA akan terus maju di masa akan datang.. =)
alhamdulillah,
final exam semester ini berjaya dilalui hingga ke paper yg terakher..
wpun rasanya exam kali ini benar2 menguji mental dan fizikal..
semoga Allah beri yg terbaik buat diriku dan juga kawan2ku..
alhamdulillah..
dah berjaya menghabeskan semester 6 yang penuh dengan cabaran ini.
alhamdulillah..
selamat sampai ke rumah pagi tadi..
wpun dah check out dari kolej petang jumaat..
sempat juga meluangkan masa bersama2 menyemarakkan "Perhimpunan Perdana Palestin" di Stadium Melawati malam smlm sebelum terus bertolak pulang ke Perlis jam 12.30 tgh malam...

alhamdulillah, alhamdulillah dan alhamdulillah utk segalanya...
terima kaseh Allah kerana memberikanku kesabaran dan ketabahan utk terus mengharungi pelbagai cabaran dan dugaan..
terima kasih atas pertolonganMU, kasih sayangMU dan juga rezeki dan rahmat dariMU..semoga redhaMU sentiasa mengiringi hidupku...

selamat bercuti buat semua..semoga cuti ini dimanfaatkan dengan sebaiknya...


alhamdulillah..