Wednesday, March 25, 2009

Menyepi seketika..

Salam 'alaik untuk semua..
Sudah lama rasanya blog ini tidak di'update'..
Bukannya tak nak update tetapi kekangan masa dan dihimpit dengan tuntutan seorang pelajar menyebabkan saya tidak sempat langsung menjengah apatah meng'update' blog ini..
I.allah, blog ini akan menyepi seketika lantaran begitu banyak assignment2 dan test2 yang perlu disiapkan dalam masa 2 minggu ini..
Namun begitu, hubungan kita dengan Allah janganlah dibiarkan sepi..Update lah ia selalu kerana Dialah sumber kekuatan kita dalam menjalani kehidupan seharian..

*doakan saya selalu!!

Sunday, March 15, 2009

:: Ukhwah ::



Dalam post kali ini, saya mahu berkongsi dengan sahabat2 semua tentang UKHWAH.

UKHUWWAH

Apa sebenarnya yang kita fahami tentang maksud ukhuwwah? Ukhuwwah merupakan nikmat yang hanya dapat dirasai oleh hati dan tidak terluah dek kata-kata. Menurut Imam Hassan Al-Banna, ukhuwwah ialah hati dan jiwa yang terikat dengan ikatan AQIDAH dan bertunjangkan keimanan kepada Allah SWT. Ukhuwwah ini lahir apabila hati dan jiwa individu itu terikat dengan tauhid Allah dan inilah yang merupakan ikatan yang paling kukuh.

Sesungguhnya, setiap mukmin itu diikat dengan ikatan yang istimewa yang bukan berdasarkan keturunan, tanah air, bangsa, kaum, warna kulit, bahasa dan status sosial. Tetapi ikatan ini adalah ikatan kerana Allah yang bertunjangkan kepada ikatan AQIDAH. Ikatan AQIDAH adalah ikatan yang kukuh dan istimewa sehingga kan ikatan kekeluargaan juga tidak mampu mengatasinya.

Apabila seseorang itu mendapat nikmat ukhuwwah ini, dia akan merasa tenang dengan nikmat yang diperolehnya. Bukan semua orang berpeluang merasai nikmat ini kerana nikmat ini diberikan Allah kepada insan2 yang dipilihNya.

Ukhuwwah merupakan nikmat anugerah Allah dan untuk melahirkan ukhwah, ianya perlu kepada elemen kasih-sayang. Seminima ukhuwwah adalah berlapang dada dan semaksima ukhuwwah itu ialah mengutamakan sahabat. Ukhuwwah itu akan terasa kemanisannya dan keindahannya jika ianya kerana Allah. Bila ukhuwah kita kerana ALlah, maka Allah akan memancarkan pancaran keimanan kepada individu2 yang berukhuwwah keranaNya.

Peliharalah ukhuwwah kita kerana ianya adalah satu anugerah yang tidak terbanding nilainya..Ukhuwwah inilah yang telah mengikat hati2 kita bersama, wahai sahibah2ku. Walaupun kita jauh dimata, namun kita tetap dekat dihati..tetap dekat didalam doa kita.



I miss my sahibah very2 much..Semoga Allah melindungi kalian dan juga ukhuwwah kita..

Thursday, March 12, 2009

TENTANG CINTA (",)

“ Jika tepat masa, ketika, keadaan dan siapa, cinta adalah kuasa luar biasa yang tiada bandingnya..”

Sebulan yang lalu, Persatuan Mahasiswa Hadhari (PMH) UiTM Jalan Othman dengan kerjasama PHYTAS (persatuan pelajar2 physiotheraphy) telah menganjurkan program “Minggu Dedikasi Cinta” yang diadakan selama seminggu. Sepanjang minggu program ini, pelbagai aktiviti telah dijalankan termasuklah membuka gerai2 jualan.

Semasa menjaga gerai jualan, sempat juga saya membeli beberapa buah buku yang sekian lama ingin dibeli. Antara buku-buku yang dibeli, termasuklah buku tulisan Pahrol Mohd Juoi yang bertajuk TENTANG CINTA.

