Tuesday, November 29, 2011

Coretan KMK Perlis 2011 [sambungan]

Hari Kedua dan Ketiga

Pada hari kedua, melalui slot Kembara KMK, adik2 dibawa untuk jungle trekking di mana mereka telah mendaki bukit dan melalui perjalanan yang mencabar. Mereka keluar pada awal pagi selepas sarapan dan sesi melakar memori, dan pulang ke kem sekitar tengahari. Peserta putera berpeluang mandi di Bukit Ayer ketika aktiviti sebelah petang di mana mereka telah dibawa oleh fasilitator mereka untuk aktiviti di Bukit Ayer. Terpancar kegembiraan di wajah adik2 peserta walaupun kepenatan trekking di sebelah pagi masih belum hilang. Pada sebelah malamnya, adik-adik peserta menggilap bakat masing-masing melalui Malam Minda Kreatif (MEKAR).


[selepas trekking]

Antara yang tidak dapat dilupakan semasa hari kedua ini ialah, selepas adik2 dilepaskan untuk tidur, hujan telah turun dengan lebatnya hingga menyebabkan kami berada dalam keadaan cemas memikirkan adik-adik yang tidur di dalam khemah. Saya dan biro penginapan puteri bergegas ke khemah adik2 puteri dan mendapati, adik2 telah berlari lintang pukang masuk ke dalam dorm. Ramai yang berlari-lari mendapatkan beg masing2 di dalam khemah kerana hujan telah memasuki khemah mereka. Betapa kesiannya melihat adik2 terpaksa berkongsi2 tempat untuk tidur di dalam dorm. Diharapkan ini menjadi pengalaman dan kenangan buat mereka, juga dapat mengeratkan lagi ukhuwah diantara mereka semua. Dalam masa yang sama, fasilitator putera berlari ke khemah adik2 putera untuk melihat keadaan mereka. Apa yang melucukan ialah, adik2 putera mmg tidak ada yang sedar dengan keadaan hujan lebat di luar khemah mereka. Nyenyak sungguh tidur mereka. Tanda kepenatan yang amat.. :)

Awal pagi hari ketiga yakni hari terakhir, hujan masih lagi membasahi bumi. Seperti rutin hari terakhir di kem, adik2 peserta melalui slot sharing moment, gotong-royong, slot bersama kem komandan dan majlis penutup. Majlis penutup telah diserikan dengan kehadiran YDP HALUAN Kedah/Perlis, Ust Nawawi, En Khairul Anwar serta Pengerusi KeARAH Perlis, En Abd Hamid. Majlis penutup turut diisi dengan tayangan multimedia daripada bekas peserta KMK, rakaman komen peserta2 KMK2011 serta tayangan gambar-gambar semasa program, ucapan daripada wakil peserta putera dan majlis penyampaian sijil dan cenderahati kepada setiap kumpulan serta penyampaian hamper kepada kumpulan yang memperoleh markah tertinggi sepanjang program. Program berakhir selepas sesi bersalaman bersama rakan2, fasilitator2 dan urusetia.


[peserta putera]

[peserta puteri]

Penghargaan dan Terima Kasih

KMK Perlis 2011 punya kenangan yang tersendiri, juga memberikan pengalaman yang tidak ternilai kepada diri ini. Pertolongan dan bantuan Allah itu sangat dekat dengan kita andai kita menjadi hamba yang tidak putus-putus meminta kepadaNYA. DIA Maha Tahu apa yang terbaik untuk kita, juga DIA Maha Tahu tahap kemampuan kita.

