Sunday, December 27, 2009

peringatan buatku...


"Kalau kita terjaga di tengah- tengah malam itu, ia sebenarnya satu anugerah dari Allah. Allah kirimkan malaikatNya mengejutkan kita supaya kita bangun beribadah kepada Allah. Sebagai tanda terima kasih kerana mengejutkan kita, paling malas pun, mintalah apa- apa (berdoa) walau sedikit (meskipun kita masih di tempat tidur) kepada Allah, kemudian tidurlah." "Kalau kita sedar, kemudian kita terus sambung tidur tanpa ucapkan apa- apa (contoh beristighfar, bertahmid dan sebagainya), kemudian malam kedua dan malam ketiga pun begitu juga, kita bimbang (kalau) malaikat tidak akan datang lagi mengejutkan kita."

- TG NIK AZIZ-

sunggoh ku terkesan dgn kata2 ini..got it from here..

Monday, December 14, 2009

| bersyukur dan terus bersyukur |


Alhamdulillah...bersyukur dan terus bersyukur kepada Allah atas segala nikmat dan anugerahNYA buat diri ini...walaupun tidaklah sebaik mana, ku bersyukur atas kurniaanNYA..redha menerima ketentuanNYA..ternyata, DIA memberi signal kepadaku untuk melipatgandakan lagi usaha dan pergantungan kepadaNYA...
THANKYOU ALLAH...
Sesungguhnya, hanya Engkau yang MAHA tahu apa yang terbaik untuk diriku....

*cuti hanya berbaki 3 minggu lagi..semoga ianya dpt dipenuhi dengan aktiviti2 yang bermanfaat...

*pergi kenduri kak ainul..dapat jumpa hafsah..sunggoh seronok..(",) congrats to both kak ainul..semoga hidup kalian sentiasa diberkati Allah...

Wednesday, December 9, 2009

ingatan buat diri....

~renungan buat semua~

"Boleh jadi kamu amat membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu,
Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui,".

Surah Al-Baqarah :216

all da best for the outcoming result..semoga Allah beri yang terbaik untuk diri masing2..
..He Knows Best..

Tuesday, December 8, 2009

~result oh result~

Khabarnya 10 December 2009, result final UiTM akan dikeluarkan..there are 2 more days to go..and i'm afraid enough...semoga Allah anugerahkan result yang terbaik untuk diriku dan rakan2ku..

[renungan buat diri: result yang bakal keluar ini adalah natijah dari usaha dan doa mu sebelum ini. so, apepon result yang akan dapat ini, bersyukurlah kepadaNya kerana sesungguhnya Dia lebih mengetahui apa yang terbaik buat dirimu...]

Monday, December 7, 2009

HATI~~

pabila kita berbicara soal hati, ia merupakan suatu soal yang sangat kompleks..seperti yang selalu disebut2 oleh orang kebanyakan, 'soal hati, tiada siapa yang tahu'..ianya benar..soal hati, hanya kita dan Allah sahaja yang mengetahui..terkadang, kita juga tidak mampu memahami apa yang berlaku dalam hati kita..

pokoknya, hati kita, hendaklah kita tarbiyah nya dengan sentuhan iman dan taqwa..mendidik hati agar mentaati Allah..mendidik hati agar patuh kepada suruhan Allah..mendidik hati agar meninggalkan perkara2 yang dilarang oleh Allah..mendidik hati agar mengikuti ajaran dan sunnah Rasulullah..

hati yang sehat dan baik adalah hati yang sentiasa mengingati Allah..ingatlah wahai diri, "sesungguhnya, dengan mengingati Allah, hati2 akan menjadi tenang"

hati ini, Allah jadikan ia..selalu berbolak balik..seharusnya, kita lah yang mendidik dan menjaganya supaya ia kembali tetap di atas fitrahnya yang sebenar..

[[diri ini kerapkali terasa lemah, hati terasa sakit..namun, tidak ku ketahui punca2nya..namun, pabila diri ini memikirkan kembali, seharusnya daku mempertingkatkan lagi hubungan denganNya, memperbanyakkan membaca Al-Quran dan juga zikir2..benarlah, sesungguhnya dengan mengingati Allah, hati2 akan menjadi tenang..]]

bila terasa 'jiwa kacau'...ianya petanda ada sesuatu yang tidak kena dengan hati kita..'jiwa kacau' seharusnya kita ubati dengan segera agar ianya tidak melarat2..dan ubat yang terbaik untuk mengubatinya ialah dengan mengingatiNYA...

semoga diriku beroleh kekuatan dariNYA...

Monday, November 30, 2009

back..!!

salam 'alaik...

setelah sekian lama menyepikan diri dari dunia blogging, diriku kembali memunculkan diri..tiada apa yang dapat dikongsi bagi post kali ini..maseh tiada idea mahu mencoret apa di blog ku ini..

erm..final exam telah tamat tanggal 11hb november yang lalu..tapi, 15hb nov barulah daku pulang ke kampung halaman, perlis tercinta..menghabiskan masa dirumah dengan menjadi babysitter kepada si kecik yaasir di samping melakukan kerja2 rumah yang sentiasa menunggu ku...

seperti biasa, raya haji kali ini disambut di rumah sendiri..raya ketiga, baru pulang ke kampung di pulau pinang..SELAMAT HARI RAYA EIDUL ADHA buat semua..semoga kedatangan eidul adha ini, menyedarkan kita akan erti pengorbanan yang sebenar..seharusnya erti pengorbanan yang sebenar itu kita hayati supaya dengan penghayatan itu, akan tertingkat keimanan dan pergantungan kita kepada ALlah SWT...

selamat bercuti buat semua kawan2..semoga cuti ini memberi manfaat kepada kita semua..

esok dah masuk december...sudah terasa bahang result yang akan keluar..semoga result yang bakal keluar akan membawa khabar yang gembira....(",)

Sunday, October 25, 2009

not feeling well..

entah dimana silapnya, diriku dilanda selsema, sakit tekak, demam dan juga sakit kepala..di saat-saat diri sibuk memikirkan exam, masalah kesihatan pula melanda..

Ya Allah, sembuhkanlah diriku..biarlah kesakitan ini dapat menghapus dosa2 ku yang lalu...

Friday, October 9, 2009

semakin menghampiri..

Debarannya kian terasa..ribut final exam kian menghampiriku..pening kepala ini memikirkannya lantaran berlonggok lagi esaimen yang belum disiapkan..sedangkan dateline semakin menghampiri..

praktikal hanya berbaki 5 hari..5 hari yang akan mendatang..membawa harapan semoga esesmen dapat disiapkan semuanya..

doakanku semoga kuat fizikal dan mental utk menghadapi hari2 yang mendatang..

jadual exam semester ini agak mengecewakan..akan pecah berderaikah daku??semoga beroleh kekuatan..

29/10: MRD503 [MRI]
3/11 : MRD500 [CT PROTOCOL]
5/11 : MRD501 [DIGITAL IMAGE PROCESSING]
8/11 : MRD533 [ULTRASOUND]
11/11: HPY500 [HEALTH PROMOTION]

Saturday, September 26, 2009

Gambar..