Saya baru menghabiskan separuh dari isi buku ini. Walaupun baru separuh yang dibaca, namun banyak juga peringatan, penjelasan dan huraian2 tentang cinta yang ditimba. Benarlah, cinta itu membawa pelbagai persoalan dalam kehidupan remaja kini. Jika kita benar-benar berfikir, pasti timbul persoalan: Apa sebenarna yang dikatakan cinta? Siapakah yang patut dicintai? Bagaimana kita harus bercinta? Bagaimana mencintai dan dicintai? Siapakah role-model kita dalam bercinta? Bolehkah menjadi hamba cinta? Persoalan cinta adalah satu subjek yang sukar untuk diungkai dan dibincangkan kerana cinta itu sendiri kompleks dan halus.

Benarlah seperti dikatakan oleh kebanyakan orang, cinta itu adalah FITRAH. Namun, fitrah itu memerlukan hidayah, jika tidak, FITRAH akan menjadi FITNAH. Fitrah yang dikurniakan Allah perlulah dipelihara dengan sebaik2nya, peliharalah ia dengan keimanan yang benar kepada Allah, suburkanlah ia dengan ketaqwaan kepada ALLAH. Jika fitrah itu tidak dijaga, nescaya ia akan menjadi fitnah kepada diri sendiri dan Islam itu sendiri.

Remaja masa kini, sering tertipu dengan definisi cinta dalam diri masing-masing. Cinta itu diletakkan pada tahap yang rendah sedangkan Allah telah meletakkan cinta itu pada kedudukan yang tinggi dan perlu dipelihara oleh kita. Cinta manusia sering diagung-agungkan sedangkan cinta kepada ALLAH dan RASUL entah kemana dicampakkannya. Masing-masing tidak tahu untuk meletakkan prioriti cinta itu kepada siapa.

Sesungguhnya, cinta yang agung itu adalah CINTA KEPADA ALLAH dan RASULNYA. Dengan wujudnya kecintaan kepada Allah dan Rasulnya, barulah akan lahir cinta kepada ibu-bapa, sahabat serta sanak saudara. Letakkanlah cinta kita pada tempat yang betul kerana jika kita cinta kepadaNYA, nescaya Dia juga mencintai kita. Cinta Allah tidak akan mengecewakan kita sebagaimana cinta manusia yang sering mengecewakan.

Buat renungan kita bersama..

Imam Ghazali berkata: “ Barangsiapa mengaku empat perkara tanpa disertai dengan empat perkara yang lain, maka dia adalah PENDUSTA. Barangsiapa mengaku cinta syurga tetapi tidak beramal dengan ketaatan, maka dia pendusta. Barangsiapa mengaku cintakan Nabi Muhammad SAW tetapi tidak cinta kepada ulama dan fakir miskin, maka dia adalah pendusta. Barangsiapa mengaku takutkan neraka tetapi tidak meninggalkan maksiat, maka dia adalah pendusta. Barangsiapa yang mengaku cinta Allah tetapi keluh-kesah dengan ujianNya, maka dia adalah pendusta”.

Wednesday, March 11, 2009

Hidup tidak selalu indah..


Lirik nasyid ini sarat dengan pengajaran dan kata2 hikmah untuk direnungi..
It's really a meaningful nasyeed..

Lukisan Alam

Hidup tidak selalunya indah

Langit tak selalu cerah
Suram malam tak berbintang

Itulah lukisan alam

Begitulah aturan Tuhan

Jadilah rumput nan lemah lembut

tak luruh dipukul ribut

Bagai karang didasar lautan

Tak terusik dilanda badai


Dalam sukar... hitunglah kesyukuranmu
Dalam senang... awasi kealpaanmu

Setitis derita melanda

Segunung KurniaanNya


Usah mengharapkan kesenangan
Dalam perjuangan perlu pengorbanan

Usah dendam berpanjangan
Maafkan kesalahan i
nsan

Dalam diam... taburkanlah baktimu

Dalam tenang...
buangkanlah amarahmu
Suburkanlah sifat sabar

Dalam jiwamu itu
..

