Monday, June 29, 2009

[ JUNE ]

Bulan Jun hampir melabuhkan tirainya. Julai pula semakin menampakkan dirinya. Memasuki bulan Julai bermakna, sesi pembelajaran akan bermula. Saya akan meneruskan perjuangan di semester 5. Semoga perjalanan studi ku sentiasa diiringi redha dan rahmat dariNya.

Saban tahun, bulan Jun sangat bermakna buat diri ini kerana, dengan memasuki bulan Jun, bermakna bertambahlah setahun lagi umur diriku ini.

Jun 2009 sangat memberi kesan buat diri ini. Pelbagai perkara telah berlaku dalam bulan ini.
Antaranya :

2 Jun
Asthma datang lagi..menyerang diriku ini selama seminggu. Mungkin peringatan dari Allah akan nikmat kesihatan yang sering diabaikan..
8 Jun
Bermula TOT 6 zon Utara. Sedih kerana tidak dapat menghadirkan diri lantaran diri yang tidak sehat.
9-11 Jun
KMK13 berlangsung. Juga tidak dapat hadir. Namun, kenangan merancang modul2 dan aktiviti tetap segar di ingatan.

11 Jun
Hari ini, umurku memasuki 21 tahun. Terima kasih ummi dan abah kerana telah membesarkan dan mendidikku selama 21 tahun ini. Hanya Allah yang dapat membalas jasa kalian.
Pada subuh hari ini, diri ini dikejutkan dengan pemergian seorang sahabat, Dr Muhammad 'Ammar Zulkifli. Semoga Allah merahmatimu dan mengurniakan kesabaran dan ketabahan buat keluargamu, sahabat handai serta kenalan2mu. Cukuplah kematian itu sebagai peringatan untuk kita..
Result Final Sem 4 telah keluar. TQ ALLAH for the result. (",) Sangat2 bersyukur dengan kurniaanNya. Semoga semester2 akan datang, membuahkan hasil yang lebih cemerlang. Hanya kepadaNYA daku berserah dan berharap..

18-20 Jun
Menghadiri program anjuran HaluanSiswa Zon Utara di Matri.

24 Jun
Hari Kelahiran Sahibahku, Nurul 'Atiqah bt Amran. Eidul Milad, tikah. Semoga dirimu sentiasa dalam jagaan Allah.

25 Jun
Sahibahku nun jauh di bumi UK..dearest Kak Yam. Eidul Milad..sweet 21st.
Miss u much, kak yam.. (^_~)

26 Jun
Hari Lahir Bazilah bt Mohd Zaki. Buzz, teruskan perjuanganmu di bumi USM. Semoga perjalanan hidupmu diiringi redha dan rahmat dariNya.

26-27 Jun
Hari Kecemerlangan dan Hari Koperasi Matri 2009. Alhamdulillah..dapat berjumpa dengan ramai sahibah gen11..macam gen kte je yang ramai time hari kece ni,kan. Antara yang datang, Salimah, Ummu Hani, A'aliah, Dhabitah, Nasirah, Faten, Timah. Seronok dapat kumpul macam dulu2. Semoga ukhwah ini terus beroleh redhaNya.

27 Jun
Mesyuarat KFK. Antara gen11 yang hadir - Ujah, Timah, Nasirah, Salimah, Ummu Hani, Dhabitah, A'aliah, Razana, Zaihan, Nazihah..

28 Jun
Pagi-pagi tu, dapat jugak duduk ramai2 ngn salimah,muani,a'aliah,kak timah izham,awa..kt bilik kak lang..da lama tak sembang2, akhirnya pagi tu..sempatla jugak kan..dgn melayan kerenah si kecik yaasir tuh..mintak maaf la yer, adekku itu mmg suke bercerita.. :)

30 Jun
Kenduri durian..durian yang diidam2kan since balik rumah haritu..akhirnya..dapat jugak kenduri..tapi berpada2 lah wahai diri.. ;)


Itulah antara kisah-kisah yang berlaku sepanjang bulan jun..Semoga Allah memberkati perjalanan hidupku dan hidup kalian jua..Going back to kl this saturday utk memulakan semester baru..Ya Allah, permudahkanlah...

Monday, June 22, 2009

22 Jun 2009

Sekian lama tidak meng'update' blog, hati memaksa diri utk update, tetapi tangan ini terasa amat sukar utk menukilkan sesuatu di blog ini..