[gambar raya dan praktikal]

[nuha dan yaasir]

[si comel]

[kakak with adik]

[the heroes]

[muhammad mu'az]



[bersama student unikl]

[my clinical partner]

[zalila with them]


[me with them]

praktikal+raya+praktikal

salam 'alaik buat semua..sudah sekian lama blog ini tidak di'update' lantaran kesibukan yang dialami + tiada idea apa yang mahu dicoretkan disini..

rasanya maseh belum terlambat bagi diriku utk mengucapkan "sElAmAt hArI rAyA aIdiLfiTri" buat semua yang mengunjungi blog ini. segunung kemaafan dipinta atas segala salah silap daku kepada anda semua..samada yang disedari mahupun tidak..semoga syawal ini disambut dengan penuh kesyukuran kepada DIA Yang Maha Pengasih dan Penyayang..

erm..tanggal 13 September yang lalu, daku telah memulakan my 3rd clinical practice at Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) bersama dengan seorang lagi classmate, Zalila..hari pertama memulakan praktikal disini sangatlah menyedihkan..mendengar cerita2 dari mereka2 yang pernah klinikal di hospital ini ibarat indah khabar dari rupa..expectationku jatuh merudum..5 hari di minggu yang pertama, diharungi dengan penuh kesabaran dan menuntun kekuatan hati dan perasaan yang amatlah tinggi..alhmdulillah, at last, 16hb September, hari akhir di minggu pertama, daku pulang ke perlis dengan perasaan yang amat gembira kerana akan bercuti raya..

cuti raya yang diberikan hanyalah sehingga 22hb. 23hb sudah perlu kerja semula..rabu dan khamis sahaja..memulakan minggu kedua, kami lebih kuat untuk bekerja.. (",)

minggu depan, akan bermula lah sessi esessment utk kami.dua kes ct perlu disiapkan dalam minggu tersebut.Semoga Allah mempermudahkan segalanya.Essessment yang perlu diselesaikan dalam 3rd clinical practice ini adalah:
-3 kes CT scan
-3 kes Fluoroscopy
-1 kes OT

dan tidak dilupakan juga, perlu menulis journal..[masih belum mendapat idea utk menulis journal =(]

jika diikutkan, realiti di hospital ini, agak susah untuk kami melakukan esessment kami.bayangkan, hospital yg besar ini, hanya menjalankan kes fluoroscopy pada hari selasa SAHAJA. itu pon, bkn setiap minggu ada kes fluoro. skrg, hanya berbaki 3 minggu utk kami settlekan 3 kes fluoro.bila dilihat buku appointment, minggu terakhir tiada langsung kes fluoro.so, how bout our essessment??pening mahu memikirkannya..

bagi kes OT pulak, student sangat susah untuk dibenarkan ikut bersama ke OT. kalau dapat pn, mcm haritu, lead gown tak cukup.so, kna turun bawah balik.so, macamana nak buat essessment kalau macam ni????

bagi CT, i.allah ok kot..tapi brain jela yang reti sket. untuk abdomen, masih terkial2 melihat radiographer membuat kes..

apa2pon, ku berdoa semoga Allah mempermudahkan perjalanan praktikal ku ini..sesungguhnya, praktikal kali ini benar2 menguji kekuatanku..fizikal dan mental. sangat teruk dirasakan praktikal kali ini..semoga Madam Khor tak terlalu skema sangat dengan syarat2 esessment yang dibuatnya sendiri..semoga semua2nya baik2 belaka untuk 3 minggu yang berbaki ini..

Ya Allah, permudahkanlah..!!

p/s: buat sesiapa yang membaca post ini, doakanlah yang terbaik untuk diriku, yer..thanks a lot..

Saturday, September 5, 2009

Majlis itu..

Tiada kata yang dapat dilafazkan melainkan kesyukuran yang tidak terhingga, dipanjatkan kepada Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang..setelah sekian lama merancang, dengan pelbagai dugaan dan cabaran terpaksa diharungi, akhirnya, berakhir sudah majlis itu..

Majlis Berbuka Puasa dan Solat Hajat, Fakulti Sains Kesihatan,
anjuran Persatuan Pelajar Pengimejan Perubatan (MISA)

Majlis ini telah diadakan pada 3 September 2009 bertempat di Masjid Jamek Sultan Abdul Aziz, Petaling Jaya. Alhamdulillah, majlis berjalan agak lancar walaupun masih banyak kekurangan yang berlaku seperti ketidakcukupan makanan sewaktu berbuka dan juga keterlewatan bas untuk pulang ke Kolej Alamanda. Tidak kusangka ramai juga student2 yang datang. Akhirnya, dapat jugak kita berbuka bersama2 walaupun hanya tinggal 3 kos sahaja di Jalan Othman.

Perasaan ku amatlah lega setelah semua ini berakhir. Namun,
keserabutan itu belum berakhir sepenuhnya lantaran report dan juga budget yang perlu dibereskan dalam masa seminggu masih tergantung dipertengahan jalan akibat masalah yang berlaku..Semoga Allah mempermudahkan urusan2ku dalam masa seminggu yang tinggal ini.

[degree MI sem 5]

speacial dedication i tribute to all my classmates atas sokongan dan pertolongan korang yang tidak berbelah bahagi. Tanpa pertolongan dan sokongan korang, pasti daku tidak mampu merancang dan melaksanakan majlis ini. To the guys, thanks sebab tolong berulang a
lik membeli barangan keperluan, menghantar makanan dan juga berurusan dengan pihak masjid. May Allah bless all of your good deeds..

tidak dilupakan buat Ajk2 MIsa, especially senior2ku, TQ yang tidak terhingga di atas nasihat dan dorongan yang kalian telah berikan..Almaklumlah, saya budak baru belajar..

[thanks for da help]

buat junior2ku yang sudi membantu menghidangkan lauk semasa makan dan membantu urusan pendaftaran, thanks a lot. nanti kalau korang nk buat program, buat lagi bagus dari yang ni,tau..

[membungkus lauk yg tinggal utk senior2]

juga Terima Kasih yang tak terhingga buat semua Ahli2 MISA atas sokongan korang yang tidak berbelah bahagi..kehadiran anda ke majlis ini telah membuktikan sokongan anda..juga kepada ahli2 Meltech dan Opto yang sudi hadir..

Sejuta kemaafan dipohon atas segala kekurangan yang ada..makanan tak cukup ke, makanan tak sedap ke, makan tak kenyang ke, bas lambat ke...diharapkan semua itu dimaafkan..kita merancang, Allah yang menentukan..

[TQ atas pertolongan korang..]

Apa2pun, semoga setiap amalan kita diredhai olehNya..Salam Nisfu Ramadhan..semoga amalan2 dapat ditingkatkan dalam mengejar gelaran 'MUTTAQEEN' di sisiNYa..

*pictures will be uploaded later..

Wednesday, August 19, 2009

Di ambang Ramadhan..

Ramadhan menjelang tiba..Masa yang berputar seakan tidak dirasa..Belum cukup persediaanku untuk menyambut bulan yang mulia ini..

Daku berusaha untuk menjadi lebih baik..'TRYING HARDER TO BE BETTER'..namun, apakah ertinya kemahuan itu tanpa usaha yang berlipat ganda?? Semoga Allah memberi kekuatan kepadaku untuk memperbaiki diri ini menjadi yang lebih baik...

Semoga Ramadhan ini dapat dilalui dengan hati yang jernih dan tawadhu' kepadaNya..Semoga keberkatan dan rahmat Ramadhan ini dimanfaatkan sebaiknya..Semoga amal-amalku berlipat ganda di bulan yang mulia ini..Semoga rahmat dan maghfirah Allah sentiasa bersamaku dan bersamamu jua..AMEEN..!!

SALAM RAMADHAN UNTUK SEMUA..
AHLAN WASAHLAN YA RAMADHAN..

