“ Jika tepat masa, ketika, keadaan dan siapa, cinta adalah kuasa luar biasa yang tiada bandingnya..”
Sebulan yang lalu, Persatuan Mahasiswa Hadhari (PMH) UiTM Jalan Othman dengan kerjasama PHYTAS (persatuan pelajar2 physiotheraphy) telah menganjurkan program “Minggu Dedikasi Cinta” yang diadakan selama seminggu. Sepanjang minggu program ini, pelbagai aktiviti telah dijalankan termasuklah membuka gerai2 jualan.
Semasa menjaga gerai jualan, sempat juga saya membeli beberapa buah buku yang sekian lama ingin dibeli. Antara buku-buku yang dibeli, termasuklah buku tulisan Pahrol Mohd Juoi yang bertajuk TENTANG CINTA.
Saya baru menghabiskan separuh dari isi buku ini. Walaupun baru separuh yang dibaca, namun banyak juga peringatan, penjelasan dan huraian2 tentang cinta yang ditimba. Benarlah, cinta itu membawa pelbagai persoalan dalam kehidupan remaja kini. Jika kita benar-benar berfikir, pasti timbul persoalan: Apa sebenarna yang dikatakan cinta? Siapakah yang patut dicintai? Bagaimana kita harus bercinta? Bagaimana mencintai dan dicintai? Siapakah role-model kita dalam bercinta? Bolehkah menjadi hamba cinta? Persoalan cinta adalah satu subjek yang sukar untuk diungkai dan dibincangkan kerana cinta itu sendiri kompleks dan halus.
Benarlah seperti dikatakan oleh kebanyakan orang, cinta itu adalah FITRAH. Namun, fitrah itu memerlukan hidayah, jika tidak, FITRAH akan menjadi FITNAH. Fitrah yang dikurniakan Allah perlulah dipelihara dengan sebaik2nya, peliharalah ia dengan keimanan yang benar kepada Allah, suburkanlah ia dengan ketaqwaan kepada ALLAH. Jika fitrah itu tidak dijaga, nescaya ia akan menjadi fitnah kepada diri sendiri dan Islam itu sendiri.
Remaja masa kini, sering tertipu dengan definisi cinta dalam diri masing-masing. Cinta itu diletakkan pada tahap yang rendah sedangkan Allah telah meletakkan cinta itu pada kedudukan yang tinggi dan perlu dipelihara oleh kita. Cinta manusia sering diagung-agungkan sedangkan cinta kepada ALLAH dan RASUL entah kemana dicampakkannya. Masing-masing tidak tahu untuk meletakkan prioriti cinta itu kepada siapa.
Sesungguhnya, cinta yang agung itu adalah CINTA KEPADA ALLAH dan RASULNYA. Dengan wujudnya kecintaan kepada Allah dan Rasulnya, barulah akan lahir cinta kepada ibu-bapa, sahabat serta sanak saudara. Letakkanlah cinta kita pada tempat yang betul kerana jika kita cinta kepadaNYA, nescaya Dia juga mencintai kita. Cinta Allah tidak akan mengecewakan kita sebagaimana cinta manusia yang sering mengecewakan.
Buat renungan kita bersama..
Imam Ghazali berkata: “ Barangsiapa mengaku empat perkara tanpa disertai dengan empat perkara yang lain, maka dia adalah PENDUSTA. Barangsiapa mengaku cinta syurga tetapi tidak beramal dengan ketaatan, maka dia pendusta. Barangsiapa mengaku cintakan Nabi Muhammad SAW tetapi tidak cinta kepada ulama dan fakir miskin, maka dia adalah pendusta. Barangsiapa mengaku takutkan neraka tetapi tidak meninggalkan maksiat, maka dia adalah pendusta. Barangsiapa yang mengaku cinta Allah tetapi keluh-kesah dengan ujianNya, maka dia adalah pendusta”.
sungguh cinta itu indah tapi harus ada priority nya..
ReplyDeletesyukran ats perkongsian
Dr Abdul Kadir Audah once said::
our journey is journey of the heart~
heart pencetus segalanya~namun biarlah iman yg memandunya~moga Allah pelihara kita semua dalam mencari cinta yg hakiki~dh jumpa jihad dlm menjaga hidayah mula
cnta pd stdy plg pnting.. =)
ReplyDeletemsa depan tletak pd tgn kta sndri,bkn org laen..
moga cinta kepada manusia tak menyekat cinta pada yang esa
ReplyDelete