Sunday, June 6, 2010

KAHFI Zon Utara 2010


Cuti sekolah sudah bermula!
Pastikan anda / ahli-keluarga anda menyertainya!
PENGENALAN

Kem Asah Fakulti Insan (KAHFI) merupakan aktiviti tahunan Kelab Remaja HALUAN (KeARAH) yang disertai oleh ahli-ahli KeARAH.

Selari dengan tema yang digariskan - "KeARAH Menongkah Cabaran", perkembangan semasa yang semakin mencabar, membuatkan kecemerlangan seseorang pelajar tidak hanya bergantung kepada pencapaian akademik semata-mata bahkan para pelajar juga perlu memiliki ciri-ciri kepimpinan yang mantap, berketrampilan, pekerti yang mulia, jernih fikrah dan berkebolehan menyesuaikan diri untuk menyahut cabaran era globalisasi.

Ciri-ciri ini penting untuk dimiliki oleh setiap ahli KeARAH bagi merealisasikan motto KeARAH itu sendiri iaitu Kehadapan | Aktif | Responsif. Semoga cita-cita dan hasrat murni ini akan difahami dan dihayati sepanjang perkhemahan ini.

OBJEKTIF

1. Melahirkan ahli KeARAH yang memiliki ikatan ukhuwah yang kuat dengan memahami maksud sebenar ukhuwah Islamiyah itu sendiri.

2. Bagi melatih ketahanan diri serta kecergasan fizikal ahli KeARAH agar mampu berdikari dalam semua keadaan.

3. Bagi memupuk semangat kerjasama serta meningkatkan jatidiri dan keyakinan diri ahli-ahli KeARAH.

4. Memperkenalkan gerak kerja beroganisasi kepada ahli-ahli KeARAH.


TEMA
KeARAH Menongkah Cabaran

ANJURAN
Kelab Remaja HALUAN (KeARAH)

PENYERTAAN
Terbuka kepada ahli-ahli Kelab Remaja HALUAN (KeARAH) (13-17 tahun) putra dan putri sahaja termasuklah;
i. Anak-Anak Anggota HALUAN
ii. Pelajar-Pelajar Sekolah Angkat HALUAN
iii. Alumni / Lepasan Program KeARAH

KAHFI Utara
(Isnin-Rabu)
14, 15 & 16 Jun 2010

@ Pusat Latihan Kokurikulum Pulau Pinang,
Bukit Mertajam, Pulau Pinang

RM 55.00 sahaja

Sila hubungi;

Pulau Pinang En. Kamal 013 482 0141

Perak En. Zulkifli 019 574 6099

Kedah En. Zamri 013 451 4345

Perlis En. Ghazali 012 426 2343

No comments:

Post a Comment