Monday, March 9, 2009

Salam Maulidur Rasul..

Tiada Agama Selain Islam

Tiada Kata Seindah Al-Quran

Tiada Perjuangan Semurni Fisabillillah

Tiada Jalan Selurus As- Sunnah

Tiada Idola Sehebat Nabi Muhammad

Tiada manusia semulia dan seAgung Baginda..Selawat dan salam keatas Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW..Semoga ajaran yang dibawa oleh Rasulullah sentiasa menjadi ikutan dalam kehidupan seharian kita..
Salam Maulidur Rasul untuk semua..


Sunday, March 8, 2009

Gaza..

Dr Sami Abu Zuhri: Peperangan di Gaza hanyalah satu permulaan

February 12, 2009

Dr Sami Abu Zuhri bersama Ahmad Husein Abu Husam di dewan Sivik Petaling Jaya pada 10 Februari 2009.

Dr Sami Abu Zuhri (kiri) bersama Ahmad Husein Abu Husam di Dewan Sivik Petaling Jaya pada 10 Februari 2009.

Serangan dahsyat tentera Zionis Israel ke atas penduduk Gaza merupakan hanya salah satu rentetan dari sejarah keganasan mereka sejak lebih 60 tahun lalu. Tidak siapa dapat melupakan penyembelihan amat dahsyat yang mereka lakukan di Sabra dan Shatila pada bulan September 1982. Ada yang melaporkan tragedi Sabra dan Shatila mengorbankan 3500 orang, walaupun peristiwa itu tidak dapat dilaporkan dengan tepat kerana strategi Israel laknatullah menyekat kemasukan media dan seterusnya menghapuskan sebarang kesan atau bukti aksi kebinatangan mereka tersebut. Penghuni Sabra dan Shatila dibunuh beramai-ramai, bayi-bayi dalam buaian disembelih, wanita-wanita diperkosa… apa lagi kalau tidak disebut sebagai aksi binatang, bahkan jauh lebih hina dari binatang yang tidak berakal. Itulah bala tentera kejam yang dipimpin oleh Ariel Sharon menggunakan militia Palangis untuk melakukan kemusnahan.

Zionis akan terus melakar sejarah besar sebegitu. Permusuhan Zionis dan sekutunya terhadap mereka yang menentang perancangan jahat mereka tidak akan terhenti sehinggalah mereka menjadi raja dan menghapuskan semua makhluk penentang tadi. Mereka akan melakukan apa sahaja yang perlu tanpa rasa takut kepada sesiapa saja.

Namun kita yakin Allah tidak akan mengizinkan begitu. Apa lagi di atas bumi Palestin yang mulia dan suci. Sebuah hadith Rasulullah saw yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari berbunyi, “Akan sentiasa akan ada sekelompok dari umatku yang sentiasa berjuang bersama-sama kebenaran, mencabar dan menentang musuh-musuh mereka. Musuh-musuh mereka tidak dapat memberi mudarat kepada mereka sehingga Allah mendatangkan keputusannya. Mereka tetap dalam keadaan demikian.” Maka para sahabat bertanya, ”Dimanakah mereka ya Rasulullah?” Jawab Rasulullah “Di Baitul Maqdis dan sekitarnya.” Sungguh, kejadian peperangan di Gaza menyaksikan betapa benarnya ayat-ayat Allah dan sabda Rasulullah saw.

Suka saya berkongsi sedikit maklumat yang disampaikan oleh seorang jurucakap kanan kepada kerajaan Palestin di Gaza, Dr Sami Abu Zuhri, bersama seorang lagi pejuang Palestin Ahmad Husein Abu Husam yang sempat singgah di negara kita untuk menceritakan apa yang telah berlaku di Gaza dan Palestin secara umumnya.

