Sunday, March 15, 2009

:: Ukhwah ::



Dalam post kali ini, saya mahu berkongsi dengan sahabat2 semua tentang UKHWAH.

UKHUWWAH

Apa sebenarnya yang kita fahami tentang maksud ukhuwwah? Ukhuwwah merupakan nikmat yang hanya dapat dirasai oleh hati dan tidak terluah dek kata-kata. Menurut Imam Hassan Al-Banna, ukhuwwah ialah hati dan jiwa yang terikat dengan ikatan AQIDAH dan bertunjangkan keimanan kepada Allah SWT. Ukhuwwah ini lahir apabila hati dan jiwa individu itu terikat dengan tauhid Allah dan inilah yang merupakan ikatan yang paling kukuh.

Sesungguhnya, setiap mukmin itu diikat dengan ikatan yang istimewa yang bukan berdasarkan keturunan, tanah air, bangsa, kaum, warna kulit, bahasa dan status sosial. Tetapi ikatan ini adalah ikatan kerana Allah yang bertunjangkan kepada ikatan AQIDAH. Ikatan AQIDAH adalah ikatan yang kukuh dan istimewa sehingga kan ikatan kekeluargaan juga tidak mampu mengatasinya.

Apabila seseorang itu mendapat nikmat ukhuwwah ini, dia akan merasa tenang dengan nikmat yang diperolehnya. Bukan semua orang berpeluang merasai nikmat ini kerana nikmat ini diberikan Allah kepada insan2 yang dipilihNya.

Ukhuwwah merupakan nikmat anugerah Allah dan untuk melahirkan ukhwah, ianya perlu kepada elemen kasih-sayang. Seminima ukhuwwah adalah berlapang dada dan semaksima ukhuwwah itu ialah mengutamakan sahabat. Ukhuwwah itu akan terasa kemanisannya dan keindahannya jika ianya kerana Allah. Bila ukhuwah kita kerana ALlah, maka Allah akan memancarkan pancaran keimanan kepada individu2 yang berukhuwwah keranaNya.

Peliharalah ukhuwwah kita kerana ianya adalah satu anugerah yang tidak terbanding nilainya..Ukhuwwah inilah yang telah mengikat hati2 kita bersama, wahai sahibah2ku. Walaupun kita jauh dimata, namun kita tetap dekat dihati..tetap dekat didalam doa kita.



I miss my sahibah very2 much..Semoga Allah melindungi kalian dan juga ukhuwwah kita..

5 comments:

  1. Uhibbukifillah...
    rindu akan sebuah pertemuan.. ^-^

    ReplyDelete
  2. uhibbukifillah aidhan.. (",)

    ReplyDelete
  3. indahnya ukhuwwah~~
    rindu pada semua~~~~

    ReplyDelete
  4. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  5. Bertemu dan berpisah hanya kerana kasihkanNya..

    Uhibbuki fillah,
    Ingatkan ana andai terlupa,
    Kejutkan ana andai terlena,
    Sedarkan ana andai terleka,
    Pimpinlah ana andai jauh dariNya..

    ReplyDelete