Monday, May 23, 2011

KAHFI 2011



Salam'alaik..
Susulan entri lepas, dimana saya menghebahkan tentang satu program semasa cuti sekolah yang bakal tiba, entri ini pula, saya ingin menghebahkan tentang satu lagi program semasa cuti sekolah yang bakal tiba ini..

KEM ASAH FAKULTI INSAN (KAHFI)
ZON UTARA
PERLIS | KEDAH | PULAU PINANG | PERAK

6-8 JUN 2011 [ Isnin - Rabu ]
Kem Merbok (Belakang Balai Polis Merbok, Kedah)
Yuran: RM 50 seorang (RM40 utk anak yang seterusnya)

Penyertaan: Terbuka kepada ahli KeARAH sahaja [Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5]
juga terbuka untuk anak2 ahli Haluan, Pelajar sekolah angkat Haluan dan yang pernah mengikuti program KeARAH sekurang2nya 2 kali.

Tema: Kearah Menongkah Cabaran

Aktiviti Menarik:
Jungle Trekking
KAHFIrace
Sharing Moment
Team Building
Persembahan Kumpulan

Untuk pendaftaran dan maklumat lanjut, sila hubungi
Perlis | Cikgu Ghazali Saad | 012-426 2343
Kedah | Cikgu Zamri Mat | 013-451 4345
P.Pinang | En. Kamal | 013-482 0141
Perak | Cikgu Zul | 019-574 6099

Tarikh Tutup Pendaftaran: 28 Mei 2011

Anjuran: Kelab Remaja HALUAN (KeARAH) dengan kerjasama HALUAN Malaysia


~peta lokasi~

Sunday, May 22, 2011

PEMIKiR

Salam'alaik buat semua..
Moga semuanya dalam redha Allah selalu..

Post saya kali ini, saya ingin menghebahkan satu program yang akan diadakan pada cuti sekolah yang bakal menjelang.. Tinggal 5 hari lagi sebelum cuti sekolah bermula. Jadi, pesanan buat adik2 yang bakal bercuti, juga buat kalian, pelajar2 IPT yang sedang bercuti, manfaatkanlah cuti kalian dengan sebaik2nya. Penuhilah cuti dan masa lapang ini dengan perkara2 yang berfaedah. Jika kita tidak penuhi masa kita dengan perkara2 yang berfaedah, nescaya masa2 yang terluang itu akan terisi dengan perkara2 yang melalaikan juga yang tak mendatangkan faedah dalam kehidupan kita.


PEMIKiR..

Apa itu PEMIKiR???
PEMIKiR adalah singkatan kepada Program Usrah Minda Kreatif.
Program Usrah Minda Kreatif (PEMIKiR) merupakan sebuah program yang disasarkan kepada pelajar-pelajar Tahun 3 hingga Tingkatan 5. PEMIKiR merupakan salah satu program anjuran Kelab Remaja HALUAN (KeARAH) Perlis yang membawa motto "Kehadapan, Aktif dan Responsif", sesuai dengan situasi remaja masa kini yang perlu bergerak ke hadapan dalam mendepani cabaran masa kini. Hal ini demikian kerana remaja merupakan aset penting negara untuk membangunkan masyarakat yang produktif dan berdaya saing seterusnya mewarisi kepimpinan pada masa hadapan.

PEMIKiR 1

Pada 15 Februari yang lalu, bersempena dengan cuti Maulidurrasul, PEMIKiR siri 1 telah diadakan. Program ini telah diadakan di Politeknik Syed Sirajuddin, Pauh dan telah melibatkan seramai 130 orang peserta.
PEMIKiR siri 1 ini telah membawa tema "Rasulullah SAW Qudwah Hasanah" selari dengan objektif program ini iaitu untuk membina sahsiah terpuji serta berpegang teguh kepada ajaran yang dibawa oleh Rasulullah SAW yakni Islam.


PEMIKiR Siri 2

Sempena cuti sekolah yang bakal tiba, Program Usrah Minda Kreatif (PEMIKiR) Siri-2 akan diadakan.
Butir-butir program adalah seperti berikut:

Tarikh: 1 Jun 2011
Tempat: Dewan Serbaguna, Chalet Jabatan Perhutanan, Bukit Ayer
Yuran: RM20 seorang
Penyertaan: Terbuka kepada semua pelajar Tahun 3 hingga Tingkatan 5
Tema: Memartabatkan Islam melalui Kecemerlangan Ilmu
Anjuran: Kelab Remaja Haluan (KeARAH) Perlis

Sebarang pertanyaan juga pengesahan pendaftaran, sila hubungi nombor yang tertera di bawah:
Ghazali Saad: 012-426 2343
Nailah Abd Kadir: 013-602 1017


Buat semua, ajaklah anak2, adik2, sanak saudara, juga jiran tetangga anda untuk menyertai program ini..
Jangan biarkan masa cuti mereka kosong !
Carilah RUANG dan PELUANG untuk mengisi cuti mereka dengan kebaikan dan perkara-perkara yang bermanfaaat.
Wallahu a'lam.

