Tuesday, September 11, 2012

Short Update..

Bismillahirrahmanirrahim...

Err...Bersawang habis blog ini..
Teruk sungguh momentum pemilik blog ini..
Mana terbangnya momentum untuk meng'update' blog ini~~~

Btw, di akhir2 Syawal ini, 
pemilik blog ini ingin mengucapkan

SELAMAT HARI RAYA 'EIDUL FITRI
Taqabbalallah Minna Wa Minkum..
buat semua yang sudi menjengah ke sini..
Titipkanlah doa buat pemilik blog ini agar dia sentiasa istiqamah untuk meng'update' blognya ini..

'Eidul Fitri 1433H

Just a short update regarding myself..
After having a hard time..
Finally, I'm starting a new journey..
Moga Allah permudahkan langkahan ini..
Moga Allah sentiasa bersama2 sepanjang perjalanan ini..
diiringi dengan rahmat, redha dan kasih sayangNya..


Pesanan penaja~
:: Ilmu Allah itu Maha Luas ::
:: Tuntutlah ilmu walau dimana anda berada ::

Wednesday, August 1, 2012

Ramadhan Kareem..!!

Salam 'alaik..
Ramadhan Kareem buat anda yang singgah ke laman yang penuh sawang ini..


Alhamdulillah wa syukurillah..kerana Allah masih memanjangkan umur kita semua untuk tiba di bulan yang penuh dengan keberkatan ini, Ramadhan Mubarak~
Bulan Ramadhan juga dikenali sebagai bulan pembersihan ruh, di mana kita digalakkan untuk memperbanyakkan istighfar dan bertaubat atas segala dosa/kesalahan yang pernah kita lakukan.

Semoga dengan keberadaan kita di bulan yang penuh barakah ini, kita dapat memperbaiki dan meningkatkan diri kita dalam rangka untuk menjadi hambaNYA yang TERBAIK..

Jadikan Ramadhan ini satu medan latihan untuk kita berusaha bersungguh2 memohon keampunan, memohon maghfirah dan juga keredhaan dariNya..

Pertingkatkan amal ibadah kita di bulan Ramadhan. Disamping itu, jaga lah adab dan tatatertib di bulan Ramadhan. Ibadah yang dilakukan janganlah sekadar mengikut tradisi mahupun adat.

Amalan Sunnah di Bulan Ramadhan:

  1. Melambatkan bersahur dan menyegerakan berbuka
  2. Berbuka dengan tamar / air
  3. Memberi makan kepada orang yang berpuasa
  4. Memperbanyakkan berdoa 
  5. Solah sunat malam
  6. Bermurah hati dalam bersedekah
  7. Memperbanyakkan ibadah di 10 akhir Ramadhan
  8. Berusaha mencari lailatul-qadr

11 days gone..29 days to go..
Let's increase our speed towards Mardhatillah..
Moga setiap detik, saat, minit, jam, dan hari yang berlalu, tidak berlalu dengan sia2..
Moga setiap amalan yang dilakukan, diterima oleh Allah sebagai amal2 yang SOLEH..

Thursday, June 14, 2012

| Life is tough |

I wish i'm tougher..

Life is a test..
Life is full of challenges..

Life is tough..
and I wish i'm tougher enough to face all those challenges..


[crying is not a crime]

Kadang-kadang, kita perlukan seseorang untuk mencurahkan segala masalah yang terbuku di hati..
Kadang-kadang, ada juga masalah yang kita simpan sorang2 di dalam hati..
kerana, tak semua masalah kita, dapat kita kongsi dengan orang lain..
and when that kind of problem comes, menangis adalah penenangnya..




Jika sedih, maka menangislah. 



Menghadapi saat-saat yang sukar,
Saat kita tak mampu berkongsi dengan sesiapa,
Saat tiada siapa yang mengetahui dan memahami,
Benar-benar memerlukan kekuatan dalaman juga keyakinan yang utuh..
Dari mana kekuatan itu hadir?
Pastinya perlu meminta padaNYA, pemilik segala kekuatan..





