Sunday, December 26, 2010

Clinical Practice V

salam 'alaik...
setelah lebih sebulan bercuti..
hari ini, sy memulakan latihan klinikal sy di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar..
walaupun praktikal kali ini merupakan praktikal yg ke-5 bg sy, debarannya tetap terasa..macam2 yang bermain di fikiran sehingga tidor pon tak lena..setiap kali praktikal, perasaan di hari pertama tetap sama..berdebar dan terus berdebar..

Alhamdulillah wa syukurillah...memulakan perjalanan di pagi yang hening..jam 6.30 pagi..melewati jalan yg sunyi sepi..meniti al-mathurat di bibir sebagai peneman perjalanan..sungguh jauh rasanya perjalanan ikt highway..tiba di hospital jam 7.20 pagi..alhamdulillah..

Selesai urusan lapor diri jam 8.00 pagi, kami diberi taklimat dan penerangan oleh preceptor yang ramah..jam 12 tengahari, dapat makan free..ada org buat kenduri kt department..jimat duit makan harini..=) petang2, baru la menghadirkan diri kt bilik general x-ray..tak buat kes sgt pon..tolong2 mana yg patut..hari first, enjin tak panas lagi..mood cuti pon masih menebal..semoga esok, kami lebih efisyen dalam melaksanakan kes2 yang ada..

Punch out tepat pukul 5.07 petang..(",) memulakan perjalanan pulang ke rumah tercinta jam 5.30 petang dan tiba dengan selamat jam 6.25 petang..alhamdulillah..disaat ini, sy berada dalam keadaan kepenatan yang teramat..ditambah pula dgn rasa mengantuk yang menebal..

Beginilah perjalanan sepanjang hari pertama klinikal..keletihan yang amat, mungkin disebabkan sebulan lebih bersenang lenang di rumah dan jarang drive jauh2..semoga diriku dapat bertahan utk 3 bulan yang mendatang..=)

Friday, December 17, 2010

Cerita cuti..

Hari ini, 17 Disember 2010..tinggal kurang dari 10 hari sebelum diriku memulakan latihan klinikal di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar..ini juga bermakna, sudah sebulan lebih diri ini menikmati cuti di rumah..

Dalam masa sebulan yang berlalu ini, rasanya begitu banyak perkara yang telah berlaku dan dilalui oleh diriku ini..memulakan cuti setelah berakhirnya final exam tanggal
6 November yang lalu. Sebelum pulang ke Perlis, sempat juga berjalan2 bersama sahabat2 tersayang, cik afwa dan cik aisyah..thanks la kalian, sudi menjejakkan kaki ke Puncak Alam..lepas ni, bila pulak dapat jalan2 sama2, kan..


Pulang ke rumah, menjalani hari2 yang berlalu seperti biasa. Rutin sebagai anak dara di rumah..=)
Mengikuti program2 ilmu yang ada, kuliah dhuha setiap hari Ahad dan yang terkini, mengikuti Kem Minda Kreatif di Bukit Ayer. Ahad ini pula, bakal menyumbang tenaga ke Kem Pintar Sirah, juga di Bukit Ayer..

cuti yang ada ini, seharusnya kita gunakan utk aktiviti2 yang berfaedah dan berguna untuk Islam. terasa benar2 bahagia dengan cuti semester kali ini kerana banyak masa dapat digunakan untuk melaksanakan kerja2 yang bermanfaat. jika kita tidak mengisi masa lapang kita dengan kerja2 Islam, maka, Jahiliyah yang akan mengisi masa2 lapang kita itu..

tanggal 10 Disember baru2 ini, result final exam telah dikeluarkan..memandangkan ketika itu, saya sangat sibuk dengan tugasan2 di Kem, hati ini tidak teringat langsung untuk meng'check' result di student portal. pada hari ahad, jam 3 pagi lebih kurang, baru lah diri ini berpeluang melayari internet menggunakan broadband yang ada..sempat mencuri masa utk on9 lantaran ketika itu, stay-up untuk 'burn' cd utk adik2 peserta KMK..