Friday, May 20, 2011


Salam’alaik buat semua yang sudi menjengah laman ini..

Moga Allah redha diri saya dan juga diri kalian..

Post kali ini, saya ingin berkongsi sedikit input yang saya terima semasa saya mengikuti seminar “Success As A Graduate (SAAG)” di UiTM Puncak Alam tempohari. Seminar ini diadakan bagi memberi pendedahan kepada bakal2 graduan Fakulti Sains Kesihatan tentang communication skill, cara membuat resume serta tips2 dan persiapan sebelum dan semasa interview session. Seminar tersebut telah dikendalikan dengan begitu berkesan oleh Encik Idzhar Jumali, seorang motivator juga seorang penasyid dari kumpulan Nowseeheart.

Di sini saya ingin kongsikan salah satu input yang telah disampaikan oleh Encik Idzhar iaitu Langkah2 untuk Mencapai Kecemerlangan.

Setiap dari kita semestinya mengimpikan kecemerlangan di dalam hidupnya. Sebagai seorang pelajar, tentunya sesorang itu mahu mencapai kecemerlangan di dalam akademik dan bagi yang sudah bekerjaya, tentunya mengharapkan kecemerlangan dalam bidang kerjanya. Tetapi, jika kita melihat dalam skop yang lebih meluas dan mendalam, tentunya kita akan mengharapkan kecemerlangan dan kejayaan dalam setiap aspek dalam kehidupan kita, bukan sahaja di dunia, tetapi juga di akhirat sana.

Antara yang dikongsikan oleh penceramah ketika seminar ini, terdapat 13 langkah yang perlu diambil bagi kita mengejar kecemerlangan tetapi saya akan berkongsi 9 daripada langkah2 ini.

  • Tumpuan positif

® Dalam erti kata lain, kita harus focus dalam setiap apa yang kita lakukan. Daripada kita memikirkan apa yang kita nak hindari, ianya lebih elok jika kita memikirkan apa yang hendak dicapai.

® Apa yang nak dihindari lebih membawa kepada aspek negative sedangkan apa yang hendak kita capai bersifat lebih positif. Jadi, haruslah kita menukarkan gaya kita berfikir, dari ‘apa yang dihindar’ kepada ‘apa yang hendak dicapai’. Dalam erti kata lain, berfikirlah secara positif dalam setiap aspek dalam kehidupan.

  • Daya pemerhatian

® Daya pemerhatian yang baik adalah bagaimana kita melihat sesuatu benda atau kejadian yang berlaku.

® It is how we look something. Whether we look or we see.

® It is different between LOOK and SEE. LOOK bermaksud kita melihat sedangkan SEE bermaksud kita memerhati.

® Memerhati lebih membawa makna kita melihat dan memikirkan dengan lebih mendalam akan sesuatu itu. Jadinya, it is good and better for us to SEE whatever happen in our life compared to just LOOK at it.

  • Ganti yang buruk dengan yang baik

® Menggantikan apa yang buruk dengan sesuatu yang baik memerlukan kepada satu proses dan usaha. Usaha yang bermula dari diri kita sendiri, untuk menjadikan hidup ini lebih bermakna dan berada dalam keadaan yang baik.

  • Kawalan emosi

® EMOSI :: Juga membawa maksud Ego, Marah, Omel, Sedih, Iri. Gabungan dari kelima2 perkataan itu membawa kepada perkataan EMOSI.

® Bagaimana kita mahu mengawal emosi kita? Disini saya kongsikan teknik2 breathing (pernafasan) untuk mengawal emosi kita. Breathing technique ini adala sesuatu yang simple tetapi praktikal. Ianya dapat diaplikasikan di mana jua, dalam apa jua keadaan sekalipun. Terdapat 4 cara dalam teknik pernafasan ini.

· Pertama: Tarik nafas melalui hidung, hembus melalui hidung

§ Cara ini akan mengurangkan rasa gemuruh.

· Kedua: Tarik nafas melalui hidung, hembus melalui mulut

§ Cara ini akan mengurangkan rasa marah dan memberi rasa kelegaan.

· Ketiga: Tarik nafas melalui mulut, hembus melalui hidung

§ Cara ini akan meningkatkan daya fikir.

· Keempat: Tarik nafas melalui mulut, hembus melalui mulut

§ Cara ini akan mengurangkan rasa sakit.

