Friday, January 30, 2009

Kisah dari Palestin..

"Saya tak nampak anak-anak perempuan saya, hanya nampak timbunan batu"


Sekeping gambar membawa seribu satu makna, seribu satu rahsia di sebaliknya. Begitulah dengan sekeping gambar yang dipilih oleh Sekretariat HALUAN Palestin untuk dipaparkan dalam poster-poster ceramah isu Palestin. Setiap kali melihat gambar tersebut, tentu gemuruh darah dan begitu sedih hati saya. Rasa terpanggil untuk saya menjelaskan apa yang sebenarnya hendak diceritakan oleh gambar seorang ibu bersama anak lelakinya itu. Berikut adalah apa yang telah terjadi kepada keluarga Balousha tersebut.

Rumah keluarga mereka kecil sahaja; tiga bilik, satu dapur yang kecil dan satu bilik air. Rumah itu dibina dengan batu konkrit tidak berkualiti, dibumbungi dengan atap asbestos yang beralun-alun di blok empat kem pelarian Jabalia di utara Gaza. Terdapat ratusan rumah sebegini, padat sehingga ke jalan-jalan yang sesak, dihuni oleh keluarga yang sangat miskin dan sentiasa terdedah kepada bahaya serangan.

Apapun pandangan kita, inilah rumah yang menjadi tempat Anwar dan isterinya Samira membesarkan 9 anak mereka. Sudah ditentukan Allah, rumah tempat mereka berteduh selama ini menjadi sasaran serangan bom Israel pada malam Ahad 28 Disember lalu.

Sebutir bom Israel melanda masjid Imad Aqil di kem pelarian tersebut waktu tengah-malam, memusnahkan bangunan masjid dan meruntuhkan kedai-kedai dan sebuah farmasi berdekatan.Kekuatan letupan tersebut amat dahsyat, hinggakan ia turut meruntuhkan rumah keluarga Balousha menjadi ranap sama sekali. 7 orang anak perempuan mereka tidur beramai-ramai di atas tilam dalam satu bilik dan merekalah yang paling teruk terkena letupan itu. 5 dari mereka terbunuh ketika tidur; Tahrir 17 tahun, Ikram 15 tahun, Samer 13 tahun, Dina 8 tahun dan Jawahar 4 tahun.

Imam, 16 tahun, juga tidur bersama mereka. Tetapi dengan ketentuan Allah dia bernasib baik kerana terselamat walaupun tercedera di kedua belah kaki. Dia akhirnya dapat ditarik keluar dari runtuhan, dan dikejarkan ke hospital. “Saya sedang tidur. Saya tak dengar apa-apa letupan,” kata Imam ketika duduk sambil menenangkan ibunya. “Saya hanya terbangun bila seketul batu terjatuh atas saya. Saya nampak semua adik-beradik di sekeliling saya, tapi saya tak dapat bergerak. Tidak ada siapa yang dapat lihat saya dari atas. Jiran-jiran dan pekerja ambulan juga tidak dapat lihat kami. Mereka berjalan di atas runtuhan atas kami. Saya mula menjerit, dan beritahu adik-adik saya, kita akan mati. Kami semua menjerit: ‘Baba, Mama. Tolong kami.’”

Kedua ibubapanya sedang tidur di bilik sebelah bersama dua orang adik, Muhammad 1 tahun dan Bara’a 12 hari. Bilik mereka musnah dan semuanya tercedera, tetapi mereka terselamat dan terus dibawa ke hospital, sebelum anak-anak yang lain ditemui.

Imam akhirnya dapat mengenal suara pakciknya di antara ramai penyelamat di luar, dan beliau menjerit lagi meminta pertolongan. “Dia nampak saya dan mula memunggah batu-batu dan runtuhan yang menimpa saya,” kata Imam. “Mereka mula menarik tangan saya, sedangkan kedua kaki saya masih tertindih batu.”