bila mana melihatkan result yang tertera di emel (UiTM dah maju..hantar result kat emel dah skrg, tak payah bersesak-sesak kt student portal)..tiada rasa yang dapat digambarkan melainkan ucapan 'Alhamdulillah' yang lahir di bibir. walaupun result sangatlah teruk berbanding sebelum2 ini, namun, Alhamdulillah kerana itu yang terbaik yang diberikan Allah untuk diri ini..tiada rasa 'frust tertonggeng', tiada rasa 'sedih yang menggunung' juga
tiada rasa 'menyesal tak sudah'..kerana setelah berusaha, pengharapan yang tertinggi telah
diletakkan kepada Yang Maha Pencipta..Dia yang berhak menentukan segalanya dan Dia jua lah yang Maha Mengetahui apa yang terbaik buat diri ini..walaupun cgpa dah jatuh sikit, moga Allah mempermudahkan untuk semester terakhir ini..semoga boleh 'grad' pada masa yang ditetapkan, i.allah..

~baru tiba di airport Jeddah, menuju ke Madinah Al-Munawwarah~

Teringat ketika mendapat result semester lepas..kawan sekelas msg memberitahu result saya, di mana ketika itu, sy berada di atas flight 'Egypt Air' menuju ke Bumi Kesayangan Rasulullah, Bumi Madinah Al-Munawwarah..terbit sedikit kekecewaan dikala mengetahui keputusan exam tersebut, namun, apabila mengenangkan diri berada di Bumi penuh barakah, terubat juga segala kekecewaan..semangat dan kekuatan yang ummi dan abah berikan, sedikit sebanyak melegakan resah di dada..result itu tidaklah sebesar mana jika mahu dibandingkan dengan Redha Allah..redha Allah itu yang utama dan harus kita kejar..

~sebelum bertolak dari Madinah ke Mekah Al-Mukarramah untuk menunaikan umrah~

Setiap yang berlaku dalam hidup kita ini mempunyai hikmahnya yang tersendiri. kadangkala hikmah itu tersembunyi hinggakan kita tertanya2 apakah hikmahnya..namun, wajiblah kita percaya bahawa setiap yang berlaku itu, tidak akan berlaku tanpa keizinan dari Allah..kadangkala Allah berikan kita hujan, kita tercari-cari dimanakah matahari, rupa2nya, Allah ingin hadiahkan kita pelangi yang indah..percayalah dengan setiap yang ditetapkan olehNYA kerana disebalik yang berlaku, Allah telah ukirkan hikmah yang terindah buat kita..

entry ni agak berterabur..afwan kathira sbb byk sgt benda yg difikirkan smp kucar kacir benda yang di'taip ni..

semoga Allah merahmati diriku dan juga diri kalian..semoga kita sentiasa beroleh maghfirah, rahmat juga kasih sayangNYA..
wallahua'lam..

Kem Pintar Sirah

Kem Minda Kreatif dah sudah..kini tiba lah masanya untuk Kem Anak Soleh (KASEH)- Pintar Sirah...
Terbuka kepada semua pelajar yang berumur 9 tahun hingga 12 tahun..

Kem Anak Soleh (KASEH)
Pintar Sirah
19 Disember 2010
7.30 pagi - 5.00 petang
Dewan Serbaguna Jabatan Perhutanan, Bukit Ayer
RM 15 seorang

Anjuran: Kelab Remaja Haluan (KeARAH) Perlis

Jemputlah adik2 anda, kawan2 anda, jiran2 anda mahupun sanak saudara anda utk menyertai kem ini..pastinya adik2 dapat menambahkan pengetahuan mengenai sirah2 di zaman Rasulullah serta sahabat2 Baginda..

Tuesday, December 14, 2010

KMK Perlis 2010 :: Penuh Kenangan..

Salam 'alaik buat semua yang menjengah ke blog yg tidak seberapa ini..

Alhamdulillah, setelah sekian lama menanti, KMK Perlis 2010 selesai sudah. Sungguh banyak kenangan yang dicipta, begitu juga banyaknya ilmu dan pengalaman yang dikutip dari kem 3 hari 2 malam ini.