------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Jalan ini, sememangnya tidak indah seperti yang disangka..
Jalan yang dipilih ini, penuh dengan dugaan dan cabaran..
Pada mulanya, terasa diri ini mampu menghadapi segalanya dengan bantuan dariNYA..
tetapi, kebelakangan ini, terasa tidak mampu lagi untuk bertahan..
Terasa kecewa, hilang segala semangat, rebah dan hilang kekuatan..terbang segala harapan dan cita-cita..
But yet, Pilihan harus dibuat, untuk meneruskan kehidupan demi perjalanan yang masih panjang..
dan membuat pilihan itu juga tidak semudah yang disangka..
petunjuk dariNYA sangat didambakan..

Pesan dari seorang teman buat diri ini,  "
"Gandakan doa dan solah hajat..Istikharahlah..
Semoga diberi petunjuk olehNYA dan semoga dipermudahkan jalan ini untukmu.."
"Bersabarlah dan tenanglah..He Knows BEST dan DIA tahu kemampuan diri kita.. 
Apa sahaja kesukaran yang dihadapi ini, Allah nilai, dan pasti ada kemanisannya kelak..
Bersabarlah, ada hikmahnya atas setiap yang berlaku.."

Fa inna ma'al 'usri yusra..
[Sesungguhnya bersama kesulitan, ada kemudahan]
YAKINLAH..!!
Dear myself, percayalah...
Semua ini berlaku kerana kasih Allah pada diri ini..
Allah Maha Tahu apa yang terbaik untukmu..
Pasti terselit hikmah disebalik semua ini..
Doa, doa dan doa..Pohon dariNYA..
Semoga hati lebih tenang untuk membuat pilihan yang terbaik untuk diri.. 


*Sahabat yang sejati itu adalah sahabat yang sentiasa bersama2 kita, dalam susah mahupun senang..yang sentiasa ada untuk kita berkongsi rasa, berkongsi masalah..tq my dear bestie atas segala nasihat, semangat dan dorongan yang diberikan..Semoga Allah merahmatimu, atas segala kebaikanmu..

Monday, June 11, 2012

A year older~

Alhamdulillah..
Tarikh ini datang lagi..
Tiada apa yang dapat dilafazkan melainkan selaut kesyukuran yg dipanjatkan kepadaNYA atas nikmat usia yang diberikan ini..
Ucapan terima kasih yang tidak terhingga, tentunya  buat umi dan abah tercinta, kerana telah melahirkan diri ini, mendidik, mengasuh, menjaga, dan mentarbiyah diri ini sejak kecil sehinggalah ke saat ini..dan apa yang pasti, ne'ah still memerlukan nasihat, tarbiyah, juga didikan umi abah sepanjang hayat ini..


11 Jun 2012~
Memberi peringatan buat diri..
Bertambahnya umur bermakna bertambahlah dekat diriku dengan kematian..
Membuatkan diri ini memikirkan amal2 yang telah dilakukan, dosa2 yang dilakukan..
Membuatkan diri ini bersyukur dengan nikmat umur ini, utk bertaubat akan kesalahan2 yang dilakukan, juga utk meningkatkan amal2 soleh sbg bekalan di SANA..


11 Jun 2012~
hadir saat diri ini berperang dengan emosi yang melibatkan banyak perkara..
sehinggakan tidak sedar tarikh ini menjelma lagi..
sedih rasanya memikirkan cabaran dan dugaan yang hadir, tatkala diri ini tak bersedia utk menghadapinya..
[oh, betapa tidak kuatnya diri ini utk berhadapan dengan dugaan yang hadir tanpa dipinta]

11 Jun 2012~
hadirnya bersama ucapan2 dari teman2 yang mendoakan kebaikan buat diri ini..
dan yang pasti, ucapan utk tahun ini, ada tambahannya dari ucapan2 di tahun sebelum ini..
Apa2pon, semoga Allah makbulkan doa kalian..
Doakan diriku ini terus kuat dan istiqamah atas jalan ini..

Buat kalian yang membaca post ini,
Doakan saya selalu..
Doakan saya kuat untuk menghadapi segala cabaran dan dugaan yang datang..
Doakan semoga Allah kasih dan redha dengan saya..
dan Semoga Allah kasih dan redha dengan kalian juga..