Sebagaimana yang kita maklum, serangan ke atas Gaza didahului dengan kepungan yang amat dahsyat selama setahun setengah. Akibat kepungan dan sekatan tersebut, penduduk Gaza tidak mendapat bekalan asas seperti makanan, ubatan, elektrik dan sebagainya. Rakyat Gaza hidup dalam serba kesusahan, tidak mempunyai perkerjaan untuk menyara keluarga, disekat dari dunia luar. Itu semua adalah satu usaha untuk membenamkan penentangan rakyat Palestin terhadap Israel. Tetapi usaha itu ternyata gagal. Sebagaimana yang diriwayatkan dalam hadis Rasulullah tadi, bumi Palestin melahirkan jiwa-jiwa yang sentiasa berjuang memikul kebenaran, menentang musuh-musuh mereka. Bukan saja dari kalangan pemuda dan lelaki dewasa, bahkan kanak-kanak dan wanita mereka juga berjiwa demikian.

Apabila kepungan itu gagal maka barulah mereka berusaha untuk melakukan serangan ke atas Gaza. Tetapi malang bagi Zionis Israel dan sekutunya, serangan itu juga gagal.

Antara usaha mereka ialah untuk menghancurkan pejuang-pejuang Palestin, termasuklah kerajaan sah pilihan rakyat Palestin iaitu Hamas. Kata Dr Sami Abu Zuhri, “Tetapi Hamas masih kekal dan boleh berkunjung ke merata dunia, termasuk Malaysia,” (untuk menerangkan apa yang berlaku di Gaza.)

Peperangan di Gaza melibatkan penggunaan teknologi dan senjata yang sangat canggih. Malahan, tentera Zionis mengerahkan lebih 100 buah jet pejuang F-16 buatan Amerika yang termoden, disamping menggunakan peluru berpandu dan peluru kimia. Tetapi malangnya jet-jet dan semua senjata ini digunakan untuk menghadapi wanita dan kanak-kanak yang tidak bersenjata dan lemah, berterusan tanpa henti selama 3 minggu.

Menurut Dr Sami, apa yang tentera Zionis lakukan dalam serangan ini ialah menghancurkan rumah, hospital dan kemudahan awam. Mereka mengumpulkan keluarga-keluarga yang banyak dalam sebuah rumah dan di situ mereka dibunuh dan dihancurkan dengan bom. Sekolah-sekolah diruntuhkan, dan semua universiti dimusnahkan dengan letupan bom. Antara senjata yang digunakan ini adalah senjata yang diharamkan di peringkat antarabangsa, sampai ke peringkat yang boleh mengugurkan daging daripada tulang-tulang manusia.

Kata Dr Sami lagi, “Serangan ini juga bertujuan untuk menjadikan Gaza dan Hamas menyerah, tetapi Hamas terus melakukan tentangan yang diketuai oleh Briged al-Qassam. Roket-roket dapat dilancarkan oleh Briged al-Qassam walaupun mereka menghadapi serangan bertubi-tubi daripada jet pejuang Israel. Roket-roket al-Qassam tidak hanya mengenai kawasan sekitar Gaza, tetapi juga di beberapa tempat strategik di beberapa bandar Israel. Usaha menjatuhkan Gaza gagal, dan pejuang-pejuang Palestin dan Hamas berjaya, bahkan mereka dapat menghadapi semua itu dengan kejayaan.”

Spesifikasi teknikal roket yang digunakan Briged al-Qassam hanya boleh mencecah sekitar 40km sahaja. Tetapi dalam peperangan menentang Zionis ini, roket tersebut boleh sampai ke kawasan hampir dengan Tel Aviv, iaitu lebih dari 60km. Hanya Allah yang Maha Tahu bagaimana roket-roket itu boleh sampai ke sana, malahan mengenai sasaran strategik seperti kem pertahanan Israel.

