Hasrat tunai umrah tak tercapai
KEPALA BATAS: Pelajar perubatan tahun tiga Universiti Kaherah, Muhammad 'Ammar Zulkifli, 21, yang terkorban dalam kemalangan jalan raya di Mesir, kelmarin, pernah menyatakan hasrat menunaikan umrah pada Ramadan tahun ini.
Anak sulung daripada tujuh beradik itu memaklumkan hasratnya kepada keluarganya dia akan ke Makkah pada awal Ramadan sebaik selesai peperiksaan semester.
Perkara itu dinyatakan bapa Allahyarham, Zulkifli Ismail, 47, kakitangan Institut Perubatan dan Pergigian Termaju (IPPT) Universiti Sains Malaysia (USM) ketika ditemui di rumahnya di Taman Bertam Indah di sini, semalam.
"Dia bercakap dengan semua adiknya serta ibunya (Siti Fatimah Ramli) yang berada dalam kereta. Dia bertanya khabar kerana sudah lama kami tidak berjumpa.
"Tetapi saya agak terkilan kerana tidak sempat bercakap dengannya kerana sedang memandu," katanya.
Muhammad 'Ammar adalah Ketua Generasi Keenam (Gen6) pelajar Malaysia dalam bidang itu di universiti berkenaan.
Dalam kejadian jam 3 pagi itu, kereta dinaiki Muhammad 'Ammar bersama empat rakannya terbabas sebelum merempuh pembahagi jalan ketika pulang dari Ain Sokhna bagi meninjau lokasi untuk program perhimpunan pelajar Gen6 pada 28 Jun ini.
Empat rakannya iaitu Abdul Rahman Ramdzan, patah lengan kanan; Akram Abdul Kadir, masih koma; manakala Muhamad Fitri Tokiran dan Saif Jamaluddin cedera ringan. Semuanya berusia lingkungan 20-an.
Muhammad 'Ammar adalah bekas pelajar Maahad Tarbiyah Islamiyah (MATRI) Beseri, Perlis. Jenazahnya akan dihantar pulang ke Malaysia dan dijangka tiba hari ini.
*sumber: Berita Harian
alhmdllh ama prgi ngn ati y tenang
ReplyDeletemoga ama tgk kite dr jendela akhirat..
sbb ama adelah ank2 akhirat...
i miss u ama~
huhu..
ReplyDeletemaksud yg mendalam lagi tersirat "melihat dunia dari jendela akhirat"
Ya Allah...