Ibu anak-anak malang itu, Samira, 36 tahun, melihat timbunan batu dalam bilik anak-anak perempuannya dan terlalu sedih, hingga timbul keyakinan bahawa semua anaknya dalam bilik itu telah mati. Seperti keluarga lain, dia sedang tidur ketika bom meledak. “Saya buka mata, dan lihat batu-batu di seluruh badan saya,” katanya. “Muka saya ditutupi oleh batu-batu konkrit.”

Samira memeriksa kedua anaknya yang tidur bersama, dan kemudian meninjau bilik sebelah. “Saya tak dapat lihat seorang pun dari anak-anak yang saya sangat sayangi, saya cuma dapat lihat timbunan batu dan bahagian atap. Semua orang beritahu saya anak-anak saya masih hidup, tapi saya tahu mereka semua sudah tiada lagi.”

~Samira mendukung anaknya yang terselamat, Mohamad sambil menangis melihat mayat anaknya Jawahar semasa upacara pengkebumian~

Kini Samira sudah keluar dari hospital dan pulang ke “rumahnya.” Dia terduduk di atas sofa, dikelilingi beberapa orang wanita, di ruman jirannya, tidak mampu untuk bercakap, terdiam begitu lama dan masih terkejut dengan apa yang terjadi.

“Semoga tentera Palestin akan bertindak dan membalas dendam dengan melakukan operasi serangan ke atas Israel. Saya berdoa supaya Allah membalas perbuatan mereka,” katanya lagi.

~Anwar Balousha, bapa kepada 5 beradik yang terbunuh, meratap sambil mendukung anaknya yang tercedera~

Suaminya Anwar, 40 tahun, duduk di sebuah lagi rumah jiran di mana sebuah khemah berkabung didirikan. Dia kelihatan pucat dan masih merasa sakit akibat kecederaan serius di kepala, bahu dan tangan. Tapi, seperti ramai pesakit lain di Gaza, dia terpaksa keluar dari hospital untuk memberi laluan kepada mereka yang sakit lebih teruk lagi. “Kami hanyalah orang awam. Saya bukan dari mana-mana pihak, saya tidak sokong Fatah atau Hamas, saya hanyalah seorang rakyat Palestin. Mereka menghukum kami semua, orang awam dan tentera. Apa salah kami orang awam?” Seperti lelaki lain di Gaza, Anwar tidak mempunyai pekerjaan, dan seperti orang lain di kem tersebut, dia hanya bergantung kepada bantuan makanan untuk hidup.

“Kalaulah yang mati itu adalah orang Israel, kamu akan lihat seluruh dunia mengutuk dan bertindak. Tapi kenapa tidak ada siapa yang mengutuk serangan ini? Apakah kami bukan manusia?” katanya lagi. “Kami hidup di atas tanah milik kami, kami tidak merampas dari Israel. Kami berjuang untuk hak kami. Satu hari kami akan dapatkan (tanah kami) semula.”

Itulah kisah yang tersirat di sebalik sekeping gambar yang sengaja kami paparkan untuk anda. Diharapkan kisah sedih mereka ini akan kekal di ingatan anda, supaya perjuangan membebaskan bumi Palestin daripada kezaliman Israel akan berkekalan hinggalah ke generasi yang akan datang. Berdoalah supaya Allah menyelamatkan mereka dari kebinatangan Israel, dan dapat dilahirkan ramai pejuang-pejuang dari bangsa Palestin yang akan membebaskan Masjid Al-Aqsa dari cengkaman bangsa yang dilaknat Allah - Zionis Israel.

Jangan lagi kita duduk berdiam dengan segala kemewahan yang kita ada. Sumbangkanlah sedikit dari kemewahan kita untuk mereka, sedangkan mereka juga adalah keluarga kita sesama manusia, dan saudara kita di dalam Islam. Betafakurlah sejenak, bayangkan sekiranya nasib seperti keluarga Balousha ini menimpa kita sendiri. Apa agaknya yang akan kita buat? Saya yakin, kita tidak akan sekali-kali terduduk diam. Oleh itu, sama-samalah kita membantu mereka tanpa berbelah bagi mahupun bertangguh.