Ada dua objektif utama serangan Israel terhadap Gaza, iaitu untuk menghancurkan roket-roket Briged al-Qassam dan seterusnya menghancurkan pejuang Palestin termasuk kerajaan Hamas. Tetapi kedua-duanya gagal dilakukan Israel. Malahan kanak-kanak dan wanita-wanita Gaza juga bersama menghadapi penentangan tersebut, bukan hanya sekadar memberi sokongan. Rakyat Gaza kini berebut untuk berjuang menentang Israel. Begitu juga dengan pemimpin-pemimpin kerajaan di Gaza, sebagaimana dinyatakan oleh Ahmad Husein bahawa Perdana Menteri, Ustaz Ismail Haneyya, juga turut ke perbatasan memikul senjata.

Banyak terdapat mukjizat yang menunjukkan pertolongan Allah. Kata Dr Sami, “Apa yang berlaku ke atas Gaza tidak dapat dinilai berdasarkan nilaian material. Tapi saya yakin, sesungguhnya Allah bersama dengan kami. Kerana itulah kejayaan dapat ditempuhi oleh Gaza dan (pejuang Palestin) Hamas.”

Tentera Israel telah membuat pengakuan bahawa mereka dapat menyaksikan tentera yang berpakaian putih, tetapi sebenarnya tentera mujahidin di Gaza tidak mempunyai pakaian begitu. Ada juga yang menyaksikan seorang tentera berpakaian putih yang tingginya sampai ke langit.

“Ada juga tentera Israel yang tidak dapat melihat kerana dia merasakan salah seorang dari tentera mujahidin telah mencampakkan kepada mereka sesuatu yang menyebabkan mereka tidak dapat melihat. Allah swt berfirman, ’sekiranya kamu menolong Allah, Allah akan tolong kamu dan menetapkan langkah-langkah kamu.’ Oleh itu kami sangat yakin pertolongan Allah turun di Gaza, kerana itu kami mencapai kemenangan,” hujah Dr Sami lagi.

Ahmad Husein sempat juga menceritakan bagaimana seorang pemuda Palestin yang berwasiat supaya dikebumikan bersebelahan kuburan ayahnya yang telah syahid 6 tahun lalu. Apabila pemuda tersebut syahid, digali kuburan bersebelahan ayahnya sebagai memenuhi hajat beliau. Sangat mengejutkan apabila mereka dapati kain kafan ayahnya yang syahid 6 tahun lalu masih elok dan mayatnya berbau wangi seperti kasturi.

Dr Sami menyambung syarahannya, “Pada musim panas yang lalu Gaza telah mengeluarkan 5,000 hafiz al-Quran. Dan kami akan menyediakan untuk musim panas yang akan datang 10,000 hafiz al-Quran. Oleh kerana itu kami sangat yakin bahawa mereka (usaha serangan Israel) akan gagal.” Begitulah hakikat kekuatan yang ada pada Palestin. Malahan apa yang terjadi di Gaza tentu membingungkan rejim Zionis dan sekutunya. Bagaimana negara yang begitu kecil dan sekian lama disekat daripada dunia luar mampu bertahan menghalau tentera penceroboh dari menakluki bumi mereka?

“Mungkin anda saksikan di media bahawa Gaza itu sebuah negara yang besar. Tapi sebenarnya ia adalah sebuah negara yang kecil, lebih kurang 360km persegi. Walaupun negara ini kecil, kami dapat menghadapi serangan yang begitu hebat daripada Yahudi. Dan kejayaan yang diperolehi begitu besar, lebih besar daripada apa yang berlaku pada 1967,” ujar Dr Sami lagi.

Walaupun merasa amat bersyukur atas kekuatan dan kemenangan yang dicapai, Dr Sami merasakan bahawa Palestin sangat memerlukan bantuan untuk membina semula negaranya yang musnah. Sokongan dari seluruh dunia terhadap perjuangan Palestin kini menyerlah. Konspirasi Zionis tidak lagi dapat mengelaburi mata manusia yang melihat dan berfikir.