[urusetia dan fasilitator]

Sekalung penghargaan khasnya buat adik2 barisan fasilitator yang knailah kasihi. Kem komandan (Danial), Timbalan Kem Kom (Iffah), fasilitator putera (Hazmin, UmarHanif, Nafis, Zuhdi, Fahmi, Idzham) juga fasilitator puteri (Khaulah, AmalinaJamri, SitiAmalina, Naimah, Shaza). Semoga rahmat dan kasih sayang Allah sentiasa bersama kalian. Jzklhkhair kerana mengorbankan masa dan tenaga demi memberi komitmen kepada KMKPerlis2011. Hanya Allah yang tahu betapa besarnya pengorbanan kalian dan hanya Dia yang layak memberi balasan dengan sebaik2 balasan atas kebaikan antum.


Tidak dilupakan barisan urusetia yang sangat setia, Timbalan Pengarah (Hanan dan Shafiq) yang sangat berdedikasi, incik ringan tulang (Syakir) yang sedia membantu tidak kira masa dan apa tugas sekalipun, mereka yang sedia membantu apa saja terutama urusan khemah dan masak-memasak (FarhanHashim,Sya’arani,AbuUbaidah,Arif), cik pengurus bahagian masakan dan adik2nya (Mahfudzah, KakNawal, Izyan, Nabihah, Tasnim, NikNazifah, AfifahZahir), cik Penginapan dan Kebersihan (Ainal), cik biro kebajikan yang sedia membantu (UmmiHayati), cik Pendaftaran yang bertungkus lumus dari sebelum program hinggalah ke akhir program (AisyahRuqayyah), cik setiausaha dan bendahari (Fatimah n Razana), juga cik multimedia yg membantu di hari pendaftaran (Ikin).


Buat Cg Ghazali Saad, Pcik Hamid, Mcik Mardziah, Pc Johare dan pcik2 mcik2 yang sentiasa menitipkan doa buat kami, Jutaan terima kasih atas sokongan yang tidak berbelah bahagi juga atas nasihat yang tidak putus2 buat kami, anak2 yang masih belajar akan erti kehidupan.

Buat adik-adik peserta KMKPerlis2011, knailah mendoakan yang terbaik untuk adik2. Gunakan segala kebaikan dan pengalaman yang adik2 perolehi dari KMK ini sebagai panduan dalam kehidupan. Segala yang buruk itu, jadikan pengajaran kepada diri adik2. Kami urusetia program memohon maaf atas segala kekurangan dan kelemahan yang timbul sepanjang program. Ketahuilah adik-adikku, kekurangan dan kelemahan itulah yang akan menjadi kenangan yang melekat di fikiran kita untuk satu tempoh masa yang panjang. Di masa hadapan, itulah yang akan menjadi kenangan indah buat adik. Terima kasih yang tidak terhingga atas segala kerjasama yang telah adik2 berikan. Semoga kita berjumpa lagi di lain masa dan ketika.

Kepada anda di perantauan (Qawiem, Nabil dan Zulkarnain), selaut penghargaan atas usaha dan kesungguhan kalian menyiapkan video promo KMKPerlis yang sangat menarik. Perasaan terharu kami tidak dapat diluahkan melalui kata2. Titipan doa dari kalian menjadi penguat buat kami di sini. Moga Allah berkati dan merahmati antum di sana.

Kesimpulan

Antara yang saya pelajari dari KMK kali ini ialah, setiap yang kita rancangkan belum tentu akan berjalan mengikut perancangan kita andai Allah tidak mengizinkannya. Kita merancang, namun perancangan DIA pastinya lebih hebat daripada perancangan kita. Sedia hati untuk menerima apa jua ketentuan juga cabaran yang diberi olehNYA. Semoga setiap kenangan dan pengalaman yang ditimba dari KMK kali ini menjadi satu tolakan untuk kita terus memperbaiki diri dan memberikan yang lebih baik di masa akan datang.

KMK Perlis 2010 dan 2011 sentiasa di ingatan.. KMK Perlis 2012 pula yang dinantikan.. (“,)

Coretan KMK Perlis 2011

Bismillahirrahmanirrahim..

Saya memulakan coretan ini dengan memanjatkan setinggi2 kesyukuran ke atas Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Selayaknya pujian dan kesyukuran dipanjatkan hanya kepada DIA Yang Maha Berkuasa atas segala sesuatu..