~Mayat Dina Balousha diangkat untuk pengkebumian~

~Mayat 5 beradik mangsa serangan bom Israel diusung~

~Seorang dari saudara mereka mengangkat mayat Dina Balousha untuk pengkebumian~

~sumber dari : laman web haluanpalestin..
http://haluanpalestin.haluan.org.my

Isu Palestin Isu Kita

As what we had heard from the media and read from the internet, papers, etc recently, Isu Palestin selalu menjadi topik utama dan banyak diperkatakan..
Isu palestin sebenarnya adalah isu kita. bukan isu rakyat palestin semata2. Sedarkah kita, isu palestin itu isu kita? Isu umat Islam keseluruhannya??


Kerapkali diri ini menitiskan air mata tatkala melihat gambar2 kekejaman Israel dan membaca berita2 kekejaman Zionis laknatullah..tetapi, adakah air mata yang menitis itu hadir kerana perasaan kasih dan sayang kepada saudara2 kita disana? Utk apa air mata ini menitis jika sepotong doa pon tidak dilafazkan kepada mereka..utk apakah air mata ini jika diri ini masih leka dengan hal2 duniawi tanpa memikirkan sedikit pon keadaan saudara2 di sana.. Apakah air mata yang menitis ini mampu menyelamatkan mereka di sana?? Adakah air mata lahir dari keinsafan dan keimanan yang utuh kepada Allah swt??


Bangunlah kembali wahai diriku, janganlah terlalu asyik dengan kehidupan ini, jgn terlalu bersenang lenang dengan nikmat2 yang Allah berikan ini..Isu palestin ini merupakan isu umat Islam.Isu Deen kita yang teramat mulia. Hulurkanlah doa kepada mereka selain sumbangan harta benda. Apalagi yang dapat dikau lakukan, wahai diri selain berdoa memohon pertolongan Allah swt dengan sesungguh2nya..

"Ya Allah bantulah kami jadi saudara yang beriman dengan Ukhuwah, Ya Allah kembalikanlah ruh jihad kepada hati hati kami yang sudah kecut kerana maksiat. Ya Allah jadikanlah kami ini Saudara yang berguna. Ya Allah Engkaulah Tuhan yang menciptakan kami dan musuh kami. Kami memohon Engkau hancurkan musuhMu dan bantulah hambaMu. Kami sangat yakin Engkau Berkuasa walaupun di mata kami ianya luar biasa. Amiin."
Benarlah kata seorang sahabat, saudara2 kita di Palestin sana adalah insan2 pilihan Allah. Kerana mereka telah dipilih oleh Allah untuk memperjuangkan agamaNYa. Mereka adalah insan paling bertuah kerana telah dipilih oleh Allah.. Betapa kuat dan teguhnya semangat jihad mereka, walaupun telah kehilangan ramai insan2 tersayang, namun mereka masih teguh berdiri untuk terus memperjuangkan tanah air mereka dan Islam khasnya..

Siapalah kita jika nak dibandingkan dengan mereka. Terkadang, baru diberi sedikit ujian oleh Allah, dah terasa seperti tak mampu utk menghadapinya..Belum lagi diuji ALLAH dengan ujian2 yang besar.. Sedarlah wahai diri, diri ini tak siapa2 jika nak dibandingkan dengan rakyat Palestin. Bangkitlah kembali, Semaikan roh JIHAD di dalam jiwamu..

~boikot adalah salah satu usaha dan jihad kita utk membantu saudara2 kita di sana~

Semoga Allah melimpahkan rahmat dan taufiknya buat saudara2 di Palestin. Dan memberikan mereka sebaik2 pertolongan dalam menghadapi musuh2 Islam, Israel Laknatullah..

Thursday, January 29, 2009

We Will Not Go Down..insyaAllah..