“Benar, Gaza telah berjaya tetapi kita yakin peperangan ini belum berakhir. Di sana terdapat 10,000 rakyat yang masih belum memiliki rumah dan sempadan masih lagi ditutup, mereka masih lagi dikepung. Oleh kerana itu kami menyeru anda semua untuk terus memberikan sokongan dan bantuan dalam segala bentuk, kami masih lagi menderita dengan pelbagai penderitaan,” kata Dr Sami.

Bagi pihak kerajaan Palestin di Gaza, mereka juga melakukan beberapa pertemuan dan perbincangan dengan pegawai Mesir yang bertujuan supaya pintu dibuka dan bantuan dapat masuk ke sana.

Rejim Zionis meletakkan kamera dan kawalan di sempadan untuk memastikan bahawa senjata tidak masuk ke Gaza. Begitu juga mereka meletakkan penguasaan di laut untuk memastikan senjata tidak masuk ke Gaza. “Tetapi kami ingin jelaskan bahawa kami akan memperoleh senjata tersebut daripada bawah bumi ataupun dari atas bumi. Penentangan ini akan berterusan dan kami bersedia untuk menghadapi apa jua cabaran di masa hadapan,” tegas Dr Sami.

Yang jelas, kekejaman Zionis Israel tidak hanya berlaku di Gaza. Ketika mata dunia terpacak ke Gaza, Zionis terus melaksanakan perancangan mereka di Tebing Barat, khususnya di sekitar Masjid al-Aqsa. Malahan mereka terus menggali terowong-terowong di bawah Masjid al-Aqsa sebagai usaha untuk cuba meruntuhkan masjid mulia tersebut. Itulah yang mereka rancangkan sejak puluhan tahun yang lalu, iaitu untuk membina “Haikal Sulaiman” di atas runtuhan Masjid al-Aqsa dan seterusnya menjadikan Baitumaqdis sebagai pusat pemerintahan Zionis antarabangsa. Dr Sami menegaskan, “penjajahan masih berterusan dan kami yakin bahawa permusuhan ini akan berterusan. Oleh kerana itu kami akan sentiasa bersedia untuk menghadapinya. Saya ingin menegaskan di sini bahawa penentangan Hamas terhadap rejim Israel bukan hanya di Gaza tetapi juga sudah pastinya di al-Quds dan masjid al-Aqsa. Penentangan ini akan berterusan, Gaza adalah merupakan satu permulaan bukan pengakhiran. Kami akan meneruskan perjuangan ini.”

“Peperangan ini merupakan peperangan yang bersifat antarabangsa yang sebenar kerana ia melibatkan pihak-pihak di semua peringkat antarabangsa dan serantau. Kita yakin konspirasi yang mereka lakukan ini akan gagal. Sebenarnya dunia keseluruhannya bersatu bersungguh-sungguh untuk menentang Islam, maka anda hendaklah bersama dengan kami membantu memenangkan Islam,” jelasnya lagi.

Dalam mengakhiri kuliahnya, Dr Sami terus memberi pesanan yang sangat penting kepada seluruh umat Islam. “Peperangan di Gaza bukan hanya untuk membela dan menjaga Palestin tetapi sebenarnya untuk menjaga kemuliaan Islam dan umat Islam. Oleh kerana itu jika sekiranya anda bersama dengan kami membantu Gaza dan pejuang Palestin, maka itu beerti anda membela umat Islam keseluruhannya,” sambung Dr Sami.