Coretan Kem Minda Kreatif 2011..


Berkali2 tangan ini digerakkan untuk mencoret sesuatu di laman ini buat kenangan kepada diri. Namun, setiap kali ingin bermula, pasti akan terhenti di pertengahan lantaran memori itu sungguh kuat mengasak di minda. Sebak, terharu, sedih, gembira, dan macam-macam jenis perasaan menguasai diri, menyebabkan penulisan asyik tertangguh.

Hari ini, dikuatkan semangat didalam diri untuk memulakan penulisan ini hingga ke noktah terakhir. Diingatkan kepada diri sendiri, coretan ini bukan untuk siapa-siapa..hanya untuk diri sendiri buat tatapan di kemudian hari. Juga sebagai tanda, yang kenangan indah ini pernah menjengah diri. Di samping itu, coretan ini juga didedikasikan buat adik2ku yang berada jauh di perantauan, semoga kalian dapat mengetahui dan merasai apa yang kami lalui tempohari. Benar-benar terasa akan ketiadaan kalian..

Training of Trainers (ToT)


Menjadi rutin sebelum setiap kem diadakan, ToT KMK Perlis dijadualkan berlangsung pada jam 3 petang, 18hb November 2011. Pada paginya, saya dan beberapa orang fasilitator putera dan puteri telah pergi ke tempat kem untuk tujuan ‘checking’ trek yang bakal digunakan pada kembara KMK nanti. Pada sebelah petangnya, ToT yang sepatutnya bermula jam 3 petang tidak mencapai targetnya kerana beberapa masalah yang timbul. Hanya selepas Asar baru kami dapat memulakan program. Dimulai dengan perbincangan tentang masalah2 yang timbul sehinggalah kepada perbincangan modul, persiapan teknikal dan peralatan, juga tentang perkara-perkara berbangkit. Masa yang terhad menyebabkan beberapa perkara tidak dapat disiapkan dengan sempurna. ToT kali ini melabuhkan tirai jam 1.30 pagi.

Untuk KMK kali ini, di saat-saat akhir, malam sebelum program, jumlah peserta yang mendaftar telah mencecah 160 orang. Perkara itu agak merunsingkan diri saya memandangkan segala persiapan barang2 teknikal tidak diperuntukkan untuk peserta seramai itu. Pada malam sebelum program, saya memujuk hati dengan memikirkan bahawa Allah akan menghantar adik-adik peserta sesuai dengan kemampuan kami, fc2 dan urusetia yang terhad ini. Pada saat itu, fikiran begitu positif memikirkan yang paling ramai peserta pon, hanyalah 120 orang walaupun hati seakan menidakkannya.


[mereka yang menyumbang tenaga sebelum, sepanjang dan selepas kem]

Hari yang dinanti-nanti..

Tepat jam 7 pagi, hampir kesemua urusetia dan fasilitator telah tiba di tempat program untuk ‘setting’ tempat dan melakukan persiapan terakhir sebelum menyambut kedatangan adik-adik peserta. Pendaftaran sepatutnya bermula jam 9 pagi hingga 11 pagi. Tetapi, kebanyakan peserta telah tiba seawal 8.30 pagi lagi. Alhamdulillah, proses pendaftaran berjalan lancar. Jam 9.30 pagi, bilangan peserta telah mencecah 120 orang dan jam 10 pagi, 150 orang peserta telah mendaftar. Di sebalik senyuman yang dilemparkan buat adik2 peserta yang hadir, terselit sedikit kerisauan dengan jumlah peserta yang hadir. Bukan tidak menerima, tetapi risau memikirkan tenaga kami (urusetia fc) yang sedikit jika dibandingkan dengan jumlah peserta yang hadir. Walau apa pun, perasaan terharu dengan semangat adik2 yang hadir melangkaui kerisauan di dalam diri ini. Semangat di hati turut melonjak naik apabila melihat wajah2 mereka yang hadir untuk mendaftar. Malah, terdapat juga ibu-bapa yang meminta untuk mendaftarkan anak mereka yang berumur 11 tahun untuk turut serta. Dengan hati yang berat, kami terpaksa menolak dan mencadangkan mereka untuk menghantar adik2 11 tahun ke Kem Anak Soleh (KASeH) yang bakal berlangsung 4 hari selepas KMK2011 selesai.