Wednesday, August 12, 2009

..............

Sudah berhabuk blog ini akibat tiada entry terbaru..kesibukan yang melanda menyebabkan blog ini terbiar begitu sahaja..tiada apa yang ingin diperkatakan dalam entry kali ini..cuma, ingin sekali memberi pesan buat diri ini yang sedang dibelenggu dengan kesibukan yang teramat..

Dear myself, biarlah kesibukan ini semakin mendekatkan dirimu dengan DIA..janganlah kesibukan ini menyebabkan tuntutan2 kepadaNya terabai.sia2lah kesibukan yang dilalui ini jika tidak disandarkan kepadaNya. Semoga diri ini lebih kuat dari segi mental dan fizikal untuk terus melalui hari-hari yang mendatang..

Starting from this week, i'm gonna have class for 7 days a week..no more weekends and no more holidays..
Ya Allah, berilah kekuatan..I really need strength from YOU..!!

Tuesday, July 28, 2009

Cuti H1N1 = Cuti MidSem

It's holiday again..Baru sahaja 3 minggu memulakan sessi pengajian, kami, student2 UiTM seluruh Malaysia telah diberi cuti selama seminggu..berkuatkuasa 25hb Julai sehingga 2hb Ogos 2009..Kelas akan bermula pada 3hb Ogos.

On the 24th tu, semasa berada di atas bas 'Restu Barakah', kami mendapat berita yang agak tidak seronok didengar..kelas DIP pagi ini dibatalkan..Sampai saja fakulti, pergi pejabat utk mintak surat kebenaran mendapatkan rawatan. Surat ini sebenarnya utk rumateku, Ina. Disebabkan dah beberapa hari Ina mengalami selesema dan batuk, kami pon pergi ke PPUM untuk mendapatkan rawatan. Sebenarnya takut, manala tau, ada simptom2 ILI ke. Alhamdulillah, nothing to worry..Ina batuk dan selesema biasa aja.

Then, balik kolej, ambik barang, dan kami pon bergerak ke Mid Valley dengan tujuan untuk membeli barang dan membaiki handset. Tengah2 kat carefour tu, Umi telefon, mengkhabarkan UiTM diumum cuti seminggu. Rasa seperti nak melompat kat situ jugak. Mengenangkan daku boleh pulang ke rumah. Setelah membeli barang ala kadar sahaja, kami terus bergerak menuju ke Puduraya dengan harapan dapat balik ke rumah malam ini juga. Namun, apalah sangat perancangan kami jika nak dibandingkan dengan perancangan Allah. Semua tiket ke Kuantan dan Kangar on that night, semua dah habis. Penyelesaiannya, kami beli tiket jam 9 pagi keesokan harinya..

Sampai je dekat Alamanda, semua orang tengah kecoh UiTM dapat cuti. Macam2 spekulasi timbul. Kononnya dekat Alamanda pon dah ada kes H1N1 lah dan macam2 lagi. Apa2 pon, cuti kali ini sangat mengejut, namun kami sangat gembira.

Buat semua warga UiTM, khususnya UiTM Jalan Othman, khasnya buat clasmet2 dan rumate2ku, cuti ni, jangan jalan2 sangat..duduk kt rumah diam2, siapkan assignment yang berlambak itu..Jaga kesihatan baik-baik.Semoga kita semua terlindung dari virus A(H1N1) ini..ameen..!!




Wednesday, July 22, 2009

Kesedihan..

Hari ini, hati terasa tidak tenteram..rasa sedih dan muram..terasa serabutnya fikiranku..
Kukira rasa ini hadir lantaran banyaknya subjek2 yang belum dihadamkan..dengan test yang menanti dihadapan, esaimen yang menunggu untuk disiapkan, due date esaimen yang kian menghampiri..

3 minggu di dalam sem baru ini, terasa benar2 menguji kekuatan mental khususnya dan juga kekuatan fizikal..dan yang utama, kekuatan dalaman dari hati ini..Ultrasound dan MRI terasa sangatlah berat untuk dihadamkan..seolah-olah belajar di atas angin sahaja...

Malam ini, baru sahaja naik ke bilik slps kembali dari surau, terus sahaja menghadap laptop ini untuk menyiapkan tutorial MI..tak sampai beberapa minit, message memasuki inboxku. Message dari Umi rupanya..
"Asm. Cg Ghazali Omar baru sahaja meninggal dunia, innalillah.."

terkedu seketika daku membaca msg itu.
belum sempat fikiran mencerna message ini, abah pula menelefon,
mengkhabarkan berita yang sama.
Innalillahiwainna ilaihi raji'un..

Sebak terus hati ini. Air mata terus menitis. Laju sahaja daku men'forward'kan message ini kepada kawan2 yang mengenali Arwah. Cg Ghazali merupakan guru BI buat kami semasa di Tingkatan 5.

Sekali lagi Allah memberi peringatan buat diri ini..supaya sentiasa mengingati mati..
'Cukuplah mati itu sebagai peringatan buatmu'..
Ayat ini berlegar2 di fikiran. Apa lagi peringatan tersirat yang Allah ingin tunjukkan buatku.
Sedari bulan Mei, berita kematian demi kematian orang-orang yang dekat denganku diterima. Inikah tanda-tanda akhir zaman? Allah mengambil pulang mereka2 yang soleh ke pangkuanNya..
bagaimana pula dengan diriku?? Sungguh, mati itu peringatan yang besar dan sangat berkesan buat diri manusia..

"Semoga Allah mencucuri rahmat keatas rohmu, wahai Murabbiku..
Tenanglah dikau disana.
Semoga Allah melimpahkan rahmat dan maghfirahNya kepadamu..
Allahummaghfirlahu warhamhu.."

i'm now in a very3 sad mode..
Ya Allah, berilah kekuatan kepada hambamu ini..
Benar2 memerlukan kekuatan luaran dan dalaman..
kekuatan hati yang sangat2 diperlukan olehku sekarang..
=(

Friday, July 17, 2009

Bila diri terasa lemah..

Kehidupan seorang insan, seringkali dihujani dengan masalah dan ujian yang menduga keimanan dan kesabaran kita. Namun, siapakah kita untuk mempertikaikan ujian2 yang mendatang itu? Kadangkala, kita mengeluh dek ujian yang melanda sehinggakan keluhan kita itu seolah-olah mempertikaikan mengapa Allah memberi ujian itu untuk diri kita.. Layakkah kita sebagai hamba, ingin mempersoal kuasa Allah swt??


Buat renungan bersama, ingin sekali daku kongsikan bingkisan ini. Juga sebagai peringatan buat diri ini yang seringkali 'down' dalam menghadapi masalah yang mendatang..


KITA TANYA, ALLAH JAWAB

Kita bertanya:
KENAPA AKU DIUJI?
Allah menjawab: " Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan sahaja mengatakan "Kami telah beriman, sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta,".
Surah Al-Ankabut :2-3

Kita bertanya:
KENAPA AKU TIDAK DAPAT APA YANG AKU INGINKAN?
Allah menjawab: "Boleh jadi kamu amat membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui,".
Surah Al-Baqarah :216

Kita bertanya:
KENAPA UJIAN SEBERAT INI?
Allah menjawab: "Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya,".
Surah Al-Baqarah :286

Kita bertanya:
KENAPA MUDAH RASA SEDIH DAN KECEWA?
Allah menjawab: "Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang2 yang Beriman,:.
Surah Ali-Imran :139

Kita bertanya:
KENAPA MESTI BERSABAR?
Allah menjawab: "Wahai orang-orang beriman! Bersabarlah kamu menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan, dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, (di medan perjuangan), dan bersedialah dengan kekuatan pertahanan di daerah sempadan dan bertaqwalah kamu kepada Allah supaya kamu berjaya (mencapai kemenangan),".
Surah Ali-Imran :200

Kita bertanya:
BAGAIMANA AKU HARUS MENGHADAPINYA?
Allah menjawab: "Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang dan sesungguhnya (solah) itu sungguh berat, kecuali bagi orang-orang yang khusyuk,".
Surah Al-Baqarah :45

Benarlah, Al-Quran itu, pengubat jiwa buat setiap insan..
Al-Quran is like a love letter from Allah..