WE WILL NOT GO DOWN (Song for Gaza)
(Composed by Michael Heart)
Copyright 2009

A blinding flash of white light
Lit up the sky over Gaza tonight
People running for cover
Not knowing whether they’re dead or alive

They came with their tanks and their planes
With ravaging fiery flames
And nothing remains
Just a voice rising up in the smoky haze

We will not go down
In the night, without a fight
You can burn up our mosques and our homes and our schools
But our spirit will never die
We will not go down
In Gaza tonight

Women and children alike
Murdered and massacred night after night
While the so-called leaders of countries afar
Debated on who’s wrong or right

But their powerless words were in vain
And the bombs fell down like acid rain
But through the tears and the blood and the pain
You can still hear that voice through the smoky haze

We will not go down
In the night, without a fight
You can burn up our mosques and our homes and our schools
But our spirit will never die
We will not go down
In Gaza tonight

cuti=esaimen+study 4 test

It's almost a week since I arrived home on Friday last week. But it's seems like I'm home for only 3 days..Mana taknya, 4 days balik kampung haritu..Ape2pon, cuti yang berlalu bagaikan tidak terasa lantaran 'bestnya' duduk kat umah. Malam ni Kak Nawal dah pon balik ke UKM balik..Barulah teringat, sabtu malam ni, daku akan balik ke UiTM semula. Tetiba terasa cam kejapnyer cuti..Esaimen banyak lagi yang tak siap + tak stdy lagi for 5 test next week..
i. test 'Sectional Anatomy'
ii. test 'Radiographic Instrumentation and Image Recording'
iii. Dictation for 'Mandarin Language'
iv. test 'Medical Imaging IV'
v. test 'Radiographic Pathology'

Lumrah bagi setiap pelajar, bila cuti je, tak bermakna cuti dari segala2nya.. Seperti tajuk post ni..
CUTI= ESAIMEN + STUDY UTK TEST
Itulah hakikat yang perlu diterima pabila kita bergelar 'pelajar'..

Semoga baki 2 hari je lagi kat rumah ni, sy dapat menyiapkan esaimen2 yang ada and dapat jugak revise sket2 for all the test, I.allah..
"Ya Allah, berikanlah aku kekuatan utk berusaha semaksima yang mungkin bagi menyiapkan kerja2 ku ini..Sesungguhnya, kerja2 ini adalah ibadahku untukmu..Ya Allah, permudahkanlah.."

Sunday, January 25, 2009

Remis yang sedap!!

~petang yang tenang~

Masuk harini, dah 3 hari berkampung kt umah tokna @ butterworth,penang.. Abah is not here. So, takleh la nak p jalan ke mana.. Petang tadi, tetiba mak long ajak pi pantai. Pi korek remis. Alhamdulillah, best sangat. Pergi dengan mak long, me, kakak n nuha je. Ummi ngn Yaasir tak pergi sebab yaasir tido.

Dah lama tak mengorek remis kat penang ni. Excited la jugak petang tadi nak korek remis. Nak kutip remis bagi dapat byk2..Mula2 tu, susah sgt nak dapat. Sampai dah naik tension la jugak. Pasir kt pantai tu punya la kasar, sampai hbs merah2 dah jari. Sakit+pedih. Tapi kesakitan tu tak terasa lantaran semangat yang membara nak cari remis bg banyak2.. Balik umah, barulah terasa benar kesakitannya.. :)
~hasil tangkapan~
Remis?? Rasanya ramai orang yang tak mengenali remis ni. Sejenis hidupan laut la jugak. Macam siput2 la jugak. Kalau goreng kicap ni, memang sedap yang amat. Saya memang dari kecik2 dulu, selalu p pantai nak korek remis. Untuk sesetengah orang, maybe nampak cam pelik je tgk ktrg dok mencangkung korek2 pasir.. :)
~inilah remis~
Alhamdulillah, okey jugak la hasil tangkapan kitorang.. banyakla jugak...sedap...!!