® Jika dilihat kembali, sememangnya keempat2 teknik pernafasan ini sememangnya kita aplikasikan dalam kehidupan kita, Cumanya, ia berlaku diluar sedar. Semoga teknik yang saya kongsikan ini, dapat kita aplikasikan dalam kehidupan kita sebagai satu usaha kita untuk mengawal emosi kita.

  • Hati sebagai Indeks rasa tenang

® Seperti biasa, apa yang terdetik di hati kita, pastinya akan terzahir pada emosi dan perlakuan kita. Dan juga, apa yang kita lakukan, pastinya akan memberi impak kepada hati kita. Sebagai contoh, jika kita melakukan sesuatu perkara yang tidak elok atau tidak baik, pastinya hati kita akan berasa tidak tenang selepas melakukan perkara tersebut.

  • Berjaya

® Dalam mengejar kecemerlangan, kita harus mengingati dari mana asal usul kita. Begitu juga bila kita telah Berjaya, jangan sekali2 melupakan asal usul kita. Jangan sesekali melupai jasa orang-orang yang telah membantu kita dalam kita menggapai kejayaan itu. Paling penting, jangan lupa segala jasa dan pengorbanan ibu bapa kita, yang telah mendidik kita sedari kecil tanpa sedikit pon rasa jemu.

  • Natijah yang baik

® Natijah yang baik hanya akan diperolehi dari hasil usaha dan keyakinan kita dalam melakukan sesuatu. Apa yang pasti, usaha dan keyakinan itu mestilah bersandarkan kepada sesuatu yang baik, barulah ia akan menghasilkan natijah yang baik.

  • Usah berlengah

® Usah berlengah dalam kerja-kerja yang kita lakukan dalam usaha untuk mencapai kecemerlangan.

® Apa yang perlu kita ingat ialah, SEMALAM telah berlalu, HARI INI adalah satu peluang dan ESOK adalah sesuatu yang tidak pasti. Jadi, haruslah kita tidak bertangguh-tangguh dalam melaksanakan sesuatu perkara.

  • Syukuri nikmat

® Bersyukur dengan segala apa yang dianugerahkan oleh Allah kepada kita. Bahkan, apabila ditimba musibah atau diuji dengan sesuatu dugaan, bersyukurlah kerana itu tandanya, kita masih dalam pandangan Allah dan itu juga tanda Allah sayangkan kita.

® Hakikat seorang manusia, apabila sesuatu itu ADA, dia JARANG BERSYUKUR. Apabila sesuatu itu TIADA, dia RISAU. Apabila sesuatu itu HILANG, baru dia TERASA dan apabila sesuatu itu dia DAPAT, dia mudah JEMU. Itu semua tanda2 orang yang tidak mensyukuri nikmat yang ada padanya.

Sesungguhnya, laluan dan perjalanan untuk mengejar kecemerlangan bukanlah sesenang dan semudah yang disangka. Pelbagai ranjau, mehnah dan onak duri harus kita tempuhi. Pelbagai langkah, teknik dan juga perancangan harus dirangka bagi memastikan kita Berjaya menggapai kecemerlangan yang diimpikan.

Apa yang saya kongsikan ini hanyalah cebisan dari persiapan yang perlu kita ada untuk mencapai kecemerlangan. Masih banyak lagi aspek dan perkara2 lain yang perlu diambil kira dalam mengejar kecemerlangan. Kecemerlangan di dunia juga di akhirat.

Maafkan saya atas entri yang sangat panjang ini. Moga member manfaat buat diri ini terutamanya.. juga buat diri anda yang membacanya.

Moga Allah redha~~

Monday, May 9, 2011

Entri bergambar~~

Salam 'alaik kepada semua...
Entry ini adalah entry bergambar..
Jadi, biarlah gambar yang berbicara..
Gambar2 ini dirakamkan di Cameron Highland~~


[ Yaasir sedang mencuba buat muka 'comey']

[Subhanallah..Ladang Teh Bharat]

[Dearest cousins of mine]

[incik yaasir dan bunga]

[Strawberri]

[Luas pemandangan]

[Dedaun teh]

[indahnya ciptaan Allah]

[mu'az merenung masa hadapan]

[currently kembali ke Puncak Alam dan Sungai Buaya..missing home already..]

Sunday, May 1, 2011

Salam ‘alaik buat semua..

Moga semuanya berada dalam lingkaran rahmat dan kasih-sayang Allah..

Alhamdulillah, selayaknya pujian itu ditujukan kepada Yang Maha Pencipta, Yang Maha Penyayang juga Yang Maha Pemurah..kerana dengan rahmat dan kasih sayang nya, kita masih diberi peluang bernafas dan bekerja di atas muka bumi ini dalam mencari dan mengutip REDHANYA..

