Monday, July 25, 2011

A wonderful weekend~~

Salam 'alaik buat semua~~
Setinggi kesyukuran dipanjatkan buat Dia Yang Maha Mencipta, Dia Yang Maha Memberi Rezeki juga Dia Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang atas segala limpahan rahmat, rezeki juga kasih sayang..
Alhamdulillah, I've had a very wonderful weekend after having quite a long journey..Perlis - KL - Perlis..Alhamdulillah, selamat pergi dan selamat kembali pulang ke Perlis tercinta..

Catatan Ringkas Perjalanan

Saya memulakan perjalanan ke Kuala Lumpur menaiki Keretapi Tanah Melayu (KTM) yang sungguh berjasa pada petang Jumaat yang hening..3 orang lagi sahabat saya menyertai perjalanan ini dari Sungai Petani..Alhamdulillah, setelah lama tidak bersua, tak kering gusi dibuatnya sepanjang perjalanan ini..Kami tiba di KL sentral jam 5.30 pagi dan meneruskan perjalanan menaiki komuter ke Bandar Tasik Selatan selepas menunaikan solah Subuh..Dipendekkan cerita, sepanjang hari Sabtu, saya berada di Mesyuarat KeARAH Nasional bertempat di Kajang..

[ Puteri2 Gen-11 yang dikasihi lagi dirindui ]

Pada keesokan harinya, saya dapat bersama2 dengan sahibah2 se'batch' di kenduri sahibah yang amat kami kasihi, Ummu Aiman Izzati Huzaidi bersama pasangannya, Abdul Salam..Meriah sungguh rasanya kenduri Ummu ni..ibarat reUnion Gen-11 dah jadinya.. Terharu kerana dapat bertemu dengan sahabat2 yang sekian lama terpisah jauh..Terubat jugak rindu ini kepada kalian semua, wahai sahibah2 Gen-11~~ Moga ukhwah kita ini sentiasa diiringi rahmat, kasih sayang, juga redha dari Allah.. Ummu merupakan pengantin ke-13 bagi puteri2 Gen 11..Sapa2 yang ingin mengejar top-20, boleh la mengambil nombor masing2..hihi..

Saya mengakhiri permusafiran kali ini dengan menaiki bas di Hentian Kajang jam 10 malam dan selamat tiba di negeriku tercinta jam 6 pagi tadi..Semoga musafir saya kali ini, diredhai Allah..


[Puan-Puan Gen-11]

[Bab begambo mmg suma org excited]

[ suke benor tangkap gambar tgh2 panas..]

[Makan time~~]

* Tahniah buat Ummu dan Salam..Barakallahulakuma~~ Moga bahagia hingga ke syurga..
* Buat kalian di oversea, boleh la menatap wajah2 kami2 yang kalian rindui ini..hihi..
* Buat puteri2 Gen-11 yang dikasihi, sila roger2 jika anda bakal menjamu kami dengan nasik minyak..supaya dapat lah kita ber'reunion' sekali lagi.. (",)
* Thanks to Aisy for the food and the accomodation..juga sebagai drebar saya..(",) Till we meet again, iAllah..

Thursday, July 14, 2011

PERMAIs Yang Permai

Salam 'alaik buat kalian yang singgah di sini..
Semoga rahmat, redha dan kasih sayang Allah sentiasa bersama saya dan kalian..
Untuk coretan kali ni, saya ingin kongsikan tentang aktiviti saya pada minggu lepas. Coretan ini juga buat adik2 KeARAH Perlis yang dikasihi fillah..

Bengkel Dokumentasi SURF KeARAH Perlis (PERMAIs) 2011

| pic: credits to atiQah azmi |

Alhamdulillah, dengan kekuatan dan keizinan dariNYA, pimpinan Sekretariat Urus Setia dan Fasilitator (SURF) KeARAH Perlis berjaya menganjurkan PERMAIs buat julung-julung kalinya. Tiada kata yang dapat digambarkan betapa saya bersyukur kepada Allah swt kerana bengkel ini telah berjalan dan berakhir dengan baik.

PERMAIs telah berlangsung selama 3 hari 2 malam bertempat di bumi wakafan yang dicintai, MATRI. Bengkel ini telah disertai oleh 22 orang peserta yang terdiri daripada barisan penggerak juga adik2 pelapis KeARAH Perlis. Menariknya PERMAIs adalah kerana ia menghimpunkan tenaga penggerak KeARAH dari pelbagai peringkat umur. Pakcik2, Makcik2, Abang2 dan Kakak2 IPT juga adik2 pelapis yang masih bersekolah..

| Analogi PERMAIs |

Sejujurnya, PERMAIs yang saya lalui ini, membawa bersama harapan yang besar buat adik2 barisan pelapis..samada sebelum, semasa juga selepas program ini berakhir. SEBELUM program, saya meletakkan harapan yang tinggi untuk PERMAIs ini. Antara lain, saya mengharapkan PERMAIs ini merupakan titik permulaan untuk kami membentuk barisan pelapis bagi SURF Perlis, juga untuk mengemaskini dokumentasi KeARAH Perlis supaya apabila tiba masanya adik2 menerajui kepimpinan SURF Perlis, mereka akan bergerak dengan lebih teratur dan sistematik. SEMASA program, saya mengharapkan adik2 peserta dapat mencerna dan memahami akan perkara2 yang dibincangkan bersama-sama. SELEPAS program, saya mengharapkan semoga segala input2 dan masalah2 yang dibincangkan dapat menjadi satu titik tolak buat barisan pelapis untuk meneruskan langkahan dalam kerja2 ini..

| Bengkel pemurnian kertas kerja |

Jika dilihat, mungkin harapan yang diletakkan ini agak tinggi, tapi sejujurnya, inilah harapan saya buat adik2 barisan pelapis yang dikasihi kerana Allah. PERMAIs juga amat bermakna kerana kami telah disajikan dengan perkongsian pengalaman yang menarik daripada orang-orang yang telah lama berada dalam medan ini. Pastinya, input2 yang telah dicurahkan buat kami, akan kami ambil dan aplikasikan dalam kehidupan kami, iAllah..

| Perkongsian Pengalaman I |

| Perkongsian Pengalaman IV |

| Adik-adik Puteri |

| Sesi Soal-jawab |

| Kalimah Akhirah dan Perkongsian Pengalaman |

Sekalung penghargaan dititipkan buat:-
  • Pakcik2 dan Makcik2 yang tidak putus2 mengajar, memberi sokongan juga bantuan buat kami semua..
  • Urus Setia PERMAIs yang sentiasa bersemangat demi merealisasikan PERMAIs ini. Jzklh khair buat segala pertolongan, bantuan juga semangat yang tidak pernah luntur sepanjang proses merancang, merangka dan menjayakan PERMAIs ini.
  • Peserta2 PERMAIs atas sokongan yang diberikan juga atas masa dan tenaga yang dikorbankan untuk menghadiri PERMAIs.

| Pemuda Harapan Islam |

| Pemudi Harapan Ummah |

Semoga segala usaha ini, Allah terima sebagai amal soleh..
Semoga kerja2 ini tidak menjadi debu2 yang berterbangan..
Semoga Allah tetapkan dan kuatkan langkahan kami semua atas jalan ini..
Semoga Allah kasih dan semoga Allah redha~~

* maaf atas susunan ayat yang sangat berterabur..