Sungguhlah, dengan mengingati Allah, jiwa-jiwa akan menjadi tenang..

Buat 'dirimu'' yang membaca post ini, semoga Allah memberi ketenangan buatmu..Allah itu Maha Penyayang. Dia tak kan membebani hambaNya dengan sesuatu yang tidak mampu dipikul oleh hambaNya itu..put your trust in Allah..

Tuesday, July 14, 2009

Award

Sejak mula ber'blogging' ni, tak pernah tau pon pasal award2 ni..last week, saya dapat award ni dari Sha dan Atiqah.. thank u korang..sori lambat nak publish award ni. Agak busy kebelakangan ni..Apapun, thanks a lot.


Anugerahkan award ini kepada 10 blog yang anda anggap paling berinspirasi dan sangat mesra.

Kakak
Afwa Nisaee
Mc Nor
Sarah Hamizah
Husna Zaki
Aisyah Ruqayyah
Fatimah Adnan
Kak Khalida
Kak Aishah Rashid
Aisyah Humairah Najihah

Thursday, July 9, 2009

~Semester 5~

Setelah seminggu berlalu, jadual yang terlalu padat untuk semester ini berjaya jugak diharungi. Berita gembira buat kami semua kerana kelas pada hari Jumaat dan Sabtu minggu ini dibatalkan. Sangat-sangat gembira kerana terlalu penat dengan jadual yang agak 'pack'. Al-maklumlah, otak ini direhatkan hampir2 dua bulan. Tiba-tiba, bertalu-talu maklumat disumbat kedalamnya dalam masa 4 hari ini..

So, for this semester 5, i'm currently taking 7 subjects with total of 21 credit hours [sangatlah banyak jam kreditnya]. I'm taking those subjects for this sem.

Medical Imaging V [Computed Tomography Techniques and Protocols]
Magnetic Reasonance Imaging [MRI]
Ultrasound Physics and Instrumentation
Digital Image Processing
Health Promotion
Mandarin III
Clinical Practice III

Semoga Allah mempermudahkan daku dalam menuntut ilmu..
Juga semoga diri ini sentiasa bersemangat dan bersedia untuk menerima ilmu2 yang dicurahkan oleh lecturer2ku..

Sunday, July 5, 2009

my new sem..

Entah kenapa, terasa seperti semester baru ini telah bermula dengan perkara-perkara yang sangat patut tidak berlaku..Terasa terus menurun semangat untuk memulakan pengajian di esok hari.. Ya Allah, berilah ketenangan buat hati dan diri ini...

~terasa seperti nak balik rumah..even tak sampai 24 jam lagi kat KL ni..
~perlu menyiapkan diri,hati dan fikiran untuk memulakan kelas jam 8 pagi esok..Ya Allah, permudahkanlah..

Monday, June 29, 2009

[ JUNE ]

Bulan Jun hampir melabuhkan tirainya. Julai pula semakin menampakkan dirinya. Memasuki bulan Julai bermakna, sesi pembelajaran akan bermula. Saya akan meneruskan perjuangan di semester 5. Semoga perjalanan studi ku sentiasa diiringi redha dan rahmat dariNya.

Saban tahun, bulan Jun sangat bermakna buat diri ini kerana, dengan memasuki bulan Jun, bermakna bertambahlah setahun lagi umur diriku ini.

Jun 2009 sangat memberi kesan buat diri ini. Pelbagai perkara telah berlaku dalam bulan ini.
Antaranya :

2 Jun
Asthma datang lagi..menyerang diriku ini selama seminggu. Mungkin peringatan dari Allah akan nikmat kesihatan yang sering diabaikan..
8 Jun
Bermula TOT 6 zon Utara. Sedih kerana tidak dapat menghadirkan diri lantaran diri yang tidak sehat.
9-11 Jun
KMK13 berlangsung. Juga tidak dapat hadir. Namun, kenangan merancang modul2 dan aktiviti tetap segar di ingatan.

11 Jun
Hari ini, umurku memasuki 21 tahun. Terima kasih ummi dan abah kerana telah membesarkan dan mendidikku selama 21 tahun ini. Hanya Allah yang dapat membalas jasa kalian.
Pada subuh hari ini, diri ini dikejutkan dengan pemergian seorang sahabat, Dr Muhammad 'Ammar Zulkifli. Semoga Allah merahmatimu dan mengurniakan kesabaran dan ketabahan buat keluargamu, sahabat handai serta kenalan2mu. Cukuplah kematian itu sebagai peringatan untuk kita..
Result Final Sem 4 telah keluar. TQ ALLAH for the result. (",) Sangat2 bersyukur dengan kurniaanNya. Semoga semester2 akan datang, membuahkan hasil yang lebih cemerlang. Hanya kepadaNYA daku berserah dan berharap..

18-20 Jun
Menghadiri program anjuran HaluanSiswa Zon Utara di Matri.

24 Jun
Hari Kelahiran Sahibahku, Nurul 'Atiqah bt Amran. Eidul Milad, tikah. Semoga dirimu sentiasa dalam jagaan Allah.

25 Jun
Sahibahku nun jauh di bumi UK..dearest Kak Yam. Eidul Milad..sweet 21st.
Miss u much, kak yam.. (^_~)

26 Jun
Hari Lahir Bazilah bt Mohd Zaki. Buzz, teruskan perjuanganmu di bumi USM. Semoga perjalanan hidupmu diiringi redha dan rahmat dariNya.

26-27 Jun
Hari Kecemerlangan dan Hari Koperasi Matri 2009. Alhamdulillah..dapat berjumpa dengan ramai sahibah gen11..macam gen kte je yang ramai time hari kece ni,kan. Antara yang datang, Salimah, Ummu Hani, A'aliah, Dhabitah, Nasirah, Faten, Timah. Seronok dapat kumpul macam dulu2. Semoga ukhwah ini terus beroleh redhaNya.

27 Jun
Mesyuarat KFK. Antara gen11 yang hadir - Ujah, Timah, Nasirah, Salimah, Ummu Hani, Dhabitah, A'aliah, Razana, Zaihan, Nazihah..

28 Jun
Pagi-pagi tu, dapat jugak duduk ramai2 ngn salimah,muani,a'aliah,kak timah izham,awa..kt bilik kak lang..da lama tak sembang2, akhirnya pagi tu..sempatla jugak kan..dgn melayan kerenah si kecik yaasir tuh..mintak maaf la yer, adekku itu mmg suke bercerita.. :)

30 Jun
Kenduri durian..durian yang diidam2kan since balik rumah haritu..akhirnya..dapat jugak kenduri..tapi berpada2 lah wahai diri.. ;)


Itulah antara kisah-kisah yang berlaku sepanjang bulan jun..Semoga Allah memberkati perjalanan hidupku dan hidup kalian jua..Going back to kl this saturday utk memulakan semester baru..Ya Allah, permudahkanlah...