Esok, i.allah, after abah selesai segala urusan n game hoki kat ipoh tu, kami akan bertolak pulang ke perlis.. ~home sweet home~


{esaimen still banyak lagi yg perlu dibereskan..doakan daku dapat menyiapkannya before this saturday..i.allah..}

Saturday, January 24, 2009

Anak2 Januari..

This post is created just to wish
'Happy Birthday'
'Eidul Milad'
'Selamat Hari Lahir'
buat semua anak2 Januari..

Starting from 2 Januari, Abdullah Yaasir genap 3 tahun.


Dr. Shanuh

5 Januari - Sahibahku tersayang, nun jauh di Mesir,
Sharifah Nurul Hidayah Syed Murzaki..Sweet 21st.
Semoga dirimu sentiasa di dalam jagaanNya. Miss u soo much..

16 Januari - Abang adik dah jadi abah..kak nor dah jadi mama..
I've now having 'anak sedara'..
Khadija bt Joha Iskandar..
Congrats to both of u,abg adik n kak nor..
also congrats goes to mak ngah, become 'tok mak', kak tina become...(tktaula apa gelaran kak tina) and syamil,become pak cik syamil..
also to all my family..sume da terangkat satu pangkat...terimalah hakikat seadanya..

18 Januari - My dearest friend, my ex-housemate..
yang selalu bertandang ke bilikku,
Rukiah bt Chandra @ Keeya..Sweet 21st..
Datang la selalu bilik kte..
Keeya, semoga pertambahan umurmu ini seiring pertambahan iman and amal2 soleh..
Semoga hidupmu sentiasa diredhaiNYa..

cik kuchiki_rukia (betul ke kte eja ni,keeya??)

20 Januari - Ex-kmp's,

Wan Ainul Alyani (
Ainul).. Sweetest 21st..
Walaupun tak dapat nak sambut birthday korang sama2 macam dulu,
but doa neah semoga hidup ainul sentiasa dalam naungan rahmat, redha and kasih sayang Allah.. Miss u all very much..

21 Januari - Ex-kmp jugak..
My classmates and rumates since m3 till matriks, Nawwar Nazihah Rosdi
and also my kuliah-mate time matriks
and classmates @ ex-housemates kt uitm, Hamidah bt Eree, Sweetest 21st..
Semoga kalian sentiasa beroleh keberkatan dariNya..

~miss naware~

22 Januari - My dearie ex-rumate kt kmp..
Junainah Abdullah..Sweet 21st..
Rindu sgt kt juney..Jaga diri baik2..
semoga dirimu sentiasa beroleh redhaNya..


27 Januari
- Sahibahku tersayang, jodoh kita since M3 till Matriks je..
tak dpt masuk u sesama.. :)
Aisyah Ruqayyah Mohd Sabbri..sweet 21st..
Kudoakan moga dirimu sentiasa kuat and tabah menghadapi cabaran2 yang mendatang.. Mohonlah kekuatan selalu darinya..
Semoga kita terus istiqamah atas jalan ini..
Uhibbukifillah abadan abada..!!


28 Januari - Ummi tersayang, Rohainon Kassim..
Terima kasih atas segalanya, ummi..
Hanya Allah yang mampu membalas jasa2 ummi atas segala2nya..
and also...
sahibahku yang jauh dimata..sentiasa dekat dihati..
Nurulhuda bt Ahmad Sani..Sweet 20th..
(uda still muda lagik..)
Uda, Kudoakan semoga Allah sentiasa mempermudahkan urusan2mu..
Miss u much..

Dr Huda

31 Januari - Sahibahku yang dah lama tak jumpa..
Safiyah Ahmad Yusof, sweet 21st..
Semoga dirimu beroleh keredhaan dariNYa..