Hari ini, 22 Jun 2009, genap 12 hari pemergian seorang sahabat, Muhammad 'Ammar Zulkifli. Benarlah kata sahabat2, pemergian 'Ammar memberi 'ibrah yang besar buat kita semua, insan2 yang mengenali Arwah mahupun tidak. Allah telah memberi peringatan buat kita supaya kita kembali merenung hakikat penciptaan kita di dunia ini. Supaya kita kembali kepadaNya dalam erti kata yang sebenar, supaya kita benar2 menjalankan tanggungjawab kita sebagai khalifah di muka bumi ini..

Arwah 'Ammar telah pergi dengan husnul khatimah..dia mendapat pengakhiran yang sangat baik. Bagaimana pula dengan kita. adakah pengakhiran kita nanti dalam husnul khatimah? cukupkah 'amal2 yang kita lakukan selama ini? Apa yang telah kita sumbangkan Islam dan umatnya? Bagaimana pula dengan hubungan kita dengan Allah, sesama manusia dan alam?

Benarlah, seorang hukamak berkata "Jika kamu inginkan pengajaran, cukuplah kematian itu sebagai pengajaran".

Rasulullah SAW pernah bersabda "Sesungguhnya hati manusia akan berkarat sebagaimana besi yg dirosakkan oleh air." Seorang sahabat telah bertanya "Apakah caranya untuk menjadikan hati itu bersinar kembali?" Jawab Rasulullah "Banyakkan mengingati maut dan membaca Al-Quran." (riwayat Baihaqi dari Ibnu Umar).

Kita yang masih diberi nikmat oleh Allah untuk bernafas di muka bumi ini, seharusnya berusaha dengan lebih kuat untuk meningkatkan kerja2 kita untuk Islam, menambahkan 'amal2 soleh dan meningkatkan hubungan kita dengan Allah..Semoga Allah meredhai usaha2 kita.

6hb Julai, bermulalah sessi pembelajaran bagi sesi Julai09/Nov09.. Cuti hanya berbaki kurang 2 minggu..Wahai diri, manfaatkanlah sisa2 cuti yang masih berbaki ini dengan sebaiknya..

* buat warga Gen11, 26-28 Jun ini, Hari Kecemerlangan dan Hari Koperasi akan diadakan di Matri. So, kepada sesiapa yang berkelapangan, marilah sama2 menghadirkan diri..Dapatlah kita adakan reunion kecil2an.. =) Sape2 yang boleh datang, bolehlah informkan kepada diriku.btw, saya da guna nombor baru, do contact me, then i'll give my new number..tq!

Monday, June 15, 2009

Teruskan perjuangan..

This is the latest update 'bout Majlis Pengebumian Mujahid Muda, Dr Muhammad 'Ammar Zulkifli on 14th June 2009..

News --> credits to criestz

Alhamdulillah jenazah allahyarham 'Ammar telah selamat dikebumikan pada pagi selepas subuh td bersamaan hari ahad 14 jun 2009 di tanah perkuburan berhampiran rumah beliau.. disini dicatatkan detik2 terakhir sebelum allahyarham dikebumikan bersama dengan peristiwa-peristiwa y menyentuh hati..

-pusara 'Ammar-

13 jun 2009
10.o1pm
Sy bersama adam, syakir, fadhli, pe'e, kamil dan islahi telah sampai ke rumah allahyarham.. pada masa itu pembacaan tahlil sedang diadakan jadi kami pun mengikuti tahlil..

10.o2pm
Selepas pembacaan tahlil ayah ammar telah memberi sepatah dua kata tentang ammar dan beliau kelihan sangat pilu sehingga berhenti beberapa ketika kerana menahan sebak..akhirnya ayah ammar menghentikan ucapan beliau kerana terlalu sebak dan selepas itu kami dijamu dengan makanan dan minuman yang telah disediakan..

11.2opm
ramai sahabat dan sahibah telah beransur ke rumah2 jiran terdekat untuk menumpang istirehat.. suasana sunyi mula menyelubungi dan terdengar mendayu-dayu surah yasiin dibaca oleh ibu saudara arwah..perasaan sebak mula terasa dan terus teringatkan arwah yang masih di klia dalam proses pemindahan dari mesir ke Malaysia.. kami sahabat2 sekelas arwah semasa di matri masih setia menunggu kepulangan arwah..