Monday, June 22, 2009

22 Jun 2009

Sekian lama tidak meng'update' blog, hati memaksa diri utk update, tetapi tangan ini terasa amat sukar utk menukilkan sesuatu di blog ini..

Hari ini, 22 Jun 2009, genap 12 hari pemergian seorang sahabat, Muhammad 'Ammar Zulkifli. Benarlah kata sahabat2, pemergian 'Ammar memberi 'ibrah yang besar buat kita semua, insan2 yang mengenali Arwah mahupun tidak. Allah telah memberi peringatan buat kita supaya kita kembali merenung hakikat penciptaan kita di dunia ini. Supaya kita kembali kepadaNya dalam erti kata yang sebenar, supaya kita benar2 menjalankan tanggungjawab kita sebagai khalifah di muka bumi ini..

Arwah 'Ammar telah pergi dengan husnul khatimah..dia mendapat pengakhiran yang sangat baik. Bagaimana pula dengan kita. adakah pengakhiran kita nanti dalam husnul khatimah? cukupkah 'amal2 yang kita lakukan selama ini? Apa yang telah kita sumbangkan Islam dan umatnya? Bagaimana pula dengan hubungan kita dengan Allah, sesama manusia dan alam?

Benarlah, seorang hukamak berkata "Jika kamu inginkan pengajaran, cukuplah kematian itu sebagai pengajaran".

Rasulullah SAW pernah bersabda "Sesungguhnya hati manusia akan berkarat sebagaimana besi yg dirosakkan oleh air." Seorang sahabat telah bertanya "Apakah caranya untuk menjadikan hati itu bersinar kembali?" Jawab Rasulullah "Banyakkan mengingati maut dan membaca Al-Quran." (riwayat Baihaqi dari Ibnu Umar).

Kita yang masih diberi nikmat oleh Allah untuk bernafas di muka bumi ini, seharusnya berusaha dengan lebih kuat untuk meningkatkan kerja2 kita untuk Islam, menambahkan 'amal2 soleh dan meningkatkan hubungan kita dengan Allah..Semoga Allah meredhai usaha2 kita.

6hb Julai, bermulalah sessi pembelajaran bagi sesi Julai09/Nov09.. Cuti hanya berbaki kurang 2 minggu..Wahai diri, manfaatkanlah sisa2 cuti yang masih berbaki ini dengan sebaiknya..

* buat warga Gen11, 26-28 Jun ini, Hari Kecemerlangan dan Hari Koperasi akan diadakan di Matri. So, kepada sesiapa yang berkelapangan, marilah sama2 menghadirkan diri..Dapatlah kita adakan reunion kecil2an.. =) Sape2 yang boleh datang, bolehlah informkan kepada diriku.btw, saya da guna nombor baru, do contact me, then i'll give my new number..tq!

Monday, June 15, 2009

Teruskan perjuangan..

This is the latest update 'bout Majlis Pengebumian Mujahid Muda, Dr Muhammad 'Ammar Zulkifli on 14th June 2009..

News --> credits to criestz

Alhamdulillah jenazah allahyarham 'Ammar telah selamat dikebumikan pada pagi selepas subuh td bersamaan hari ahad 14 jun 2009 di tanah perkuburan berhampiran rumah beliau.. disini dicatatkan detik2 terakhir sebelum allahyarham dikebumikan bersama dengan peristiwa-peristiwa y menyentuh hati..

-pusara 'Ammar-

13 jun 2009
10.o1pm
Sy bersama adam, syakir, fadhli, pe'e, kamil dan islahi telah sampai ke rumah allahyarham.. pada masa itu pembacaan tahlil sedang diadakan jadi kami pun mengikuti tahlil..

10.o2pm
Selepas pembacaan tahlil ayah ammar telah memberi sepatah dua kata tentang ammar dan beliau kelihan sangat pilu sehingga berhenti beberapa ketika kerana menahan sebak..akhirnya ayah ammar menghentikan ucapan beliau kerana terlalu sebak dan selepas itu kami dijamu dengan makanan dan minuman yang telah disediakan..

11.2opm
ramai sahabat dan sahibah telah beransur ke rumah2 jiran terdekat untuk menumpang istirehat.. suasana sunyi mula menyelubungi dan terdengar mendayu-dayu surah yasiin dibaca oleh ibu saudara arwah..perasaan sebak mula terasa dan terus teringatkan arwah yang masih di klia dalam proses pemindahan dari mesir ke Malaysia.. kami sahabat2 sekelas arwah semasa di matri masih setia menunggu kepulangan arwah..


14 jun 2009
1.ooam
Sahabat2 dari perlis sudah sampai.. kami bersalam-salaman dan berbual untuk mengelakkan rasa mengantuk dan letih..ayah ammar masih lagi melayan tetamu yang hadir..

2.51am
sahabat2 y masih ada td ramai y sudah pergi ke surau untuk beristirehat dan tinggal beberapa orang sahabat sahaja menemani ayah ammar.. mereka duduk di laman rumah smbil bersembang sementara menanti ketibaan ammar.. cume sy seorang sahaja kawan batch sekolah ammar y masih berada dirumah ammar kerana yang lain terlalu penat setelah melalui perjalanan yang jauh untuk sampai kesini.. sy ditemani adik ammar iaitu ikhwan sehingga ikhwan tertidur kerana penat.. terpancar kesedihan diraut wajah ikhwan apabila sy menceritakan tentang kenangan dengan ammar dan segala benda y kami kongsi dan lalui bersama..

3.5oam
Ummu ammar sudah keluar dan menunggu didepan rumah menantikan jenazah dan semakin ramai orang y dtg berkumpul.. selepas dapat tahu yang jenazah ammar baru sampai ke bukit gantang ibu ammar masuk semula ke dalam rumah.. bomba datang untuk bersiap sedia membuka keranda allahyarham..

4.25am
Van jenazah sudah sampai ke juru.. maka bila2 masa sahaja jenazah akan sampai..
Makin rmai orang y berkumpul dan kawasan sekitar makin sesak dengan semua yang hadir.. Alhamdulillah, ramai sungguh yang menunggu kepulangan allahyarham..

4.44am
van jenazah sampai berserta konvo dari kedutaan Malaysia.. ummu ammar keluar dari rumah jiran untuk menyambut kepulangan ammar dan dgn tiba ummu ammar merasakan hujan y renyai turun dengan sgt sekejap dan ummu ammar dpt merasakan y seluruh alam sedang menangisi pemergian mujahid muda ini,,

5.27am
Selepas mencuba pelbagai cara barulah keranda dapat dibuka sepenuhnya dan sebelum kain kafan dibahagian muka dibuka.. orang dari kedutaan meminta izin ummu ammar untuk membuka dan meminta ummu ammar bersabar .. dengan raut wajah yang tenang ibu ammar mengizinkan.. selepas kain kafan dibahagian muka dibuka dan terlihat raut redup wajah ammar.. ummu ammar kelihatan sangat sebak dan pilu tetapi dapat dilihat kekuatan seorang ibu menahan sedih apabila melihat raut wajah redup anak sendiri.. sahibah2 dan kaum keluarga allahyarham sudah ramai y mengalirkan air mata pilu melihat wajah allahyarham.. muka allahyarham kelihatan tersenyum dan tenang seolah-olah sedang bergembira disyurga dan itulah y memberikan kekuatan kepada ummu ammar untuk terus tabah.. ummu ammar berkata beliau yakin ammar syahid apabila dilihat dari raut redup wajah ammar lalu tangan seorang ibu mengusap wajah anak y telah syahid sambil membuang kapas yang menutup sedikit wajah ammar.. ummu ammar merasakan seakan2 peluh keluar dikedua2 belah pipi ammar.. dsn itu adalah tanda2 org y mati syahid kerana walaupun roh sudah terpisah dgn jasad tetapi mereka masih hidup disisi ALLAH.. diwaktu itu mata ummu ammar bergelinangan dengan air mata.. suasana ketika itu amat sayu dan pilu.. ramai y menangis hiba melihatnya..