Those are all 'anak2 kelahiran Januari' yang terlintas di fikiran..kalau ada tertinggal nama sapa2, do let me know..Jgnla kecik hati,kot2 telupa kt sapa2.. Apa2pon, hidup kita di dunia ini hanya sementara. Pergunakanlah dan manfaatkanlah nikmat umur anugerah Allah ini sebaik2nya.. Semoga nikmat umur kurniaan Allah ini dapat kita manfaatkan untuk pembangunan Islam dan ummatnya..

Friday, January 23, 2009

SKEMA 3

SEMINAR KESEJAHTERAAN MAHASISWA
KALI KE 3

TARIKH: 18 JANUARI 2009
TEMPAT: UKM, BANGI



Thursday, January 15, 2009

A moment to remember..


Alhamdulillah, dengan keizinan dariNya, dan dalam keadaan yang tak terancang, dapat jugak berkumpul bersama2 dgn shbh2 yang tersayang. Kalau diikutkan, dah banyak kali rancang nak keluar or jumpa bersama2 , tapi selalu ada yang menghalang. Akhirnya, on the 9th January, on the Friday, dapat gak kita berkumpul bersama. Yang dapat keluar sekali on that day, Bhah, Shafiqah, Afwa, Aisyah n me. Sebelum balik tu, sempat jugak jumpa Afini. Alhmdulillah.. Actually, Knawal pon join jugak. Alang2 baru balik dari IJN dengan dia. Pegi ziarah mak ndak yang tak sihat kat sana. Macam reunion kecil2an pulak rasanya..


Inilah saat2 yang akan dikenang selalu. Saat2 bersama2 dengan teman2 yang sentiasa memperingatkan diri ini dikala terlalai, teman yang selalu member kekuatan dikala diri ini lemah tak berdaya, teman yang sentiasa terbuka member bantuan kala diri ini memerlukan bantuan dari kalian. Kalianlah teman yang amat memahami diri ini.

To Bhah bushuk, Amoi, Afwa n Aisyah,

~ thanks yang tak terhingga coz dapat kuar sama2 haritu..

~ sorry yang tak terhingga jugak sebab tak rancang elok2 haritu. Akibat tak rancang tu, pusing2 je la kita kat KL Sentral tu,kan.. kesian kat korang. Penat berdiri.

To Aisyah, thanks for the ‘things’..really appreaciate it.(^_~)

To all my dearie friends (matri’s, kmp’s, uitm’s) and those who knows me well,

~ Kalian sentiasa diingati. Walaupun kita jarang berjumpa, jauh di mata, dipisahkan oleh benua, namun kalian tak pernah luput dari ingatanku ini. Kerna, kalian sahabat dan teman yang sentiasa mekar di jiwa ku.. kalianlah teman di kala suka dan duka. Kalianlah teman yang memahami diri ini, sentiasa mengingatkan diriku ini kala terlupa dan sentiasa ada dikala diriku memerlukan kalian. Moga Allah sentiasa menyayangi kalian dan melimpahkan rahmat, redha dan kasih sayangnya buat kalian. Semoga ukhwah kita ini sentiasa mekar keranaNya.

Allah SWT amat mencintai org yg mencintai sahabatnya. Rasulullah s.a.w pernah berpesan dlm sabdanya yg bermaksud :

“Janganlah kamu saling putus-memutus hubungan, saling berpaling tadah, saling benci-membenci dan saling berhasad dengki. Dan jadilah kamu hamba-hamba Allah yg bersaudara. Dan tidak halal bg seorang Muslim yg berpaling dr saudaranya melebihi dari 3 hari.“

I miss all my friends very2 much.. benar2 merindukan saat2 kita bersama2 dahulu..

Uhibbukum fillah.

.

Tuesday, January 13, 2009

Bantulah saudara kita di sana..



1) Follow up the news about what is happening in Gaza. The number of shuhada', injured people, the volume of destructions etc.

2) Download pictures of the massacre and distribute to your friends via print outs, e-mails, on the mobile.

3) Follow up on the achievements of the Palestinian resistance heroes in Gaza. What victories they achieve every day, how many soldiers they kill, how many tanks they destroy.

