Friday, October 29, 2010

berjuang dan berusaha

salam 'alaik..
masih lagi dalam mood exam..

oh management

esok, third paper akan ditempuhi..
:: Administration in Medical Imaging ::

~help me in making decision~

semoga hari esok tidak mengecewakan seperti hari2 yang sebelum ini..
perjuangan ini harus diteruskan walaupun kekecewaan sangat menebal dalam hati ini...
semoga Allah permudahkan..

Monday, October 25, 2010

Selesai satu~~

Alhamdulillah..setinggi kesyukuran dipanjatkan kepada Yang Maha Pencipta kerana masih memberikan kesempatan kepada diri ini utk terus hidup di muka Bumi ini...

Pagi tadi, jam 9.00 pagi, berlangsung sudah Exam untuk paper Radionuclide Imaging..berbekalkan persediaan yang sangat tidak cukup, Alhamdulillah, Allah mempermudahkan segalanya..Berkat doa umi abah, adik2 dan kawan2, alhmdulillah..

Alhamdulillah pagi tadi, asthma yang dialami maseh terkawal..before masuk exam, pakai inhaler 3 puff siap2..takut sesak nafas time jawab exam.alhamdulillah sepanjang waktu exam tak mengalami apa2 masalah except for tangan yang terketar2 kesan dari ventolin..=)

Selesai sudah satu paper..3 paper lagi menanti..usaha harus dilipatgandakan..
Semoga kesihatan terkawal dan sembuh sepenuhnya..
Semoga Allah mempermudahkan segalanya..

wassalam...

*time to study..=)

Saturday, October 23, 2010

new updates..

Salam 'alaik...
Alhamdulillah, hari ini diberi kesempatan dan gerak hati utk menaip post terbaru di blog ini..
sudah sekian lama blog ini tidak ter'update'..

Sebagai permulaan, post ini hanyalah sekadar updates berita2 yang tak ter'update' sepanjang beberapa bulan ini...post yg terakhir (6 June 2010) sekadar pemberitahuan musafir panjang kami sekeluarga..


Alhamdulillah, kami sekeluarga diizinkan Allah untuk menjejakkan kaki ke bumi yang dicintai Rasulullah juga Bumi yang diberkati Allah yakni bumi Mekah dan Madinah.Kami juga berkesempatan berziarah ke bumi para 'anbiya, Mesir. Perjalanan yang dirancang 2 minggu bertukar menjadi 3 minggu apabila kami serombongan terkandas di Jeddah atas masalah yang tak dapat dielakkan. Kita merancang, Allah juga merancang dan sesungguhnya perancangan Allah itu yang terbaik. Pemergian rombongan kami ke Mesir, Madinah dan Mekah seramai 34 orang..diizinkan Allah, hanya 33 orang yang kembali ke Malaysia semula..Allah lebih menyayangi 'sir' yang sangat dikasihi, Cikgu Yahya Ismail. Beliau dipanggil pulang oleh Allah di Jeddah pada 21hb June 2010.
Selepas 2 minggu tiba di tanah air, sy kembali memulakan sesi pengajian semester baru iaitu semester 7. pengajian di tahun akhir benar2 menuntut pengorbanan dan kesabaran yang bukan sedikit. semester 7 merupakan semester terakhir saya di Puncak Alam memandangkan pada semester 8 saya akan ber'praktikal' di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Star. Keadaan line broadband yang seperti ulat berjalan menghalang saya dari ber'blogging'..wpun kadang2 keinginan utk update blog datang, ianya tidak dapat disempurnakan lantaran line Celcom yang sunggoh teruk di sini.



Selepas Hari Raya Aidilfitri, sy bersama 2 org rakan bermusafir ke Kuching, Sarawak bagi menyempurnakan latihan klinikal kami selama 5 minggu di sana. Alhamdulillah, kami selamat pergi dan selamat pulang. pelbagai pengalaman dan ilmu ditimba disana. Realiti kehidupan lebih jelas terpampang di depan mata sy.menyedarkan saya tentang byk perkara. perjalanan kehidupan di sana byk mendidik hati dan jiwa saya tentang kesedaran Islam yang sangat kurang dalam kalangan masyarakat.


Dalam tempoh klinikal itu juga, Allah telah memanggil pulang Murabbi yang dikasihi, Al-Fadhil Dato' Kaya Bakti, Ustaz Dahlan b. Mohd Zain. Rasa terkilan sungguh menebal dalam diri ini kerana tidak dapat menjenguk ustaz semasa di wad dan juga tidak dapat sama2 mengiringi pemergian ustaz yang tersayang. Semoga Allah merahmati dan memberikan sebaik2 tempat kepada Al-Fadhil UDMZ..

Hari ini, 23 Oktober 2010, sy baru selesai menghantar bebanan2 assignment yang sangat banyak, menghantar proposal klinikal dan juga telah selesai menghantar Proposal Final Year Project beserta Ethical Application Form. Semoga proposal saya diterima dengan jayanya..

25hb ini bermulalah Final Exam sy..Doakan semoga Allah mempermudahkan urusan2 sy. Bila berada dalam zon kritikal ini (sy sunggoh tertekan dengan bermacam2 urusan yang menuntut di saat2 akhir ini..), penyakit sy datang menyerang..Asthma ini mudah datang tetapi lambat mahu pergi. hari ini terpaksa menggagahkan diri utk berada di fakulti demi menyelesaikan kerja2 yang berbaki sebelum saya boleh fokus kepada study utk final exam..

doakan saya,ye kawan2..semoga diberi nikmat kesihatan dan dpt menjawab exam isnin ini dalam keadaan yang sehat..

paper saya utk semester ini::
25/10 : Radionuclide Imaging
27/10 : Entrepreneurship
30/10 : Administration in Medical Imaging
6/11 : Health Information System..

doakan saya dipermudahkan untuk menjawab Exam...

::sempat juga mengupdate blog sementara menanti jam 4.45 petang..library akan ditutup dan saya harus pulang..15 minit lagi.. =) ::