Monday, December 22, 2008

Perkhemahan Pewaris Haluan Kebangsaan 4

Perkhemahan PeWaris Haluan Kebangsaan 4
19-21 Disember 2008
"Remaja Berdakwah dan Mendidik"

Alhamdulillah, setinggi kesyukuran dipanjatkan kerana dengan keizinanNya, selesai sudah Perkhemah PeWaris Haluan Kebangsaan 4 yang berlangsung selama 3 hari 2 malam bertempat di Pusat Latihan Kokurikulum Pulau Pinang (PulakoPP)

Sekalung penghargaan dan ucapan terima kasih yg tidak terhingga kepada pihak urusetia induk Haluan yang banyak membantu perjalanan program, pihak urusetia dan fasilitator putera dan puteri yang sama2 mencurahkan keringat dan tenaga untuk memastikan program dapat berjalan dengan lancar, juga tidak dilupakan adik2 peserta Kem PeWaris 4 seramai 12o orang yang amat dikasihi...

Program yang berjalan selama 3 hari 2 malam ini banyak meninggalkan kesan buat diri saya dan sahabat2 pihak urusetia dan fasilitator yang lain. Manakan tidak, dengan bilangan urusetia dan fasilitator sahibah yang agak kurang ini, benar2 menguji tahap kekuatan fizikal dan mental kami. Banyak pengalaman yang kami dapat semasa sama2 menjalankan tugas masing2. Kesabaran pakcik2 menjadi inspirasi buat kami. Apatah lagi kami di dalam keadaan dimana tugas2 yang memerlukan kami melebihi kuantiti kami yang seramai 19 orang. Alhamdulillah, berkat kesabaran yang ada ditambah pula dengan semangat dan perasaan yang kuat untuk berbakti kepada Islam, kami dapat sama2 tolong dan bantu sahibah2 lain untuk memastikan program berjalan dengan lancar.

Teringat kata2 yang diucapkan oleh Pengarah kem, dalam memastikan program berjalan dengan lancar, kita kena laksanakan tarbiyah iradah iaitu menundukkan keinginan dan kehendak. Antaranya ialah:-
- Tak tidur selagi tak pengsan
-Tak makan selagi tak lapar
-Tak mandi selagi tak hujan
Kata-kata ini banyak kebenarannya dan begitu dalam maksudnya.

Semoga perjalanan D&T kita tidak terhenti di sini. Pengarah Kem PK4 ada berkata, "Kita adalah 'Khadimul Ummah', yakni kita adalah pelayan ummah".. Kata2 ini memberi makna yang cukup besar buat diri ini. Sebagai seorang dai'e, kita adalah pelayan ummah. Sepanjang jalan dalam kehidupan ini, masih banyak kerja2 dan pengorbanan yang perlu dilakukan dalam memastikan kita benar2 menjadi 'Khadimul Ummah'..

Ayuh sahabat2 sekalian, kita curahkan segala tenaga dan buah fikiran yang kita ada demi memastikan Islam kembali tertegak di Bumi Allah ini. Dalam memastikan, Islam menjadi cara hidup ikutan seluruh manusia, dan dalam memastikan Islam dipraktikkan sepenuhnya dalam kehidupan.

Di sini, saya kongsikan sedikit gambar2 sepanjang Perkhemahan PeWaris Haluan Kebangsaan 4 buat tatapan semua.

~Adik2 peserta Puteri~

~Adik2 Peserta Putera~

~Barisan Urusetia Puteri~

Gambar2 aktiviti sepanjang PK4 dan lain2 gambar boleh didapati di
http://izzatul-haq.blogspot.com/

*kak,promote blog kakak..malas nk upload gambar2 yg kak da upload.. :)

3 comments:

  1. salam..syabas ana ucapkn
    bila agknya ana blh terlibtat sama..
    rindu saat itu

    ReplyDelete
  2. takpe sha..
    satu hari..masanya akan tiba..

    ReplyDelete
  3. wo hoho..
    promosi percuma kat sini..
    its ok..
    u'll always welcome..

    ReplyDelete