14 jun 2009
1.ooam
Sahabat2 dari perlis sudah sampai.. kami bersalam-salaman dan berbual untuk mengelakkan rasa mengantuk dan letih..ayah ammar masih lagi melayan tetamu yang hadir..

2.51am
sahabat2 y masih ada td ramai y sudah pergi ke surau untuk beristirehat dan tinggal beberapa orang sahabat sahaja menemani ayah ammar.. mereka duduk di laman rumah smbil bersembang sementara menanti ketibaan ammar.. cume sy seorang sahaja kawan batch sekolah ammar y masih berada dirumah ammar kerana yang lain terlalu penat setelah melalui perjalanan yang jauh untuk sampai kesini.. sy ditemani adik ammar iaitu ikhwan sehingga ikhwan tertidur kerana penat.. terpancar kesedihan diraut wajah ikhwan apabila sy menceritakan tentang kenangan dengan ammar dan segala benda y kami kongsi dan lalui bersama..

3.5oam
Ummu ammar sudah keluar dan menunggu didepan rumah menantikan jenazah dan semakin ramai orang y dtg berkumpul.. selepas dapat tahu yang jenazah ammar baru sampai ke bukit gantang ibu ammar masuk semula ke dalam rumah.. bomba datang untuk bersiap sedia membuka keranda allahyarham..

4.25am
Van jenazah sudah sampai ke juru.. maka bila2 masa sahaja jenazah akan sampai..
Makin rmai orang y berkumpul dan kawasan sekitar makin sesak dengan semua yang hadir.. Alhamdulillah, ramai sungguh yang menunggu kepulangan allahyarham..

4.44am
van jenazah sampai berserta konvo dari kedutaan Malaysia.. ummu ammar keluar dari rumah jiran untuk menyambut kepulangan ammar dan dgn tiba ummu ammar merasakan hujan y renyai turun dengan sgt sekejap dan ummu ammar dpt merasakan y seluruh alam sedang menangisi pemergian mujahid muda ini,,

5.27am
Selepas mencuba pelbagai cara barulah keranda dapat dibuka sepenuhnya dan sebelum kain kafan dibahagian muka dibuka.. orang dari kedutaan meminta izin ummu ammar untuk membuka dan meminta ummu ammar bersabar .. dengan raut wajah yang tenang ibu ammar mengizinkan.. selepas kain kafan dibahagian muka dibuka dan terlihat raut redup wajah ammar.. ummu ammar kelihatan sangat sebak dan pilu tetapi dapat dilihat kekuatan seorang ibu menahan sedih apabila melihat raut wajah redup anak sendiri.. sahibah2 dan kaum keluarga allahyarham sudah ramai y mengalirkan air mata pilu melihat wajah allahyarham.. muka allahyarham kelihatan tersenyum dan tenang seolah-olah sedang bergembira disyurga dan itulah y memberikan kekuatan kepada ummu ammar untuk terus tabah.. ummu ammar berkata beliau yakin ammar syahid apabila dilihat dari raut redup wajah ammar lalu tangan seorang ibu mengusap wajah anak y telah syahid sambil membuang kapas yang menutup sedikit wajah ammar.. ummu ammar merasakan seakan2 peluh keluar dikedua2 belah pipi ammar.. dsn itu adalah tanda2 org y mati syahid kerana walaupun roh sudah terpisah dgn jasad tetapi mereka masih hidup disisi ALLAH.. diwaktu itu mata ummu ammar bergelinangan dengan air mata.. suasana ketika itu amat sayu dan pilu.. ramai y menangis hiba melihatnya..