Selepas semua ahli keluarga menatap wajah allahyarham ummu ammar memanggil sahabat2 ammar untuk melihat dan memberikan penghormatan terakhir kepada ammar.. kesemua sahabat ammar datang dan mengusap wajah allahyarham.. keegoan lelaki kami semua runtuh apabila melihat sahabat y bersama-sama didalam dakwah dan tarbiyyah meninggalkan kami semua dalam masa y singkat sahaja.. kami mula menangis apabila terkenangkan kenangan dengan allahyarham lalu ummu ammar berkata..”jangan la nangis wahai sahabat2 ammar.. makcik yakin ammar syahid.. cuba tengok wajah ammar.. ammar sedang tersenyum dan makcik ibu ammar pun tak menangis.. kuat dan tabahkan diri.. makcik tahu semua orang sayangkan ammar”.. selepas itu baru lah sahibah2 bergilir melihat wajah redup ammar buat kali terakhir.. sebelum wajah ammar ditutup ummu ammar hendak melihat lagi sekali wajah anak y amat2 dikasihinya itu.. ummu ammar membelai pipi ammar dan memegang janggut ammar sambil berkata sesuatu kepada ammar.. raut wajah ummu ammar ketika itu sungguh memilukan hati sesiapa y melihat.. lalu ummu ammar mencium pipi ammar dan dengan perasaan sayu membenarkan org kedutaan untuk menutup wajah ammar sebelum dibawa ke masjid dan ikhwan sentiasa menenangkan beliau..

6.o5am
Kami semua solat subuh dimasjid berhampiran dan selepas itu kami memberi penghormatan terakhir dengan bersolat jenazah kemudian jenazah dibawa ke perkuburan dibelakang surau y berhampiran untuk dikebumikan..

o6.28am
suasana begitu sayu apabila jenazah dimasukkan kedalam liang lahad.. segala urusan pengebumian berjalan dengan lancar sehingga selesai pengebumian.. ketika ustaz rahim sedang bebacaan talkin hujan renyai-renyai turun seolah-olah seluruh seisi alam menangisi pemergian seorang mujahid kecil yang tidak pernah berputus asa dalam menyampaikan dakwah dan meneruskan perjuangan nabi Muhammad s.a.w .. awan y redup memayungi pusara ammar sehinggalah selesai bacaan talkin.. alhamdulillah lebih 1000 o++ org y dtg melawat dan memberikan penghormatan terakhir kepada mujahid muda y berusia 21 tahun ini..sungguh tidak disangka penghormatan sebegini mulia.. ummu ammar sangat bersyukur diatas segala pertolongan dan kerjasama semua pihak melancarkan urusan pengebumian jenazah..

7.15am
Kami semua selaku sahabat2 1 batch dengan ammar mengelilingi pusara ammar dan mengenangkan kembali masa-masa lalu ketika bersama dengan ammar.. suasana bertambah pilu apabila saudara nazim memberikan ucapan tentang apa perjuangan ammar dan apa y ammar harapkan daripada kami semua selaku sahabat2 beliau, ramai antara kami y menangis.. selepas nazim aku memberikan ucapan apa y aku rasa tentang ammar.. satu tahun duduk disebelah ammar didalam kelas membuatkan aku faham apa yang diperjuangkan oleh ammar dan apa y diharapkan oleh ammar kepada sahabat2 beliau.. sepanjang mengenali ammar beliau tidak pernah sekalipun memarahi sahabat2 y membuat salah apatah lagi memandang serong kepada mereka.. beliau tidak pernah sekalipun menceritakan keburukan sahabat2 beliau.. ammar sentiasa menasihati tanpa jemu dan apa y aku lihat ammar seolah2 tidak pernah ada perkataan menyerah walau pun apa y dinasihati itu tidak diikuti tetapi ammar tetap menasihati secara berhikmah.. kehilangan ammar amat2 terkesan didalam hati kerana aku berasa sangat2 kehilangan seorang sahabat y sentiasa menyedarkan aku tentang peranan kita sebagai mujahid dan khalifah dimuka bumi ini..

Kemudian kami berjumpa dengan ummu ammar.. ummu ammar berkata tentang akhlak ammar dan apa y ammar perjuangkan.. ummu ammar berharap kami sahabat2 y rapat dengan ammar benyambung dakwah ammar.. ummu ammar berkata ‘ makcik bersyukur ammar meninggal ketika hendak membuat program untuk mengeratkan perhubungan sahabat2 gen 6 yang dikatakan semakin renggang.. amar mahu sahabat2 beliau kembali sedar dan bersatu semula.. ammar ambil medik tetapi kalau ammar tidak melakukan semua perjuangan dakwah apa yang ammar akan bawa ke kubur? Ammar tak boleh bawak medik ke kubur tetapi ammar membawa dakwah dan ammar mati syahid makcik yakin ammar meninggal ketika sedang berjuang fisabilillah ketika belajar.. dan satu ayat lagi yang amat menyentuh hati kami apabila ummu ammar berkata ALLAH mengambil ammar daripada makcik tetapi ALLAH menggantikan makcik dengan berpuluh-puluh lg anak yang akan meneruskan perjuangan ammar yang bermaksudkan kepada kami semua batch 11 spm 05 y ade disitu juga kepada yang tidak dapat hadir.. ummu ammar mahu kami selaku sahabat2 y rapat meneruskan tugas ammar dalam dakwah.. ummu ammar juga mengingatkan tentang kata2 ammar “jiwa mereka yang hanya cintanya mencari akhirat.. laksana anak-anak akhirat.. melihat dunia dari jendela akhirat” jadi kita fahamkan lah apa y dimaksudkan oleh ammar..

Ummu ammar mengirim salam kepada semua sahabat2 dan sahibah2 batch 11 spm 05 y tidak dapat hadir dan meminta kita semua bergabung tenaga meneruskan perjuangan ammar dan meneruskan tarbiyyah rasulullah s.a.w …

Pada hari ini seluruh pulau-pinang kelihatan begitu redup.. jika dilihat langit akan dapat dilihat awan meliputi langit seluas mata memandang.. suasana begitu redup dan nyaman sekali seolah2 bumi dan seluruh alam merestui pemergian seorang mujahid y syahid ini..

p/s: sehingga ditulis artikel ini(2.32am 14jun09) masih dengar bunyi guruh dilangit.. dan satu hari ini sejuk dan tidak panas.. sekarang sudah kedengaran hujan turun dengan lebat.. berlarutan dari pagi td.. itu y meyakinkan ummu ammar bahawa ammar syahid dan akan ditempatkan di jannatul firdaus..

dan Alhamdulillah bersyukur kepada ALAH kerana selain juru cmera tv ak lah satu2-nya y bukan ahli keluarga ammar dan satu2 nya yang dapat mengambil gambar ketika keranda ammar dibuka kerana semua orang tidak dibenarkan masuk untuk tujuan mempercepatkan proses pembukaan keranda.. tak tahu lah mcmmana ak boleh terlepas dr diminta keluar.. semua itu atas kuasa ALAH dan ak ingin kongsikan bersama sahabat2 y menyayangi ammar.. sekian

Kepada sahabat2 dan sahibah2 gen11, marilah sama2 kita teruskan perjuangan yang telah dibawa oleh 'Ammar..dia telah memperolehi pengakhiran yang sangat baik..bagaimana pula dengan kita?? Keep going on..teruskan perjuangan..!!

for more pics and vids, click here

Saturday, June 13, 2009

News from Berita Harian

Hasrat tunai umrah tak tercapai


KEPALA BATAS: Pelajar perubatan tahun tiga Universiti Kaherah, Muhammad 'Ammar Zulkifli, 21, yang terkorban dalam kemalangan jalan raya di Mesir, kelmarin, pernah menyatakan hasrat menunaikan umrah pada Ramadan tahun ini.

