Friday, January 30, 2009

Isu Palestin Isu Kita

As what we had heard from the media and read from the internet, papers, etc recently, Isu Palestin selalu menjadi topik utama dan banyak diperkatakan..
Isu palestin sebenarnya adalah isu kita. bukan isu rakyat palestin semata2. Sedarkah kita, isu palestin itu isu kita? Isu umat Islam keseluruhannya??


Kerapkali diri ini menitiskan air mata tatkala melihat gambar2 kekejaman Israel dan membaca berita2 kekejaman Zionis laknatullah..tetapi, adakah air mata yang menitis itu hadir kerana perasaan kasih dan sayang kepada saudara2 kita disana? Utk apa air mata ini menitis jika sepotong doa pon tidak dilafazkan kepada mereka..utk apakah air mata ini jika diri ini masih leka dengan hal2 duniawi tanpa memikirkan sedikit pon keadaan saudara2 di sana.. Apakah air mata yang menitis ini mampu menyelamatkan mereka di sana?? Adakah air mata lahir dari keinsafan dan keimanan yang utuh kepada Allah swt??


Bangunlah kembali wahai diriku, janganlah terlalu asyik dengan kehidupan ini, jgn terlalu bersenang lenang dengan nikmat2 yang Allah berikan ini..Isu palestin ini merupakan isu umat Islam.Isu Deen kita yang teramat mulia. Hulurkanlah doa kepada mereka selain sumbangan harta benda. Apalagi yang dapat dikau lakukan, wahai diri selain berdoa memohon pertolongan Allah swt dengan sesungguh2nya..

"Ya Allah bantulah kami jadi saudara yang beriman dengan Ukhuwah, Ya Allah kembalikanlah ruh jihad kepada hati hati kami yang sudah kecut kerana maksiat. Ya Allah jadikanlah kami ini Saudara yang berguna. Ya Allah Engkaulah Tuhan yang menciptakan kami dan musuh kami. Kami memohon Engkau hancurkan musuhMu dan bantulah hambaMu. Kami sangat yakin Engkau Berkuasa walaupun di mata kami ianya luar biasa. Amiin."
Benarlah kata seorang sahabat, saudara2 kita di Palestin sana adalah insan2 pilihan Allah. Kerana mereka telah dipilih oleh Allah untuk memperjuangkan agamaNYa. Mereka adalah insan paling bertuah kerana telah dipilih oleh Allah.. Betapa kuat dan teguhnya semangat jihad mereka, walaupun telah kehilangan ramai insan2 tersayang, namun mereka masih teguh berdiri untuk terus memperjuangkan tanah air mereka dan Islam khasnya..

Siapalah kita jika nak dibandingkan dengan mereka. Terkadang, baru diberi sedikit ujian oleh Allah, dah terasa seperti tak mampu utk menghadapinya..Belum lagi diuji ALLAH dengan ujian2 yang besar.. Sedarlah wahai diri, diri ini tak siapa2 jika nak dibandingkan dengan rakyat Palestin. Bangkitlah kembali, Semaikan roh JIHAD di dalam jiwamu..

~boikot adalah salah satu usaha dan jihad kita utk membantu saudara2 kita di sana~

Semoga Allah melimpahkan rahmat dan taufiknya buat saudara2 di Palestin. Dan memberikan mereka sebaik2 pertolongan dalam menghadapi musuh2 Islam, Israel Laknatullah..

No comments:

Post a Comment