Selepas semua ahli keluarga menatap wajah allahyarham ummu ammar memanggil sahabat2 ammar untuk melihat dan memberikan penghormatan terakhir kepada ammar.. kesemua sahabat ammar datang dan mengusap wajah allahyarham.. keegoan lelaki kami semua runtuh apabila melihat sahabat y bersama-sama didalam dakwah dan tarbiyyah meninggalkan kami semua dalam masa y singkat sahaja.. kami mula menangis apabila terkenangkan kenangan dengan allahyarham lalu ummu ammar berkata..”jangan la nangis wahai sahabat2 ammar.. makcik yakin ammar syahid.. cuba tengok wajah ammar.. ammar sedang tersenyum dan makcik ibu ammar pun tak menangis.. kuat dan tabahkan diri.. makcik tahu semua orang sayangkan ammar”.. selepas itu baru lah sahibah2 bergilir melihat wajah redup ammar buat kali terakhir.. sebelum wajah ammar ditutup ummu ammar hendak melihat lagi sekali wajah anak y amat2 dikasihinya itu.. ummu ammar membelai pipi ammar dan memegang janggut ammar sambil berkata sesuatu kepada ammar.. raut wajah ummu ammar ketika itu sungguh memilukan hati sesiapa y melihat.. lalu ummu ammar mencium pipi ammar dan dengan perasaan sayu membenarkan org kedutaan untuk menutup wajah ammar sebelum dibawa ke masjid dan ikhwan sentiasa menenangkan beliau..

6.o5am
Kami semua solat subuh dimasjid berhampiran dan selepas itu kami memberi penghormatan terakhir dengan bersolat jenazah kemudian jenazah dibawa ke perkuburan dibelakang surau y berhampiran untuk dikebumikan..

o6.28am
suasana begitu sayu apabila jenazah dimasukkan kedalam liang lahad.. segala urusan pengebumian berjalan dengan lancar sehingga selesai pengebumian.. ketika ustaz rahim sedang bebacaan talkin hujan renyai-renyai turun seolah-olah seluruh seisi alam menangisi pemergian seorang mujahid kecil yang tidak pernah berputus asa dalam menyampaikan dakwah dan meneruskan perjuangan nabi Muhammad s.a.w .. awan y redup memayungi pusara ammar sehinggalah selesai bacaan talkin.. alhamdulillah lebih 1000 o++ org y dtg melawat dan memberikan penghormatan terakhir kepada mujahid muda y berusia 21 tahun ini..sungguh tidak disangka penghormatan sebegini mulia.. ummu ammar sangat bersyukur diatas segala pertolongan dan kerjasama semua pihak melancarkan urusan pengebumian jenazah..

7.15am
Kami semua selaku sahabat2 1 batch dengan ammar mengelilingi pusara ammar dan mengenangkan kembali masa-masa lalu ketika bersama dengan ammar.. suasana bertambah pilu apabila saudara nazim memberikan ucapan tentang apa perjuangan ammar dan apa y ammar harapkan daripada kami semua selaku sahabat2 beliau, ramai antara kami y menangis.. selepas nazim aku memberikan ucapan apa y aku rasa tentang ammar.. satu tahun duduk disebelah ammar didalam kelas membuatkan aku faham apa yang diperjuangkan oleh ammar dan apa y diharapkan oleh ammar kepada sahabat2 beliau.. sepanjang mengenali ammar beliau tidak pernah sekalipun memarahi sahabat2 y membuat salah apatah lagi memandang serong kepada mereka.. beliau tidak pernah sekalipun menceritakan keburukan sahabat2 beliau.. ammar sentiasa menasihati tanpa jemu dan apa y aku lihat ammar seolah2 tidak pernah ada perkataan menyerah walau pun apa y dinasihati itu tidak diikuti tetapi ammar tetap menasihati secara berhikmah.. kehilangan ammar amat2 terkesan didalam hati kerana aku berasa sangat2 kehilangan seorang sahabat y sentiasa menyedarkan aku tentang peranan kita sebagai mujahid dan khalifah dimuka bumi ini..