Anak sulung daripada tujuh beradik itu memaklumkan hasratnya kepada keluarganya dia akan ke Makkah pada awal Ramadan sebaik selesai peperiksaan semester.

Perkara itu dinyatakan bapa Allahyarham, Zulkifli Ismail, 47, kakitangan Institut Perubatan dan Pergigian Termaju (IPPT) Universiti Sains Malaysia (USM) ketika ditemui di rumahnya di Taman Bertam Indah di sini, semalam.


Zulkifli berkata, kali terakhir arwah menghubungi adik beradiknya ialah Selasa lalu ketika mereka dalam perjalanan pulang dari Kuala Lumpur selepas menghadiri program anjuran sebuah badan bukan kerajaan.


"Dia bercakap dengan semua adiknya serta ibunya (Siti Fatimah Ramli) yang berada dalam kereta. Dia bertanya khabar kerana sudah lama kami tidak berjumpa.

"Tetapi saya agak terkilan kerana tidak sempat bercakap dengannya kerana sedang memandu," katanya.

Muhammad 'Ammar adalah Ketua Generasi Keenam (Gen6) pelajar Malaysia dalam bidang itu di universiti berkenaan.

Dalam kejadian jam 3 pagi itu, kereta dinaiki Muhammad 'Ammar bersama empat rakannya terbabas sebelum merempuh pembahagi jalan ketika pulang dari Ain Sokhna bagi meninjau lokasi untuk program perhimpunan pelajar Gen6 pada 28 Jun ini.

Empat rakannya iaitu Abdul Rahman Ramdzan, patah lengan kanan; Akram Abdul Kadir, masih koma; manakala Muhamad Fitri Tokiran dan Saif Jamaluddin cedera ringan. Semuanya berusia lingkungan 20-an.

Muhammad 'Ammar adalah bekas pelajar Maahad Tarbiyah Islamiyah (MATRI) Beseri, Perlis. Jenazahnya akan dihantar pulang ke Malaysia dan dijangka tiba hari ini.

*sumber: Berita Harian

Friday, June 12, 2009

PeringatanNYA buat kita..

Subuh 11 Jun 2009, lenaku terganggu kerana bunyi message yang bertalu2 memasuki inbox hp ku. Dalam keadaan mamai, tersentak daku membaca msg2 yang tiba. Semuanya mengkhabarkan pemergian seorang mujahid muda, Muhammad 'Ammar b Zulkifli..Daku bangkit dan termenung. Di dalam mindaku, berlegar2 persoalan..'betulke ni Ammar dah tak ada?' Hati bagai ingin menidakkan tetapi minda mengesahkannya. Mana mungkin message yang banyak2 ini mengkhabarkan sesuatu yang palsu..

Kehilangan Ummi Halimaton masih lagi terasa, belum sampai sebulan, Allah mengambil pulang semula seorang sahabat ke pangkuanNya..

Benarlah ini pengajaran dan peringatan buat kita semua. Kematian itu tidak tertangguh walau hanya satu saat. Kematian tidak menunggu kita. Bersiap sedialah diri ini setiap waktu untuk menghadapi kematian..



[Muhammad 'Ammar b Zulkifli]---saya bukanlah seorang yang rapat dengannya. Saya mengenalinya sebagai seorang sahabat se'batch' yang sangat baik, pemimpin yang sangat mengambil berat akan shbt2 dan anak2 buahnya. terimbau di fikiran, ketika kelas Addmaths dan Fizik Tingkatan 5 dahulu..Ammar selalu menjadi pembaca doa buat kami semua.Hampir setiap hari dia berdoa utk kami semua, pelajar2 5 sains Umar dan 5 sains Fatimah...Ketika program akhir Gen11, saya dan beberapa orang sahibah, bekerjasama dengan 'Ammar dan beberapa sahabatnya untuk memastikan program berjalan dengan lancar..Terasa senang bekerja dengan 'Ammar kerana dia sentiasa mendengar pendapat dan cadangan dari kami tak kira shbt mahupun shbh. Benarlah coretan shbt2 rapat 'Ammar bahawa beliau seorang yang sangat baik dengan sahabat dan seorang pemimpin yang sangat prihatin.


Sesungguhnya, pemergian Ammar sangat terkesan dihati ini..Semoga ruhnya dicucuri rahmat Allah dan semoga dia beroleh ketenangan abadi disana..

Tarikh 11 Jun 2009 akan kekal di ingatanku..kerana pada Hari Kelahiranku yang ke-21 ini, Allah telah memberikanku satu pengajaran yang maha besar buat diri ini. Satu peristiwa supaya diri ini sentiasa mengingati kematian..Benarlah, bertambahnya umur kita setahun, bermakna setahun kita mendekati mati..

Selamatlah kembali kepada Sang Pencipta, Dr Muhammad Ammar b Zulkifli..Semoga rahmat Allah sentiasa bersama 'Ammar di sana..Al-fatihah..

“Jiwa mereka yang hangat cintanya mencari akhirat. Laksana anak-anak akhirat… melihat dunia dari jendela akhirat.“qoute kata-kata allahyarham Ammar Zul. Moga rohmu tenang di sana.

* Jenazah 'Ammar dijangka tiba di Malaysia pada 13 June 2009 (Sabtu) jam 10 malam dan akan dikebumikan selepas subuh 14 Jun 2009 di Bertam, Kepala Batas. Kepada sahabat2 yang berkelapangan, diharap dapat menziarahi arwah di rumahnya..

Friday, May 22, 2009

Tuesday, May 19, 2009

ToT ke-6 dan KMK 13

Hebahan awal.. Semoga sahabat2 dan sahibah2 yang ada kelapangan boleh menghadirkan diri..
Sama2lah kita memanfaatkan cuti kita sebaiknya...

