Wednesday, February 16, 2011

PEMIKiR 2011

Program Usrah Minda Kreatif (PEMIKiR) 2011

Alhamdulillah, berakhir sudah PEMIKiR 2011 dengan jayanya..Setelah lebih sebulan merancang, berbincang dan memulakan gerak kerja, akhirnya berlangsung sudah PEMIKiR 2011..terasa benar bantuan Allah yang memudahkan gerak kerja juga melicinkan perjalanan program walaupun terasa juga ‘kelam-kabut’nya..Namun, hakikat kita sebagai manusia yang hanya mampu merancang harus diakui..kita merancang, Allah jua lah yang menentukan..dan semestinya, Dia menentukan apa yang terbaik buat kita..

Sekalung penghargaan buat adik2 yang sangat2 banyak membantu knailah dalam merancang dan melaksanakan program ini. Tanpa kalian, takkan berjaya program ini. Tanpa kalian, tentunya tak mampu untuk knailah bergerak sendirian. Terima kasih yang tak terhingga atas pengorbanan masa jua tenaga yang telah kalian korbankan dalam memastikan kelancaran program ini. Semoga selepas-selepas ini, KeARAH Perlis akan terus mengorak langkah, menganjurkan program utk adik2 remaja yang sentiasa berhajatkan program untuk meningkatkan diri mereka juga mendekatkan mereka dengan Yang Maha Mencipta..

Haruslah kita ingat, setiap kali kita merancang juga melaksanakan program, setiap slot pengisian yang kita rancang, bukan sekadar untuk memberi pengisian buat adik2, tetapi juga pengisian buat diri kita sendiri. Setiap program yang berjalan, bukan sekadar mahu meningkatkan diri adik, tetapi juga untuk meningkatkan diri kita sendiri. Takkan bermakna sesuatu program itu, andai adik2 berolehs sesuatu daripadanya, tetapi kita, perancang dan pelaksana program, tidak beroleh sesuatu daripadanya.

PEMIKiR 2011 meninggalkan makna yang besar buat diri ini. Gerak kerja PEMIKiR, clinical practice yang berjalan juga ‘final year project’ yang masih tersangkut2 benar2 menuntut pengorbanan yang bukan sedikit..juga menuntut diri ini untuk lebih pandai membahagikan masa. Beberapa hari sebelum program, Allah uji dengan keadaan kesihatan yang benar2 menguji. Bermula dengan diarrhea dan muntah2 sehingga mendapat mc 2 hari, kemudian asthma pula menyerang 2 hari sebelum program, juga mendapat mc 2 hari. Tapi, Alhamdulillah,semangat dan kekuatan yg dikutip daripada adik2 dan juga sahibah2 telah menguatkan diri yang sakit ini. Alhamdulillah sepanjang program berlangsung semalam, asthma menyembunyikan dirinya. Tidak pula asthma menyerang tatkala berlari-lari memanjat tangga utk ke dewan juga berulang-alik naik turun tangga..Alhamdulillah..selayaknya kesyukuran ini dipanjatkan kepada Yang Maha Penyayang atas bantuan dan pertolonganNYA.

Buat adik2 peserta PEMIKiR yang disayangi (andai ada yg membaca), semoga adik2 mendapat sesuatu daripada program semalam. Semoga semangat perjuangan juga keperibadian Rasulullah menjadi motivasi buat diri kita semua. Semoga forum semalam Berjaya menyuntik semangat dalam diri kita untuk mencontohi dan mengambil Rasulullah SAW sebagai qudwah hasanah kita. Semoga kita dipertemukan lagi dalam program2 yang seterusnya. Maafkan kami (kakak2 dan abang2) andai terdapat salah dan silap juga kekurangan dalam melayan adik2 semua.

Buat adik2 dan sahabat2 yang disayangi, moga Allah merahmati dan menyayangi kalian atas segala usaha dan pengorbanan kalian. Semoga Allah mengira kerja2 kita ini sebagai amal2 soleh disisiNYA. Semoga kita dapat bersama2 lagi dalam program2 akan datang. Juga semoga kita dapat terus bekerja atas ‘jalan’ ini untuk memperoleh redhaNYA. Moga Allah sayang kita semua.

5 comments:

  1. nailah
    take care
    jgn terlalu push yourself
    ur body need a rest too

    ReplyDelete
  2. tq tikah..not pushing it too much sgt..tapi, my body ni yg too fragile..hehe..so, kna lawan sket..=)

    ReplyDelete
  3. moga Allah menilai semua ini dengan ganjaran taqwa kpdNya.
    kami selaku adik2 byk benda sbnrnya pelajari dri abg2 serta kakak2 yg terus menerus istiqamah di atas jln ini.
    tidaklah kami ini mampu terbang tinggi jika kepercayaan serta sokongan itu tidak dicurahkan sentiasa.

    mudah2an Allah memberi kekuatan atas segala usaha yg termampu. Amin.

    ReplyDelete
  4. ~MQ
    Amin..Knailah pn sbnrnya banyak sgt belajar dengan adik2..iAllah, sama2lah kita saling lengkap melengkapi dalam memperbaiki kelemahan masing2..iAllah..

    ReplyDelete