[pendaftaran peserta]

Program dimulakan dengan Majlis Perasmian jam 11 pagi. KMK Perlis 2011 telah dirasmikan oleh YDP HALUAN Kedah/Perlis, Ustaz Nawawi b Abd Rahman. Majlis turut diserikan dengan ucapan daripada En Khairul Anwar b Husin atau lebih mesra dengan panggilan Pak Usu. Semasa majlis perasmian tersebut, Ustaz Nawawi turut menyampaikan simbolik perlantikan Urusetia program dan Fasilitator program dengan menyampaikan tag2 nama kepada Pengarah program sebagai wakil urusetia dan Kem Komandan, Danial Afiq Adnan sebagai wakil kepada barisan fasilitator.


[majlis perasmian]

Taklimat program dimulakan sebaik sahaja majlis perasmian berakhir dan diteruskan dengan makan tengahari serta solah Zohor. Selepas Zohor, peserta mengikuti slot ice breaking dan team building yang dikendalikan oleh kem komandan dan timbalannya. Selepas asar, adik2 bermain games untuk sesi KMK Dynamic Games dan pada sebelah malamnya, berlangsung forum yang bertajuk “Islam sebagai panduan hidup yang lengkap kepada Remaja”. Forum telah dikendalikan oleh moderator, Cg Ghazali b Saad sementara 3 orang ahli panel yang dijemput ialah En Khairul Anwar b Husin, Ustaz Amali serta Dr Maznah daripada UUM.


[forum]

Program hari pertama tamat jam 11.45 malam. Disebabkan jumlah peserta yang ramai, terdapat sebilangan peserta lelaki dan perempuan yang tidur di dalam khemah yang telah siap dipasang oleh urusetia. Pastinya, ini memberi satu pengalaman dan kenangan buat adik2 yang hadir. Tidak semua yang dapat merasai pengalaman tidur di dalam khemah..


[urusetia yang menyiapkan khemah untuk adik2..Barakallah~]

*Bersambung.....

Wednesday, November 9, 2011

Promo KMK Perlis 2011

Promo Kem Minda Kreatif Perlis 2011..

video

Adik2, jom isi masa lapang adik2 semasa cuti sekolah ini dengan perkara yang bermanfaat.
Anda pasti beroleh sesuatu daripada kem ini..

Kem Minda Kreatif Perlis 2011
19-21 November 2011
Chalet Jabatan Perhutanan, Bukit Ayer
Yuran: RM 50 seorang
Tema: Remaja Dinamik Kehidupan Fantastik
Fokus: Islam sebagai Cara Hidup

Daftarkan diri anda sekarang..
Jumpa di sana..!!

Klik link2 di bawah untuk melihat kenangan KMK sebelum2 ini:


[Sekalung penghargaan buat penggerak2 KeARAH Perlis yang kini melanjutkan pelajaran ke Jordan atas usaha dan kesungguhan dalam menghasilkan video tersebut..Moga Allah redha dengan kalian~~]

Thursday, November 3, 2011

Kem Minda Kreatif 2011

Cuti sekolah kembali lagi...
Buat adik2 yang bakal bercuti, apa kata anda rancang cuti anda dengan perkara-perkara yang bermanfaat. Jangan biarkan cuti kita sia2..!!

Apa perancangan adik2 untuk cuti sekolah kali ini??
Jom sertai Kem Minda Kreatif (KMK) yang diadakan di negeri2 di seluruh Malaysia..