Kemudian kami berjumpa dengan ummu ammar.. ummu ammar berkata tentang akhlak ammar dan apa y ammar perjuangkan.. ummu ammar berharap kami sahabat2 y rapat dengan ammar benyambung dakwah ammar.. ummu ammar berkata ‘ makcik bersyukur ammar meninggal ketika hendak membuat program untuk mengeratkan perhubungan sahabat2 gen 6 yang dikatakan semakin renggang.. amar mahu sahabat2 beliau kembali sedar dan bersatu semula.. ammar ambil medik tetapi kalau ammar tidak melakukan semua perjuangan dakwah apa yang ammar akan bawa ke kubur? Ammar tak boleh bawak medik ke kubur tetapi ammar membawa dakwah dan ammar mati syahid makcik yakin ammar meninggal ketika sedang berjuang fisabilillah ketika belajar.. dan satu ayat lagi yang amat menyentuh hati kami apabila ummu ammar berkata ALLAH mengambil ammar daripada makcik tetapi ALLAH menggantikan makcik dengan berpuluh-puluh lg anak yang akan meneruskan perjuangan ammar yang bermaksudkan kepada kami semua batch 11 spm 05 y ade disitu juga kepada yang tidak dapat hadir.. ummu ammar mahu kami selaku sahabat2 y rapat meneruskan tugas ammar dalam dakwah.. ummu ammar juga mengingatkan tentang kata2 ammar “jiwa mereka yang hanya cintanya mencari akhirat.. laksana anak-anak akhirat.. melihat dunia dari jendela akhirat” jadi kita fahamkan lah apa y dimaksudkan oleh ammar..

Ummu ammar mengirim salam kepada semua sahabat2 dan sahibah2 batch 11 spm 05 y tidak dapat hadir dan meminta kita semua bergabung tenaga meneruskan perjuangan ammar dan meneruskan tarbiyyah rasulullah s.a.w …

Pada hari ini seluruh pulau-pinang kelihatan begitu redup.. jika dilihat langit akan dapat dilihat awan meliputi langit seluas mata memandang.. suasana begitu redup dan nyaman sekali seolah2 bumi dan seluruh alam merestui pemergian seorang mujahid y syahid ini..

p/s: sehingga ditulis artikel ini(2.32am 14jun09) masih dengar bunyi guruh dilangit.. dan satu hari ini sejuk dan tidak panas.. sekarang sudah kedengaran hujan turun dengan lebat.. berlarutan dari pagi td.. itu y meyakinkan ummu ammar bahawa ammar syahid dan akan ditempatkan di jannatul firdaus..

dan Alhamdulillah bersyukur kepada ALAH kerana selain juru cmera tv ak lah satu2-nya y bukan ahli keluarga ammar dan satu2 nya yang dapat mengambil gambar ketika keranda ammar dibuka kerana semua orang tidak dibenarkan masuk untuk tujuan mempercepatkan proses pembukaan keranda.. tak tahu lah mcmmana ak boleh terlepas dr diminta keluar.. semua itu atas kuasa ALAH dan ak ingin kongsikan bersama sahabat2 y menyayangi ammar.. sekian

Kepada sahabat2 dan sahibah2 gen11, marilah sama2 kita teruskan perjuangan yang telah dibawa oleh 'Ammar..dia telah memperolehi pengakhiran yang sangat baik..bagaimana pula dengan kita?? Keep going on..teruskan perjuangan..!!

for more pics and vids, click here

Saturday, June 13, 2009

News from Berita Harian

Hasrat tunai umrah tak tercapai


KEPALA BATAS: Pelajar perubatan tahun tiga Universiti Kaherah, Muhammad 'Ammar Zulkifli, 21, yang terkorban dalam kemalangan jalan raya di Mesir, kelmarin, pernah menyatakan hasrat menunaikan umrah pada Ramadan tahun ini.

Anak sulung daripada tujuh beradik itu memaklumkan hasratnya kepada keluarganya dia akan ke Makkah pada awal Ramadan sebaik selesai peperiksaan semester.

Perkara itu dinyatakan bapa Allahyarham, Zulkifli Ismail, 47, kakitangan Institut Perubatan dan Pergigian Termaju (IPPT) Universiti Sains Malaysia (USM) ketika ditemui di rumahnya di Taman Bertam Indah di sini, semalam.


Zulkifli berkata, kali terakhir arwah menghubungi adik beradiknya ialah Selasa lalu ketika mereka dalam perjalanan pulang dari Kuala Lumpur selepas menghadiri program anjuran sebuah badan bukan kerajaan.


"Dia bercakap dengan semua adiknya serta ibunya (Siti Fatimah Ramli) yang berada dalam kereta. Dia bertanya khabar kerana sudah lama kami tidak berjumpa.

"Tetapi saya agak terkilan kerana tidak sempat bercakap dengannya kerana sedang memandu," katanya.

Muhammad 'Ammar adalah Ketua Generasi Keenam (Gen6) pelajar Malaysia dalam bidang itu di universiti berkenaan.