Training of Trainer kali ke-6 (ToT 6)


Tarikh : 8 Jun 2009 (Isnin)
Tempat : Pendang Lake Resort, Pendang, Kedah D.A
Masa : 8.00 am - 6.00 pm (pendaftaran 8.00-9.00am)
Yuran : F.O.C (tiada bayaran dikenakan)
Anjuran : Kelab Rakan HALUAN (KeARAH)
Target peserta : Lepasan SPM - Pelajar2 IPT
Peralatan yang perlu dibawa :
Pakaian Riadhah (banyakkan)
Lampu suluh
Laptop/Extension Wire (kalau ada)
dll yg difikirkan perlu
*** 9 - 11 Jun 2009 (praktikal menjadi urusetia atau fasilitator untuk KMK 13)

Kem Minda Kreatif kali ke-13 (KMK 13)

Tarikh : 9 - 11 Jun 2009 (Selasa-Khamis)
Tempat : Pendang Lake Resort, Pendang, Kedah D.A (PLR)
Pendaftaran : 9.00 - 11.00 am (9 Jun 2009 - Selasa)
Yuran : RM 60.00 (termasuk makan minum, penginapan dan kemudahan aktiviti)
Anjuran : Kelab Rakan HALUAN (KeARAH)
Target peserta : Pelajar sekolah menengah Tingkatan 1 - 5 sahaja (berumur 13 tahun dan ke atas)
Peralatan yang perlu dibawa :
Pakaian Riadhah (banyakkan)
Lampu Suluh (aktiviti malam)
Al-Ma'tsurat
Buku catatan/alat tulis


Cara ke tempat program :

1. Bas Ekspress - Ekspress MARA Liner, KL - Pendang RM 39.00
2. Bas Awam - Bas MARA atau Tranasional, Shahab Perdana - Pedang RM 3.20
Pekan Rabu - Pendang RM 2.70
3. Keretapi - Turun di Stesen Keretapi Alor Setar, jalan kaki ke Pekan Rabu, kemudian naik bas di sana
4. Kapal Terbang - Turun di Lapangan Terbang Kepala Batas, naik teksi ke Shahab Perdana, naik bas di sana
5. berkenderaan sendiri - Lebuhraya PLUS - Keluar susur Pendang/Kota Sarang Semut (12km dari Alor Setar (S) atau 20km dari Gurun), belok ke kiri, dalam 5km sampai ke PLR
6. Rombongan - Bas dari perlis (Pergi-Balik RM 20.00 - kalau ada 40 orang peserta)

Sila laporkan kehadiran anda sebelum 1 Jun 2009 kepada
1. Abu 'Ubaidah Sharudin (013-6284940), atau
2. Nailah bt Abd Kadir (013-6418667), atau
3. En. Ghazali : 012-4262343 (Ps), EnKamal : 013-4820141 (PP), En. Zamri : 013-4514345 (Kedah), En Zulkifli : 019-5746099 (Perak)

Thursday, May 14, 2009

Pemergiannya..

14 Mei 2009

Tarikh ini akan terus menjadi ingatan kita,khususnya pelajar2 Matri, yang pernah bergelar seorang pelajar kepada "Pn Halimaton Hussien"..
Hari ini, sekali lagi mengajar kita bahawa kita adalah hamba yang lemah. Yang tidak berhak menentukan sesuatu. Dan sesungguhnya ajal dan maut itu terletak di tanganNya..
Hari ini, jam 6.15 petang, Ummi Halimaton telah pulang ke pangkuanNya..

Sebak terasa di dada mengenangkan pemergiannya. Ummi bukan sekadar seorang guru, malah benar-benar seorang 'Ummi' buat kami, pelajar Matri..Ummi seorang yang sangat kuat semangat, sangat mengambil berat akan urusan dan hal ehwal anak2 Matri.

Semangat dan kekuatan Ummi akan terus bersama kami..
Pemergian Ummi kami iringi dengan doa semoga Allah meredhai kehidupan dan amal2 yang telah Ummi lakukan dan semoga Ummi ditempatkan dikalangan hamba2Nya yang soleh..

Al-Fatihah buat Ummi tersayang...

Wednesday, May 13, 2009

Semester Break..

Alhamdulillah..
Final exam sudah tamat..satu masa yang panjang memandangkan last paperku bersamaan dengan last paper untuk seluruh UiTM..
Natijah daripada exam ini, kuserahkan sepenuhnya kepada Allah swt. HambaMu ini telah berusaha dan berdoa kepadaMu..semoga diri ini dikurniakan yang terbaik disisiMu..

Selamat bercuti kepada semua warga kampus..Cuti kita hanyalah cuti dari 'kuliah-kuliah', 'assignment2' dan kehidupan kampus..Isilah cuti kita ini dengan amal2 islami dan segala yang boleh menyumbang sesuatu kepada pembinaan diri dan untuk manfaat Islam.

Tuesday, April 21, 2009

Pertemuan itu....

Kerapkali kita terlupa atau terkadang kita kurang percaya bahawa sesungguhnya perancangan Allah itu adalah perancangan yang terbaik buat kita, hambaNYA.. Namun, peristiwa itu (“,) telah menyedarkan kita bahawa besarnya Kuasa Allah dalam menyusun segala sesuatu. Sesuatu yang kita rancangkan mustahil untuk dicapai tanpa keizinanNya..

Alhmdulillah, Jumaat (170409) yang lalu, saya merancang untuk ke Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur di PWTC bersama Aisyah. Kami berjanji untuk berjumpa di Stesen Komuter Putra. Dari kolej, saya bersama dengan rakan saya, kuchiki_rukiya. Dengan izin Allah, Aisyah yang keseorangan itu yang tiba dahulu di stesen. Terpaksa lah dia menanti saya di sana.

Berpusing-pusing kami di dalam PWTC berbekal semangat yang membara (“,) untuk mencari booth2 yang tersenarai dalam kepala masing-masing. Antara booth2 yang dicari ialah :

1. Booth Galeri Ilmu Sdn Bhd (GISB)

2. Booth Telaga Biru Sdn Bhd (jumpa kak Fatimah adi kat sini. Dia kerja kt sini)

3. Booth Jemari Seni

4. Booth AnaMuslim

Alhamdulillah, hajat untuk mengunjungi booth2 tersebut tercapai. Dalam kepeningan mencari booth2 tersebut, sempat juga singgah di booth Hijjaz Records, Inteam Records, PTS, Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM), Al-HIdayah dan tidak dilupakan booth Elsevier dan juga booth2 yang jual buku-buku medical (international punya). Seronok tengok buku2 yang berkaitan dengan medical ni, tapi apakan daya, takdak budget untuk buku2 itu.

Yang paling tidak dapat dilupakan, sedang kami duduk2 di booth AnaMuslim [kerana saya sibuk mengisi boring langganan AnaMuslim untuk Nuha-dapat jugak tshirt free untuk cik adik tuh], tiba-tiba ada orang datang menegur kami. Hampir2 terjerit saya dan Aisyah melihat orang yang menegur kami. Manakan tidak, dah lama merancang untuk berjumpa, alih-alih, kat pesta buku kita berjumpa. J Afwa datang bersama dengan ‘coursemate’ dia. 6 orang. Bila dah jumpa kami, Afwa pon join kami berpusing-pusing dalam PWTC untuk membeli buku.


Jam 4 petang, kami bergerak pulang menaiki komuter ke stesen Mid Valley. Dari Mid Valley, kami menaiki bas untuk pulang ke kolej saya, Kolej Alamanda. Afwa dan Aisyah pon turut serta memandangkan dah lama mereka berhasrat nak sampai ke Alamanda.

Alhamdulillah, dalam kekalutan masing-masing untuk menghadapi final exam, Allah masih memberi kita kesempatan untuk berjumpa. Bukan sekadar berjumpa, tetapi duduk, tidur dan makan bersama-sama. Banyak cerita yang telah di’update’ dan juga sesi luahan rasa. (“,)

Apa-apa pun, kenangan ini sangat indah dan akan kusematkan di dalam hati. Terlerai sudah rindu yang berbungkam di hati sekian lama. Semoga Allah melimpahkan rahmat, kasih sayang dan redhaNYA ke atas ukhwah kita ini..