Friday, January 14, 2011

3 minggu sudah berlalu..

Salam'alaik..
Alhamdulillah, hari ini, berlalu sudah 3 minggu ber'praktikal'..masih berbaki 9 minggu utk meneruskan perjuangan..Praktikal kali ini, walaupun baru 3 minggu, terasa macam banyak sangat benda yang sy belajar..

Minggu pertama berada di bilik "General X-ray" yang penuh dengan pesakit tak kira masa..tapi, seronok rasa bila dapat kes2 yang 'fresh' dari emergency department..kerana ketika inilah, pengetahuan dan ke'kreatif'an kita diperlukan utk menghasilkan image yang cantik dan membantu doktor utk membuat diagnosis..

Minggu kedua berada di bilik 'Fluoroscopy' :: memang mencabar..kes Fluoro sunggoh banyak di hospital ini..macam kes dapat saya pelajari termasuklah "barium enema, barium swallow, distal loopogram, antrograde pyelography, micturation cystourography dan macam2 lagi..nephrostomy juga tidak ketinggalan..sebelum ini, pengalaman ber'praktikal di hospital2 lain, sy tak berpeluang melihat procedure semua examination yg disebutkan tadi kerana sudah tak byk hospital yg masih melakukan exam2 tersebut..Alhamdulillah, sy diberi juga kesempatan utk belajar ttg procedure2 exam2 tersebut wpun dah sem 8..(",)

Minggu ketiga ini, sy berada di bilik "Ultrasound"..sangat best berada di sini..tgk doktor buat ultrasound kat patient, terimbas kembali kenangan sy dan kawan2 dok buat ultrasound sesama kami..waktu belajar dlu macam 'blur2' bila tgk gmbr ultrasound..tp sekarang, dah boleh dah tau apa yg terpapar di gambar hitam putih itu..namun, masih byk lagi yang perlu dipelajari terutama ttg 'abnormalities yg appear pd gmbar..=) doktor2 dan radiologist kat sini sungguh baik dan tak lokek berkongsi ilmu...rasa sedih pulak sbb mggu dpn tak duduk kt ultrasound dah..=(

Alhamdulillah, dah berlalu 3 minggu..minggu depan, sy bakal berada di bilik MRI pulak..boleh saya memulakan kajian utk Final Year Project sy, i.allah..Semoga hari2 yang bakal berlalu menjanjikan yang terbaik buat diri..semoga ilmu makin bertambah, begitu juga dengan pengalaman yang ditimba..semoga semua ini dapat menjadi bekal utk dibawa masuk ke alam pekerjaan nanti, i.allah..
MRI @ Sarawak General Hospital..


rindu mereka..
staff2 JPD Hospital Kulim
staff JPD Hospital Tunku Fauziah, Kangar
staff2 JPD Hospital Sultan Abdul Halim
juga staff2 JPD Sarawak General Hospital..

*maaf jika terdapat 'term2' di atas yang tidak anda fahami..boleh tanya pcik google jika ingin mengetahui details term2 itu..(",)

Sunday, January 9, 2011

Mencari Kekuatan...

Currently berada di dalam fasa keletihan..
Lantaran mengerah tenaga (tak smpai kerah keringat lagi..sbb keje dalam aircond) sepanjang hari..
Daku amat memerlukan kekuatan..kekuatan fizikal juga kekuatan rohani..
Namun, kekuatan rohani itu yang amat daku perlukan saat ini..
Dengan kekuatan rohani, ia mampu memberi kekuatan kepada fizikalku..
Doaku dan pintaku padaMu Yang Maha Pencipta, kurniakanlah kekuatan kepadaku,
kuatkan dan tabahkan lah hatiku ini dalam menempuh cabaran2 yang mendatang..
berilah keyakinan dan keteguhan hati kepadaku..
Aku amat memerlukan pertolongan darimu, setiap saat dalam hidupku...

Teman2 dan sahabat2ku..
doakanlah diri ini...

Thursday, January 6, 2011

Hari-hari yang berlalu..

salam'alaik..
Alhamdulillah..hari ini, berlalu sudah 2 minggu ber'praktikal'..masih berbaki 10 minggu utk diteruskan..semoga Allah memberi kekuatan fizikal dan mental buat diriku..

1 Januari yang lalu, sempat daku meluangkan masa sehari suntuk membantu di kantin Matri yang baru, De Tunjung Cafe..(gambar2 di bawah dititipkan khas buat org yang jauh di Rawang itu..(",) )

Jiwa terasa begitu seronok dapat berbakti di bumi Matri..keletihan tidak terasa lantaran kegembiraan berada dalam suasana itu..meskipun membantu di kantin,membantu menjual, mengelap meja, mengutip pinggan2 kotor dan juga membasuh pinggan2 dan gelas2, suasana yang mendidik itu tetap terasa..sehinggakan, terasa seperti mahu menghabiskan masa2ku di sana, setiap hari..namun, apakan daya..tuntutan2 lain menuntut masa dan pengorbanan..

Buat kakakku nun jauh di Rawang, silalah menatap gambar2 ini, ya..
Balik sini nanti, harus mengorbankan duit anda di sini ya..(belanja kami2 di sini..)