Wednesday, February 16, 2011

PEWARIS 2011

Salam 'alaik buat semua..sudah lama sy tidak mencoret sesuatu di sini lantaran kesibukan yang melanda diri..entry ini sekadar mahu mencoret kenangan indah tatkala bersama2 bekerja dalam team PEWARIS 2011..walaupun sudah lama berlalu, tidak salah rasanya untuk saya bercerita tentang kem ini..

Kem PEWARIS 2011 telah berlangsung di Kolej Kediaman 12, Universiti Malaya dan juga Masjid Asy-Syakirin, KLCC pada 3-5 Februari yang lalu..saya telah diberi amanah sebagai urus setia bahagian dokumentasi dan multimedia..
2hb Februari, jam 10 malam, saya memulakan perjalanan bersama2 rombongan adik2 dari Perlis disertai pengiring2 yang lain..(saya, nazihah, nabil, syafiq dan salim) juga bersama2 cg ghazali dan cg zamri..Alhamdulillah, kami selamat tiba di UM jam 6.30 pagi keesokannya..

Memulakan hari di sana dengan melaksanakan tugas saya sebaik mungkin..tugas menangkap gambar, record2 ceramah juga video aktiviti adik2..tak semudah yg disangka tugas2 ini kerana kami perlu ada di setiap slot yang dijalankan..dah macam fc pulak rasanya..=) Alhamdulillah, bergilir2 juga dgn rakan se'AJK', Aisyah Ruqayyah..tapi, dalam kepenatan dengan tugas ini, Alhamdulillah, ada satu kelebihan besar yang Allah bagi, iaitu, sy boleh bersama2 dalam setiap slot yg diadakan..bermakna, saya tidak ketinggalan dalam setiap ceramah, perkongsian dan aktiviti yg diadakan..Alhamdulillah..at least, sy mendapat 'sesuatu' dari program ini..byk input2 juga pengajaran dan pengalaman yg dapat saya kutip sepanjang program 3 hari 2 malam ini..

Kenangan yang tak dapat dilupakan termasuklah berjalan dari KK12 ke stesen LRT Universiti..menaiki LRT ke KLCC dan seterusnya menjalankan aktiviti2 kami di sana..indah sungguh saat2 ini kerana dapat bersama2 dgn shbt2 yang sehati sejiwa dengan kita..Alhamdulillah..
Pewaris kali ini, walaupon tidak seperti Pewaris dulu2, tetap meninggalkan makna buat diri ini..Semoga Allah merahmati kalian semua, adik2 peserta Pewaris dari setiap pelosok negeri..juga buat kalian Pengarah, Timbalan Pengarah, Urusetia2 juga fasilitator2 yang telah mencurahkan tenaga kalian bagi menjayakan program ini..u guys had done a very good job..moga Allah merahmati dan meredhai kalian..

~kalian sentiasa di hati~

Sejuta kemaafan dipohon kerana daku tidak dapat bersama2 kalian merancang dan melaksanakan gerak kerja sebelum program..hanya sekadar membantu ketika program sahaja..Namun, semoga kerja-kerja yg sedikit itu dpt juga membantu kalian sedikit sebanyak..Moga Allah meredhai ukhwah ini dan kita dapat bergerak bersama2 lagi utk program2 yang akan datang...Taqabalallah minna wa minkum...

1 comment:

  1. Nailah....
    rindu masa bekerja bersama!
    thanks 4 everything...
    cameragirl yg busy...

    ReplyDelete