Tuesday, April 21, 2009

Pertemuan itu....

Kerapkali kita terlupa atau terkadang kita kurang percaya bahawa sesungguhnya perancangan Allah itu adalah perancangan yang terbaik buat kita, hambaNYA.. Namun, peristiwa itu (“,) telah menyedarkan kita bahawa besarnya Kuasa Allah dalam menyusun segala sesuatu. Sesuatu yang kita rancangkan mustahil untuk dicapai tanpa keizinanNya..

Alhmdulillah, Jumaat (170409) yang lalu, saya merancang untuk ke Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur di PWTC bersama Aisyah. Kami berjanji untuk berjumpa di Stesen Komuter Putra. Dari kolej, saya bersama dengan rakan saya, kuchiki_rukiya. Dengan izin Allah, Aisyah yang keseorangan itu yang tiba dahulu di stesen. Terpaksa lah dia menanti saya di sana.

Berpusing-pusing kami di dalam PWTC berbekal semangat yang membara (“,) untuk mencari booth2 yang tersenarai dalam kepala masing-masing. Antara booth2 yang dicari ialah :

1. Booth Galeri Ilmu Sdn Bhd (GISB)

2. Booth Telaga Biru Sdn Bhd (jumpa kak Fatimah adi kat sini. Dia kerja kt sini)

3. Booth Jemari Seni

4. Booth AnaMuslim

Alhamdulillah, hajat untuk mengunjungi booth2 tersebut tercapai. Dalam kepeningan mencari booth2 tersebut, sempat juga singgah di booth Hijjaz Records, Inteam Records, PTS, Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM), Al-HIdayah dan tidak dilupakan booth Elsevier dan juga booth2 yang jual buku-buku medical (international punya). Seronok tengok buku2 yang berkaitan dengan medical ni, tapi apakan daya, takdak budget untuk buku2 itu.

Yang paling tidak dapat dilupakan, sedang kami duduk2 di booth AnaMuslim [kerana saya sibuk mengisi boring langganan AnaMuslim untuk Nuha-dapat jugak tshirt free untuk cik adik tuh], tiba-tiba ada orang datang menegur kami. Hampir2 terjerit saya dan Aisyah melihat orang yang menegur kami. Manakan tidak, dah lama merancang untuk berjumpa, alih-alih, kat pesta buku kita berjumpa. J Afwa datang bersama dengan ‘coursemate’ dia. 6 orang. Bila dah jumpa kami, Afwa pon join kami berpusing-pusing dalam PWTC untuk membeli buku.


Jam 4 petang, kami bergerak pulang menaiki komuter ke stesen Mid Valley. Dari Mid Valley, kami menaiki bas untuk pulang ke kolej saya, Kolej Alamanda. Afwa dan Aisyah pon turut serta memandangkan dah lama mereka berhasrat nak sampai ke Alamanda.

Alhamdulillah, dalam kekalutan masing-masing untuk menghadapi final exam, Allah masih memberi kita kesempatan untuk berjumpa. Bukan sekadar berjumpa, tetapi duduk, tidur dan makan bersama-sama. Banyak cerita yang telah di’update’ dan juga sesi luahan rasa. (“,)

Apa-apa pun, kenangan ini sangat indah dan akan kusematkan di dalam hati. Terlerai sudah rindu yang berbungkam di hati sekian lama. Semoga Allah melimpahkan rahmat, kasih sayang dan redhaNYA ke atas ukhwah kita ini..

Saturday, April 18, 2009

Akhirnya..

Akhirnya, semalam..17hb April 2009, saya telah berjaya menjejakkan kaki ke PWTC bagi mengunjungi KLIBF '09 yang dinanti-nanti kan..

Seawal jam 11 pagi, saya dan kawan saya, Rukiah memulakan perjalanan kami dari Kolej Alamanda menuju ke Mid Valley. Dari Mid Valley, kami menaiki komuter menuju ke Stesen Komuter Putra. Di sana, Aisyah dah sedia menanti kami. Kami sama2 berjalan ke PWTC dengan perasaan yang seronok dan teruja. Sebaik tiba di dalam PWTC, fikiran dah mula pening memikirkan mahu ke booth mana dahulu.