Inilah janji Dr Sami sebagai mewakili pejuang Islam di Palestin, “Apa yang mereka (Zionis) kehendaki adalah supaya kita (pejuang Palestin dan Hamas) menyerah diri dan mengiktiraf Israel. Tetapi saya tegaskan bahawa Hamas sama sekali tidak akan tunduk dan menyerah diri kepada Israel. Hamas berjanji kepada Allah untuk meneruskan perjuangan ini sehingga ke penghujung jalan kerana apa yang kami lakukan adalah samada kemenangan atau mati syahid di jalan Allah. Itulah juga janji kami kepada anda sekelian.” Begitu tersentuh hati saya dengan kata-kata tersebut, sehingga menitis air mata. Memang, sudah berkali-kali air mata saya menitis melihatkan sengsara mereka, tetapi kali ini saya begitu sebak kerana memikirkan betapa mereka berjuang memikul bebanan seluruh umat Islam menentang agenda kufar. Mereka menyerahkan segala apa yang ada, termasuklah jasad dan roh mereka, untuk menentang Zionis laknatullah. Sedangkan kita masih dibuai kemewahan, dan terus mengejar kemewahan, tanpa sedikitpun merasa pedih sebagaimana mereka berhadapan dengan peluru dan bom Israel. Mereka sekian lama ditindas, tetapi kita tidak lansung peduli dan terus sibuk dengan kehidupan seharian kita.

“Matlamat kami adalah untuk mencapai kemenangan atau syahid di jalan Allah swt. Sebagaimana kami tegaskan sebelum ini. Kami akan terus dengan perjuangan ini. Maka kami berharap anda sekelian juga terus dalam perjuangan ini. InsyaAllah kemenangan akan bersama dengan Islam.” Itulah ayat terakhir Dr Sami dalam syarahannya.

Sebagai memenuhi permintaan kepada satu nasihat, Ahmad Husein menjawab, “Anda mempunyai peranan yang besar. Pertamanya gunakanlah suara anda, nyatakan sikap dan fakta yang betul berkenaan perjuangan di Palestin. Juga, hulurkanlah doa terutamanya di waktu malam. Doa adalah senjata untuk orang Mukmin. Kemudiannya, sumbangkanlah sedikit dari harta anda. Gaza memerlukan wang yang banyak untuk dibangunkan semula.”

Ya! Kita ada peranan yang besar, walaupun tanpa perlu mengangkat kaki melangkah ke bumi Palestin. Lakukanlah saranan itu semaksima yang boleh, agar kita tergolong dari kalangan mereka yang berjuang mempertahankan bumi Palestin, bumi wakaf umat Islam yang ditinggalkan oleh pejuang terdahulu untuk kita bebaskan dari kekejaman. Yakinlah, yakinlah, bahawa kita semua akan disoal di akhirat kelak. Rugilah kita jika hanya mendengar dan melihat tanpa disusuli dengan tindakan yang bersungguh-sungguh!

Renungkanlah ayat berikut sebagai amaran dan motivasi kepada kita:

Dan infaqkanlah sebahagian dari apa yang telah Kami berikan kepadamu sebelum kematian datang kepada salah seorang daripada kamu; lalu dia berkata (menyesali), ‘Ya Tuhanku, sekiranya Engkau berkenan menunda (kematian)ku sedikit waktu lagi, maka aku dapat bersedeqah dan aku termasuk orang-orang yang soleh.’ [Surah Al-Munaafiqun ayat ke-10]

Thursday, March 5, 2009

Alhamdulillah..

Setinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadrat ilahi atas segala nikmat yang telah dilimpahkan kepada hambaNya ini..

Alhamdulillah, maghrib tadi, saya dah selamat sampai rumah..rasanya perjalanan kali ini sangat dipermudahkan olehNya. Alhamdulillah sebab bas pon tak wat hal..datang on-time and sampai pon on-time..

Alhamdulillah juga kerana, I.allah, next sem, i'm going to have my practical at Hospital Sultan Abdul Hamid (HSAH), Sungai Petani..

Alhamdulillah juga kerana sepanjang 2 bulan ini, segala test2 dan esaimen2 yang ditempuhi berjaya juga diharungi dengan persediaan yang telah dibuat..namun, persediaan itu masih lagi tidak mencukupi buat diri ini..Namun, rasa bersyukur sangat sebab Allah mempermudahkan daku untuk mengharunginya walaupun kadang2 tekanan tu tetap ada...

Sesungguhnya, kesyukuran itu hanyalah layak untuk Dia yang selalu dan sentiasa membantu hamba2Nya yang memerlukanNya sepanjang masa...
THANK YOU ALLAH..