Dalam kejadian jam 3 pagi itu, kereta dinaiki Muhammad 'Ammar bersama empat rakannya terbabas sebelum merempuh pembahagi jalan ketika pulang dari Ain Sokhna bagi meninjau lokasi untuk program perhimpunan pelajar Gen6 pada 28 Jun ini.

Empat rakannya iaitu Abdul Rahman Ramdzan, patah lengan kanan; Akram Abdul Kadir, masih koma; manakala Muhamad Fitri Tokiran dan Saif Jamaluddin cedera ringan. Semuanya berusia lingkungan 20-an.

Muhammad 'Ammar adalah bekas pelajar Maahad Tarbiyah Islamiyah (MATRI) Beseri, Perlis. Jenazahnya akan dihantar pulang ke Malaysia dan dijangka tiba hari ini.

*sumber: Berita Harian

Friday, June 12, 2009

PeringatanNYA buat kita..

Subuh 11 Jun 2009, lenaku terganggu kerana bunyi message yang bertalu2 memasuki inbox hp ku. Dalam keadaan mamai, tersentak daku membaca msg2 yang tiba. Semuanya mengkhabarkan pemergian seorang mujahid muda, Muhammad 'Ammar b Zulkifli..Daku bangkit dan termenung. Di dalam mindaku, berlegar2 persoalan..'betulke ni Ammar dah tak ada?' Hati bagai ingin menidakkan tetapi minda mengesahkannya. Mana mungkin message yang banyak2 ini mengkhabarkan sesuatu yang palsu..

Kehilangan Ummi Halimaton masih lagi terasa, belum sampai sebulan, Allah mengambil pulang semula seorang sahabat ke pangkuanNya..

Benarlah ini pengajaran dan peringatan buat kita semua. Kematian itu tidak tertangguh walau hanya satu saat. Kematian tidak menunggu kita. Bersiap sedialah diri ini setiap waktu untuk menghadapi kematian..



[Muhammad 'Ammar b Zulkifli]---saya bukanlah seorang yang rapat dengannya. Saya mengenalinya sebagai seorang sahabat se'batch' yang sangat baik, pemimpin yang sangat mengambil berat akan shbt2 dan anak2 buahnya. terimbau di fikiran, ketika kelas Addmaths dan Fizik Tingkatan 5 dahulu..Ammar selalu menjadi pembaca doa buat kami semua.Hampir setiap hari dia berdoa utk kami semua, pelajar2 5 sains Umar dan 5 sains Fatimah...Ketika program akhir Gen11, saya dan beberapa orang sahibah, bekerjasama dengan 'Ammar dan beberapa sahabatnya untuk memastikan program berjalan dengan lancar..Terasa senang bekerja dengan 'Ammar kerana dia sentiasa mendengar pendapat dan cadangan dari kami tak kira shbt mahupun shbh. Benarlah coretan shbt2 rapat 'Ammar bahawa beliau seorang yang sangat baik dengan sahabat dan seorang pemimpin yang sangat prihatin.


Sesungguhnya, pemergian Ammar sangat terkesan dihati ini..Semoga ruhnya dicucuri rahmat Allah dan semoga dia beroleh ketenangan abadi disana..

Tarikh 11 Jun 2009 akan kekal di ingatanku..kerana pada Hari Kelahiranku yang ke-21 ini, Allah telah memberikanku satu pengajaran yang maha besar buat diri ini. Satu peristiwa supaya diri ini sentiasa mengingati kematian..Benarlah, bertambahnya umur kita setahun, bermakna setahun kita mendekati mati..

Selamatlah kembali kepada Sang Pencipta, Dr Muhammad Ammar b Zulkifli..Semoga rahmat Allah sentiasa bersama 'Ammar di sana..Al-fatihah..

“Jiwa mereka yang hangat cintanya mencari akhirat. Laksana anak-anak akhirat… melihat dunia dari jendela akhirat.“qoute kata-kata allahyarham Ammar Zul. Moga rohmu tenang di sana.

* Jenazah 'Ammar dijangka tiba di Malaysia pada 13 June 2009 (Sabtu) jam 10 malam dan akan dikebumikan selepas subuh 14 Jun 2009 di Bertam, Kepala Batas. Kepada sahabat2 yang berkelapangan, diharap dapat menziarahi arwah di rumahnya..