Kita merancang, Allah juga merancang. Tetapi, perancangan Allah itulah yang terbaik.

Tiada yang gah mahupun istimewa dalam kem ini. Persiapan kami hanya ala kadar mengikut kemampuan kewangan dan tenaga yang ada. Tetapi, pengharapan dan pergantungan kita kepada Yang Maha Pencipta, melancarkan segalanya. Alhamdulillah, respon yang diterima dari para peserta, positif semuanya. Sedikit kekurangan dari segi fasiliti yang agak uzur itu, i.allah akan ditingkatkan dari semasa ke semasa.


Peserta yang mendaftar bagi kem ini adalah seramai 59 orang putera dan 54 orang puteri. Bilangan urus setia dan fasilitator seramai lebih kurang 40 orang. Memegang ‘post’ sebagai AJK Pendaftaran dan Dokumentasi (including multimedia) benar2 menuntut pengorbanan yang besar. Dengan bilangan ahli seramai 4 orang, cabaran mula terasa sejak pagi pendaftaran. Alhamdulillah, pertolongan dari sahabat2 urus setia yang lain dapat melicinkan lagi perjalanan pendaftaran peserta dan juga majlis perasmian.

Untuk kem kali ini, daku tidak dapat meluangkan banyak masa untuk bersama-sama peserta mengikuti setiap aktiviti mereka, lantaran tuntutan tugas yang ada. Namun, berada di dewan bersama2 dengan mereka, dapat juga daku menumpang mengutip input2 yang ditabur kepada para peserta. Sejak bermulanya kem, daku amat tertarik dengan cara komanden kem juga timb komanden kem dalam mengendalikan para peserta. Juga terharu melihat kakak2 dan abg2 fasi yang sentiasa tersenyum sepanjang bersama2 dengan adik2 peserta. Benarlah, mereka orang2 yang diberi anugerah dan kelebihan oleh Allah dalam bidang itu.

Keluarga KMK

KMK kali ini benar2 mempunyai keunikannya yang tersendiri. Pertama kali dibuat di negeri masing2, memberi makna yang tersendiri. Kami dapat bekerja bersama2 dengan pakcik2 dan makcik2 yang turun padang untuk sama2 membantu kami di samping berkongsi pengalaman dengan kami yang masih kurang berpengalaman. Bagi pihak urusetia dan fasilitator juga, jurang umur begitu terasa dikalangan urusetia dan fasilitator lelaki dan perempuan. Namun, jurang umur inilah yang membuatkan kami bekerja seperti sebuah keluarga besar. Adik2 putera begitu baik, pemurah dan sentiasa ringan tulang untuk membantu kakak2 yang tak jemu2 meminta pertolongan mereka. Jazakallahu khairan kathira buat semua adik2 urus setia dan fasilitator yang banyak membantu. Tidak dilupakan juga buat sahabat2, kakak2 juga adik2 yang banyak memberi tunjuk ajar dan berkongsi ilmu dan pengalaman. Kalianlah sumber kekuatan di kala diri ini lemah disamping memohon kekuatan dariNYA..


Semoga ikatan yang dibina kerana Allah ini, tidak terhenti dengan berakhirnya kem ini. Tetapi, semoga ikatan inilah yang akan membawa kita untuk bergerak dan terus bergerak dalam melaksanakan kerja2 Islam. Seperti yang disebut oleh CAB semasa ToT dan seringkali diulang2 oleh Timb. Pengarah sebagai peringatan kita bersama, “ Tugas kita bukanlah kerana Kem semata2, tetapi tugas kita adalah untuk MEMBINA UMMAH..”

Sejuta kemaafan dipohon kepada semua andai terdapat kesilapan sepanjang menjalankan tugas, juga andai terkasar bahasa dan mengguris hati sesiapa. Semoga Allah menerima amal2 kita ini sebagai amal2 soleh. Jazakallahu khairan kathira buat adik2 AJK Pendaftaran dan Dokumentasi terutamanya, juga buat kakak2, kawan2 dan adik2 ‘family’ KMK..

wallahua'lam..