Monday, November 29, 2010

Manfaatkan cuti kita..

salam 'alaik..
sekian lama tidak mencoret sesuatu di blog ini biarpun sedang dalam fasa bercuti..
biarpun bercuti, terdapat banyak lagi kerja2 lain yang perlu diberi perhatian..walau
pun sibuk, diri ini terasa gembira dengan kerja2 yang memerlukan perhatian ini..setelah sepanjang semester diri disibukkan dengan kerja2 akademik, cuti ini terasa benar2 indah bila dapat dihabiskan untuk perkara2 yang bermanfaat..

Justeru, dikesempatan ini..saya ingin mengajak anda, rakan2 anda, sanak saudara anda juga sesiapa yang anda kenali untuk turut sama mengisi masa cuti ini dengan aktiviti2 yang berfaedah..


| Klik untuk besarkan |

KMK Perlis 2010
10-12 Disember 2010
Eagle Park Resort, Bukit Ayer
Terbuka kepada semua pelajar Tingkatan 1-Tingkatan 6
(Pelajar tingkatan 1 2011 juga dialu2kan)
Yuran: RM50 sahaja

Dianjurkan oleh Kelab Remaja HALUAN (KeARAH)


Untuk makluman lanjut, boleh hubungi
En Ghazali Saad:012-426 2343
Ahmad Nabil Nordin: 013-467 9907
Nawal Abd Kadir: 013-204 2469
Nailah Abd Kadir: 013-602 1017

Kem Minda Kreatif (KMK) 2010 juga dijalankan di negeri2 lain..untuk makluman lanjut, boleh layari website KeARAH atau Fb KeARAH

Manfaatkanlah cuti kita sebaiknya.penuhkanlah ia dengan aktiviti2 yang berfaedah..semoga amal2 ini diterima olehNYA

Friday, November 12, 2010

Promo KMK 2010


salam'alaik..
buat adik2 sekolah menengah mahupun rakan2 yang mempunyai adik2 berumur 13-17 tahun..
sama2lah anda mengisi masa lapang semasa cuti sekolah ini untuk menyertai KEM MINDA KREATIF 2010..

Berakhir..

salam'alaik..
alhamdulillah..tanggal 6 Nov yang lalu..selesai sudah paper terakhir saya bagi Semester 7 ini..
dengan berakhirnya semester 7, berakhir lah sessi pembelajaran saya di UiTM..semester hadapan, saya bakal memulakan praktikal for the whole semester di Jabatan Pengimejan Diagnostik, Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Star..

Semoga Allah mengurniakan result yang baik kepada saya dan rakan2..semoga kami lulus dengan cemerlang..dan semoga Allah mempermudahkan urusan2 kami dalam menyempurnakan research project (FYP) kami...Ameen.

bakal merindui puncak alam..=)

Friday, November 5, 2010

.: Banjir :.

salam 'alaik..
harini telah masuk hari ke-4 banjir melanda negeriku terchinta, Perlis..
dengan izin Allah, keluarga di Kangar juga turut terkesan dengan bencana banjir ini..
semoga kalian di sana sabar dan tenang menghadapi ujian dariNYA..
semoga dipermudahkan segala urusan..

di kawasan perumahanku,
keadaan is getting better..
utara perlis juga telah semakin pulih..
namun, beberapa tempat lain pula yang bertambah teruk..
semoga semua mangsa banjir tabah menempuh ujian ini..

Tuesday, November 2, 2010

Kisah FYP

salam 'alaik..
sebulan dua kebelakangan ini, diri ini sering dihambat dengan tuntutan dan cabaran utk menyediakan proposal utk final year project atau lebeh dikenali dgn nama 'FYP'..research akan dijalankan pada semester hadapan..namun, proposal perlu dihantar untuk mendapatkan kelulusan dari jawatankuasa etika fakulti, kebenaran menjalankan penyelidikan dari hospital yang berkenaan dan juga kelulusan dari CRC.

i'm a little bit tense with the FYP since last few weeks..setelah 2 tajuk yang di'propose' sebelum ini di'reject' oleh mereka yang berkenaan, hati ini seakan telah merasai kesusahan dan cabaran yang bakal mendatang. Antara tajuk yang telah di'reject itu ialah:
" The efficacy of chest x-ray compared to ct scan in detecting PTB"
" Patient's anxiety during mammography examination in Hospital Sultanah Bahiyah"

setelah agak 'frust' akibat tajuk di'reject', alhamdulillah, semangat dan sokongan yg diberikan oleh classmate2 berjaya menaikkan semula semangatku..at last, tajuk ini telah dihantar terus kepada 'database FYP' dengan harapan tiada lagi perubahan yg perlu dilakukan. Tajuk yang dihantar itu ialah:
" The occurrence of claustrophobia during MRI examination in Hospital Sultanah Bahiyah"

Setelah sekian lama tajuk dihantar, lecturer memberitahu bahawa kami harus menghantar proposal before 26hb October kerana mesyuarat etika fakulti akan diadakan on that date. so, wlaupon first paper utk final exam is on the 25th, daku meneruskan usaha dan berhempas pulas menyiapkan proposal dalam masa satu hari suntuk..dan akhirnya, proposal berjaya dihantar kepada supervisor..

Besar harapan yang diletakkan moga2 tiada sebarang 'major mistakes' yang berlaku. Namun, harapkan panas sampai ke petang, rupanya hujan di tengahari..Setelah bertekad untuk berjumpa supervisor ku smlm, bermulalah episod yang menyedihkan....

I have to change my research project again...and this is the title that have been given to me..
" The Investigation of Vital Signs Characteristics in Patients Undergoing MRI Examination"..
and i've to submit the proposal and ethical form before 4hb Nov..

and also, I've got exam on the 6th November...

semalam, berusaha menenangkan hati dan perasaan utk menerima setiap apa yang telah ditakdirkan..namun, semangat itu maseh belum datang untuk daku menyiapkan proposal baru..2 hari lagi sebelum the submission date..

Semoga Allah kuatkan hati ini dan mempermudahkan urusanku..
Berusaha untuk menerima bahawa setiap yang telah ditakdirkan itu, adalah penyusunan dariNYA..siapalah kita untuk menidakkan apa yg telah berlaku even kesedihan itu tetap ada.... =(