Booth pertama yang kami kunjungi ialah booth Karangkraf. Kemudian ke booth Telaga Biru (yang ni booth yang kami ternampak dahulu). Di booth Telaga Biru, Allah izin kami berjumpa dengan Kak Fatimah Adi yang bekerja di booth tersebut. Dia memberitahu kami supaya berkunjung ke booth GISB (booth inilah yg kami cari2 sebenarnya). Pusing punya pusing, tak jumpa-jumpa jugak booth GISB. Akhirnya kami keluar dari dewan tersebut dan mencari peta lokasi untuk mengetahui kedudukan booth GISB.
Akhirnya, turun naik escalator dalam PWTC tu, jumpa jugak kami dengan booth Galeri Ilmu Sdn Bhd. Kami bertiga masing2 teruja untuk membeli buku Hilal dan Ustaz Hasrizal. Perasaan kecewa sedikit bertandang apabila diberitahu bahawa Novel VT masih belum tiba. :(

Selepas ke booth GISB, kami mengunjungi booth AnaMuslim, Jemari Seni, Hijjaz Record Sdn Bhd, Inteam Record Sdn Bhd (di booth ini, kami sempat bertemu dgn Ustaz Zamri mantop!). Menjelang pukul 4 petang, masing sudah capek. Kaki pon dah mula sakit. Kami akhirnya mengambil keputusan utk pulang ke kolej kediaman saya.


[Sebenarnya, dalam kesibukan kami melihat buku-buku di booth AnaMuslim, kami telah bertemu dengan Afwa Nisaee yang dirindui]

Aisyah dan Afwa mengambil keputusan untuk pulang ke kolej kediaman saya. Seronok betul dapat kumpul sama-sama.. Terimbau kembali kenangan di Matri dahulu..

Akhirul Kalam..Alhamdulillah kerana Allah telah memberi kesempatan kepada diri ini untuk menjejakkan kaki di KLIBF '09 ini. Bersyukur juga kerana diberi kesempatan berkumpul bersama2 dengan sahibah2 tersayang.

*buat sahibah di Mesir, i.allah kalau ana berkunjung lagi ke KLIBF tu, ana belikan buku2 yang antunna pesan.. Don't worry..! (",)

Wednesday, April 15, 2009

Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2009

Salam 'alaik buat semua..
Dalam kekalutan dan kegentaran untuk menghadapi exam, hati ini seakan tenang seketika saat membaca iklan2 dan promosi2 tentang Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2009 (KLIBF'09).
Hati melonjak riang dan begitu ternanti-nanti untuk pergi ke KLIBF'09..sekian lama menyimpan impian untuk menjejakkan kaki ke KLIBF yang lepas2, semoga kali ini, diizinkan Allah untukku mengunjunginya..

KLIBF '09 bermula dari 17hb April sehingga 26hb April.
Hajat di hati nak menjenguk PWTC pada 17 or 18 hb..tapi terpaksa bergantung kepada keadaan dan keizinanNya.
Cik Nuha kt rumah tu dah siap buat pesanan..'Kak Nailah, nanti jgn lupa beli novel "anamuslim" kat Nuha..beli skali dengan tshirt "anamuslim",tau!!' Begitulah pesanan cik adikku ini ketika daku pulang ke rumah minggu lepas..

Dikesempatan ini, nak jugak promosi buku Langit Ilahi dan Ustaz Hasrizal yang akan dijual di booth Galeri Ilmu Sdn Bhd (GISB)..

[novel VT]


[buku motivasi Langit Ilahi]

*for further information, u can go to http://ms.langitilahi.com/

Selamat berkunjung ke KLIBF'09..sambil2 menikmati keindahan alam..jangan terlalu sibuk study sampai tak sempat nak melihat dunia..sesekali, hayatilah keindahan alam yang dapat menenangkan jiwa.. (^_~)

Monday, April 6, 2009

Musim Exam kembali lagi...


Memasuki bulan April ini, bererti, musim exam telah bermula...bulan yang dinanti dengan penuh debaran dan perlu dihadapi dengan penuh persediaan baik fizikal dan juga mental..

Bagi student2 UiTM, exam akan bermula pada 20hb April..minggu depan dah start 'study week'.. namun, bagi student2 Degree in Medical Imaging part 4, 3hb May baru start our first paper.. almost a month to go...tapi persediaan itu haruslah bermula dari sekarang..

My papers for this semester are..
3rd May --> Medical Imaging IV
8th May --> Radiographic Instrumentation and Image Recording III
10th May --> Radiographic Pathology

Semoga Allah mempermudahkan diriku untuk menghadapi exam2 ini..dan tidak dilupakan buat semua sahabat2...semoga Allah mempermudahkan kita..
USAHA+DOA=TAWAKAL


Semoga usaha2 kita diberkati Allah...ganbate..!! Chaiyuk2..!!