[ after OSCE ]

Alhamdulillah, hujung minggu yang mendebarkan sudah pun berlalu. Alhamdulillah, Allah mempermudahkan segalanya untuk saya. OSCE berjaya diharungi walaupun ada sebahagiannya yang agak mengecewakan diri saya. Namun, segalanya saya serahkan kepada Dia untuk menentukan apa yang terbaik buat saya. Presentation juga selesai dengan baik walaupun telah disoal bertubi2 oleh examiner yakni lecturer saya juga seorang external examiner iaitu Ketua Jabatan Sains Kesihatan UIA. Selepas habis sesi presentation, juga setelah menyelesaikan tugasan saya sebagai MC bagi slot presentation sesi petang, terus saya dan kakak bergegas ke PWTC untuk berkunjung ke Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIBF’11).

[After selesai presentation]

Berangan-angan untuk menjelajah ke pelosok pesta buku, namun apakan daya, gerai2 hanya dibuka sehingga pukul 9 malam sedangkan kami tiba disana pun, sudah pukul 7 lebih. Hanya sempat menerjah ke kedai2 yang telah tersenarai di dalam list sahaja. Namun, Alhamdulillah, dapat juga menjejakkan kaki ke KLIBF tahun ini. Takde la terkilan sangat~~

[ @ KLIBF with Kak Su-Jemari Seni ]

Sebenarnya, semasa di KLIBF, hati saya tak berapa nak tenang lantaran ketika dalam perjalanan ke PWTC, saya telah menerima panggilan dari lecturer yang mengatakan bahawa saya harus membuat presentation lagi sekali semasa Mini Kolokium Pengimejan Perubatan keesokan harinya. Ini adalah kerana saya termasuk dalam 8 orang yang terpilih yang harus membentangkan hasil thesis kami pada mini kolokium tersebut. Dengan badan yang teramat letih juga minda yang kepenatan, terasa sangat berat mahu membuat presentation sekali lagi keesokan paginya. Maklumlah, beberapa hari sebelum OSCE dan Presentation, tidur pon sudah tidak teratur lantaran membuat preparation ‘last minutes’.

[ Presentation @ Mini Kolokium Pengimejan Perubatan 2011 ]

Pulang semula ke Puncak Alam malam itu, berjaga pula untuk prepare slide presentation dan juga mengulangkaji sedikit untuk presentation keesokannya. Alhamdulillah, walaupun kadar debaran yang sangat tinggi, ditambah pula dengan kegerunan melihat ramai tetamu2 yang dijemput dari hospital2 sekitar Lembah Klang, saya telah berjaya menyelesaikan pembentangan thesis saya di dalam Mini Kolokium tersebut. Terasa bagai kosong dan lapang dada setelah selesai presentation itu. Alhamdulillah..

[Dearest lecturers and external examiners]

Di akhir Mini Kolokium tersebut, dalam ucapan penutup, Ketua Jabatan Pengimejan Perubatan UiTM (merangkap supervisor saya) mengumumkan bahawa 2 orang presenter terbaik akan terpilih untuk membentangkan hasil thesis dalam Seminar Malaysian Society of Radiographers (MSR) di Port Dickson pada 13-15 Mei 2011. Kerana itulah, sehingga sekarang, saya tidak lagi ‘merdeka’ seperti rakan2 yang lain. Rakan2 lain sudah berehat2 di rumah, juga sudah menghantar resume ke sana sini dan saya, masih membelek2 thesis untuk persediaan ke PD pula. Moga semua ini terkandung hikmahnya yang tersendiri. I take in in a +ve way, semoga ianya akan memberi lebih pendedahan kepada saya dari segi presentation dan juga saya dapat bergaul juga mengenali dengan lebih dekat orang-orang penting dalam bidang radiografi di Malaysia. Disamping itu, saya juga dapat mengutip sebanyak mungkin ilmu yang bakal dibentangkan dalam seminar itu nanti. I.Allah, mudah2an saya beroleh banyak manfaat dari seminar yang bakal saya hadiri ini. Doakan, ya..

[the whole batch of Degree Medical Imaging 2007/2011]

Kini, saya sudah berada di Perlis, negeriku tercinta. Namun, saya akan pulang ke Puncak Alam dalam masa terdekat untuk membuat persediaan juga kerana terdapat satu lagi seminar kepada pelajar tahun akhir di UiTM iaitu Seminar “Success as A Graduate” yang diadakan pada 11 dan 12hb Mei ini.

[jamuan akhir kelas~gonna miss u all]

Semoga setiap langkahan dalam kehidupan ini, sentiasa diiringi rahmat, kasih dan redha Allah SWT, insyaAllah..