*Post pada tarikh yg sama, tahun lalu --> SINI
*Selamat Hari Lahir buat kembarku, Afeefah Saalihah..mesti lagi hepi sambut besday tahun ni sebab tengah menanti kehadiran 'orang baru'..Mabrouk, dear kembar..(",)

Monday, May 21, 2012

KAHFI 2012


Salam'alaik..
Hebahan program cuti sekolah buat adik2 sekolah menengah..

Click gambar utk besarkan

KEM ASAH FAKULTI INSAN (KAHFI)
ZON UTARA
PERLIS | KEDAH | PULAU PINANG | PERAK


4 - 6 JUN 2012
[ Isnin - Rabu ]
Kem Wang Mu, Tasoh, Perlis
Yuran: RM 60 seorang

Penyertaan: Terbuka kepada Pelajar Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5 
yang merupakan
anak2 HALUAN, pelajar sekolah angkat HALUAN dan yang pernah mengikuti program KeARAH sekurang2nya 2 kali.

Tema: KeARAH Menongkah Cabaran, Memacu Perubahan

Aktiviti Menarik:
KAHFIrace
Sharing Moment
Latihan Dalam Kumpulan (LDK)
KAHFI Leadership Games

Untuk pendaftaran dan pertanyaan, hubungi:
Nailah: 013-602 1017

Tarikh Tutup Pendaftaran: 1 Jun 2012


Anjuran: Kelab Remaja HALUAN (KeARAH)
dengan kerjasama HALUAN Malaysia

Monday, February 6, 2012

Mabrouk..

"Di antara tanda-tanda kebesaranNya ialah Dia menciptakan pasangan-pasangan (jodoh) bagi kamu dari jenis kamu sendiri, agar kamu cenderung kepadanya dan merasa tenteram dengannya. Kemudian Allah menciptakan rasa kasih sayang di antara kamu. Sungguh yang pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda (kebesaran Allah) bagi kaum yang berfikir".
[Surah Ar-Rum: ayat 21]


~Selamat Pengantin Baru~

Mabrouk buat sahibah tersayang, Sharifah Nurul Hidayah
~4 Februari 2012~

[selepas akad]

[tazkirah Ust Hasrizal sebelum sesi makan bermula]

Semoga Allah rahmati dan berkati baitul muslim yang dibina ini..
I'm very happy for u, my dear along..

[Keluarga pengantin perempuan]

[antara gen11 yang hadir]

Juga mabrouk buat teman sepermainan, Sofiyah Nordin..
~ 21 Januari 2012~
Congrats, Fiah..

[DP's girl~~]

Not to forget, my dear 'amoi', Siti Shafiqah Mahyiddin..
~28 Januari 2012~

[Pasangan pengantin bersama ibu-bapa pengantin perempuan]

Tahniah amoi..Moga berbahagia hingga ke syurga~~

[Puan, Cik, dan bakal Puan...(",)]

Awal 2012 ini, sememangnya dipenuhi dengan jemputan kenduri hampir setiap minggu..
Semoga setiap baitul muslim yang dibina, dilimpahi dengan sakinah, mawaddah dan rahmah..
Barakallahulakuma, wabarakah 'alaikuma, wajama'a bainakuma fi khair~

*next Gen 11's wedding: 18 Februari 2012 and 10 March 2012

Sunday, February 5, 2012

Rehlah Keluarga HALUAN Perlis


PENGUMUMAN..PENGUMUMAN..!!

Rehlah Keluarga HALUAN Perlis
6 Feb 2011
Eagle Park Resort, Bukit Ayer, Perlis
8.00 pagi hingga 3.00 petang
RM 15/ keluarga

Tentatif
0800 | Pendaftaran dan Sarapan Pagi
0845 | Taklimat Program
0900 | Bacaan Al-Quran
0915 | Riadhah : Regangan - Dewasa, Remaja dan Kanak-kanak
Tazkirah Riadah - Dewasa
Program Outdoor- Kanak-kanak dan Remaja
1030 | Rehat
1050 | Explorace Keluarga
1230 | Makan Tengahari
1315 | Solah Zohor
1415 | Ucapan Penutup

Anjuran
HALUAN Cawangan Perlis

Jom kita pakat pi ramai2~~