4) Call the people of Gaza tell them where you from and share with them your feelings of sympathy and support and your confidence that they will win in this war. You can call this number 009708285xxxx. Replace the x's with any number.

5) Paste pictures of Gaza on your notebooks, in your romm, PC desktops.

6) Participate in as much activities about Gaza as you can. Talks, gathering, seminars.

7) Organize activities on what is happening in Gaza in your neighborhood, in your collage, surau's (e.g: Organize Qiyamullai in grops especially for the people of Gaza) etc.

8) MAKE THIS THE MOST IMPORTANT TOPIC OF YOUR DISCUSSIONS AMONGST YOUR FRIENDS. MAKE IT THE FIRST THING AFTER GREETING THE PEOPLE YOU MEET THAT YOU TELL OR ASK ABOUT.

9) BOYCOTT!!! BOYCOTT!!! BOYCOTT ISRAELI & AMERICAN PRODUCTS.
10) REMEMBER THEM IN YOUR DO'A AND PRAYER.

Source: Al-Aqsa Friends Society UIAM
i've copy this article from humayra's blog..semoga ianya berguna untuk gerak kerja kita bersama dalam usaha membantu saudara2 kita di sana..

Sibukkah kita??

Menjalani hidup sebagai seorang mahasiswa/i, terkadang diri terasa begitu terbeban dengan pelbagai bebanan kerja yang menuntut pengorbanan dan keikhlasan yang bukan sedikit daripada diri kita. Assignment2, laporan2 dsb sudah sebati dalam kehidupan seorang mahasiswa/i. Persoalannya, dalam kesibukan dan kekalutan kita melakukan kerja2 tersebut, adakah kita memberikan priority yang sama kepada tuntutan2 dalam kerja2 Islam??

Kerapkali KESIBUKAN menjadi satu batu penghalang bagi kita untuk menjalankan kerja2 Islam. Tetapi, sebesar manakah kesibukan kita itu jika nak dibandingkan dengan besarnya ganjaran pahala yang telah dijanjikan oleh ALLAH kepada hamba2nya yang melakukan kerja2 ke arah perkembangan DeenNya.

Istilah ‘sibuk’ itu sebenarnya, selalu disalaherti oleh sebahagian besar mahasiswi dan mahasiswa kita khasnya. Sibuk benarkah kita sebenarnya? Apakah erti sebenar ‘sibuk’ bagi diri kita?

I’ve read an article from www.brohamzh.blogspot.com and I’ve read the comment on the article. The comment really touched me..

“Sibuk bukanlah perkataan yang sesuai diguna oleh kebanyakan orang. Mungkin kita tak sibuk, tapi kita merasa masa yang ada seolah-olah tidak cukup. Mungkin sebenarnya kita yang tak pandai mengurus masa kita. Jika kita merancang masa, pastinya banyak perkara dapat kita lakukan dalam masa yang singkat. Begitulah sebaliknya bagi yang tidak merancang masa. Ada pepatah inggeris mengatakan " If you want a job to be done, give it to a busy person". Jelas, hanya orang yg benar-benar sibuk akan menghargai masa kerana dia tiada masa untuk membuang masa..”


Banyak kebenarannya daripada kata-kata di atas. Kita yang tidak pandai menguruskan masa kita. Kerana itulah kita selalu merasakan yang diri kita ini sibuk. Tetapi pada hakikatnya, banyak dari masa kita yang telah terbuang lantaran diri yang lagha’ dan tidak menghargai masa.

“ Satu ALASAN yang akan merosakan kita apabila kita selalu MENYATAKAN kita ini SIBUK.”

Sama2lah kita saling muhasabah dan menilai kembali kondisi diri kita. Setakat mana kita memanfaatkan masa yang telah dianugerahkan oleh Allah kepada kita. Semoga Allah merahmati dan menyayangi kita dan juga mengampunkan dosa hambanya yang kerapkali alpa dan leka..