Apa itu KMK??
KMK atau Kem Minda Kreatif merupakan Program Perkhemahan Remaja HALUAN peringkat negeri yang diadakan setiap tahun. KMK dianjurkan oleh Kelab Remaja HALUAN (KeARAH) peringkat negeri. Penyertaan untuk kem ini, terbuka kepada semua pelajar yang berumur 12-17 tahun.

Kem Minda Kreatif diadakan di negeri2 di seluruh Malaysia.
Tema KMK pada tahun ini ialah 'Remaja Dinamik, Kehidupan Fantastik'

Antara objektif Kem Minda Kreatif ialah:
1. Membina kesedaran asas keyakinan diri dan menjauhkan diri dari gaya hidup yang tidak sihat.
2. Mewujudkan jalinan setiakawan dalam kalangan rakan sebaya.
3. Memupuk kemahiran hidup dan sifat berdikari.
4. Melatih kecergasan dan ketahanan minda dan fizikal.
5. Memperkenalkan gerak kerja berorganisasi.

-------------------------------------------------------------------------------------------------

Informasi tentang KMK di negeri2

KEM MINDA KREATIF PERLIS 2011
19-21 November 2011
Chalet Jabatan Perhutanan, Bukit Ayer
Yuran: RM 50 seorang
Tarikh tutup pendaftaran: 12 November 2011
Sebarang pertanyaan dan pendaftaran, hubungi:
Ghazali: 012-512 6546
Nailah: 013-602 1017

KEM MINDA KREATIF KEDAH 2011
25-27 November 2011
Kem Bendang Man, Sik
Yuran: RM 60 seorang
Tarikh tutup pendaftaran: 20 November 2011
Sebarang pertanyaan dan pendaftaran, hubungi:
Cg Zamri: 013-451 4345
Abu 'Ubaidah: 013-628 4940

KEM MINDA KREATIF PULAU PINANG 2011
28-30 November 2011
PULAKOPP, Pulau Pinang
Yuran: RM 80 seorang
Tarikh tutup pendaftaran: 20 November 2011
Sebarang pertanyaan dan pendaftaran, hubungi:
Suhaib Shapiee: 013-418 5265
En Kamal Abdullah: 013-482 0141

KEM MINDA KREATIF PERAK 2011
25-27 November 2011
The Lereng Adventure Camp and Resort, Ulu Chepor
Yuran: RM 90 seorang
Sebarang pertanyaan dan pendaftaran, hubungi:
Ahmad Yusuf: 012-460 2580
Ahmad Al-Wafi: 013-978 2475

KEM MINDA KREATIF KELANTAN 2011
26-28 November 2011
Sri Aur Village, Telung, Bachok
Yuran: RM 70 seorang
Sebarang pertanyaan dan pendaftaran, hubungi:
Ustaz Adnan: 012-960 3997
Cg Mahmud: 019-983 8748
En Rabbani: 019-750 7710

KEM MINDA KREATIF TERENGGANU 2011
1-3 Disember 2011
Pusat Kokurikulum Merbau Menyusut, Setiu
Yuran: RM 60 seorang
Sebarang pertanyaan dan pendaftaran, hubungi:
En Zaki: 019-989 9991
Siddiq: 013-968 6223

KEM MINDA KREATIF SELANGOR 2011
26-28 November 2011
Asli Adventure Base Camp, Hulu Langat
Yuran: RM 100 seorang
Sebarang pertanyaan dan pendaftaran, hubungi:
Shairazi: 013-451 5430
En Nasaruddin: 019-559 2042

KEM MINDA KREATIF JOHOR 2011
25-27 November 2011
Hutan Lipur Gunung Pulai II
Yuran: RM 60 seorang
Sebarang pertanyaan dan pendaftaran, hubungi:
'Abbas: 013-730 7909
Ahmad 'Akif: 012-785 7748

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------