Tuesday, October 18, 2011

Ujian tanda Allah kasih..

Sebagai seorang manusia biasa, kehidupan kita tak sunyi dari ditimpa ujian dan dugaan. Apa yang membezakan diri kita dengan manusia yang lain ialah bagaimana kita menghadapi dan mengatasi ujian dan dugaan itu. Bersabarkah kita apabila didatangi ujian? Kepada Allah kah tempat kita mengadu apabila dugaan datang menjengah? Apakah kita menghadapi ujian dan dugaan itu dengan kesabaran, atau sebaliknya?

Tepuk dada, tanyalah diri kita sendiri. Hanya kita sahaja yang mengetahui jawapannya.

Allah menguji hambanya dengan musibah pada suatu waktu dan kemudian memberi pula nikmat kepada hambanya pada suatu waktu yang lain. Untuk apa? Pastilah untuk melihat siapakah di antara hambaNYA yang bersyukur dan yang kufur, siapa yang sabar dan siapa yang berputus harap. Perkara ini telah disebutkan oleh ALLAH di dalam surah Al-Anbiya’ – ayat 35 yang bermaksud:

“Dan Kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai dugaan; dan kepada Kami-lah kamu semua akan dikembalikan”.

Sebagai hamba Allah yang beriman, kita perlu meyakini bahawa setiap yang berlaku dalam kehidupan kita adalah ujian juga tarbiyah dari Allah. Setiap yang berlaku pasti punya hikmah yang terselit di sebaliknya.

Dalam surah Al-Baqarah – ayat 233, ALLAH telah menyebut bahawa “Seseorang tidak akan dibebani sesuatu lebih dari kesanggupannya”. Dari ayat tersebut, ternyata bahawa setiap ujian yang datang kepada seseorang hamba, adalah bersesuaian dengan apa yang mampu ditanggungnya. Ini kerana, setiap orang berbeza tahap tanggungannya dan cara penerimaan mereka terhadap sesuatu ujian serta dugaan.

Wahai diriku juga teman2 sekalian,

Bersabar dan teruslah bersabar andai ditimpa ujian mahupun dugaan kerana itu tandanya Allah sayang kepada kita. Allah mahu menguji sejauh mana kebergantungan kita kepadanya. Allah mahu mengukur sejauh mana tahap kesyukuran juga kesabaran kita. Allah mahu melihat tahap keimanan kita kepada Dia. Ujian adalah tarbiyah dari Allah buat kita..

“Patutkan manusia menyangka yang mereka dibiarkan dengan hanya berkata: “Kami beriman”, sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu dugaan)? Dan demi sesungguhnya, Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu sebelum mereka, maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang benar-benar beriman dan nyata pula apa yang diketahuiNya akan orang-orang yang berdusta”.

Al-Ankabut – ayat 2-3

Apabila ujian mahupun kesusahan menjengah kita, kunci yang utama adalah SABAR. Bukan mudah untuk bersabar, tetapi percayalah yang SABAR ITU INDAH. Nikmatnya apabila bersabar, hanya dapat dirasai oleh kita sendiri..

"When you fell like crying, with tears pouring down and giving up everything you have because of the weight on your shoulder, or the hardship you face, or the setbacks you face daily, remember that Allah loves you, the Ummah needs you. Allah counts your tear droplets. Keep going. Keep pushing. Keep striving".

Put in sweat, blood and tears.. So that on the Day of Judgement, you can cry to Allah with a proud smile, saying: "I gave life my very best for you".


|Doakan saya moga ALLAH kurniakan kesabaran yang tinggi buat diri ini|
|Semoga kita semua sentiasa menerima apa jua ujian, halangan juga cabaran yang datang dalam kehidupan kita dengan hati yang lapang|
|Moga Allah ukirkan perjalanan kehidupan yang terbaik buat kita semua|
|Moga Allah redha|

2 comments:

  1. Terima kasih neah, perkongsian yg sangat berguna buat diri saat ini.. Doakan km jga.
    Semoga sentiasa diberi kekuatan kwn..

    ReplyDelete
  2. You are welcome, kawan..
    Peringatan buat diri kami jugak..
    Mendoakan dirimu, kawan..doakan kami juga..

    ReplyDelete