Saya memulakan coretan ini dengan memanjatkan setinggi2 kesyukuran ke atas Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Selayaknya pujian dan kesyukuran dipanjatkan hanya kepada DIA Yang Maha Berkuasa atas segala sesuatu..
Coretan Kem Minda Kreatif 2011..
Hari ini, dikuatkan semangat didalam diri untuk memulakan penulisan ini hingga ke noktah terakhir. Diingatkan kepada diri sendiri, coretan ini bukan untuk siapa-siapa..hanya untuk diri sendiri buat tatapan di kemudian hari. Juga sebagai tanda, yang kenangan indah ini pernah menjengah diri. Di samping itu, coretan ini juga didedikasikan buat adik2ku yang berada jauh di perantauan, semoga kalian dapat mengetahui dan merasai apa yang kami lalui tempohari. Benar-benar terasa akan ketiadaan kalian..
Training of Trainers (ToT)
Untuk KMK kali ini, di saat-saat akhir, malam sebelum program, jumlah peserta yang mendaftar telah mencecah 160 orang. Perkara itu agak merunsingkan diri saya memandangkan segala persiapan barang2 teknikal tidak diperuntukkan untuk peserta seramai itu. Pada malam sebelum program, saya memujuk hati dengan memikirkan bahawa Allah akan menghantar adik-adik peserta sesuai dengan kemampuan kami, fc2 dan urusetia yang terhad ini. Pada saat itu, fikiran begitu positif memikirkan yang paling ramai peserta pon, hanyalah 120 orang walaupun hati seakan menidakkannya.
Hari yang dinanti-nanti..
Tepat jam 7 pagi, hampir kesemua urusetia dan fasilitator telah tiba di tempat program untuk ‘setting’ tempat dan melakukan persiapan terakhir sebelum menyambut kedatangan adik-adik peserta. Pendaftaran sepatutnya bermula jam 9 pagi hingga 11 pagi. Tetapi, kebanyakan peserta telah tiba seawal 8.30 pagi lagi. Alhamdulillah, proses pendaftaran berjalan lancar. Jam 9.30 pagi, bilangan peserta telah mencecah 120 orang dan jam 10 pagi, 150 orang peserta telah mendaftar. Di sebalik senyuman yang dilemparkan buat adik2 peserta yang hadir, terselit sedikit kerisauan dengan jumlah peserta yang hadir. Bukan tidak menerima, tetapi risau memikirkan tenaga kami (urusetia fc) yang sedikit jika dibandingkan dengan jumlah peserta yang hadir. Walau apa pun, perasaan terharu dengan semangat adik2 yang hadir melangkaui kerisauan di dalam diri ini. Semangat di hati turut melonjak naik apabila melihat wajah2 mereka yang hadir untuk mendaftar. Malah, terdapat juga ibu-bapa yang meminta untuk mendaftarkan anak mereka yang berumur 11 tahun untuk turut serta. Dengan hati yang berat, kami terpaksa menolak dan mencadangkan mereka untuk menghantar adik2 11 tahun ke Kem Anak Soleh (KASeH) yang bakal berlangsung 4 hari selepas KMK2011 selesai.
Program dimulakan dengan Majlis Perasmian jam 11 pagi. KMK Perlis 2011 telah dirasmikan oleh YDP HALUAN Kedah/Perlis, Ustaz Nawawi b Abd Rahman. Majlis turut diserikan dengan ucapan daripada En Khairul Anwar b Husin atau lebih mesra dengan panggilan Pak Usu. Semasa majlis perasmian tersebut, Ustaz Nawawi turut menyampaikan simbolik perlantikan Urusetia program dan Fasilitator program dengan menyampaikan tag2 nama kepada Pengarah program sebagai wakil urusetia dan Kem Komandan, Danial Afiq Adnan sebagai wakil kepada barisan fasilitator.
Taklimat program dimulakan sebaik sahaja majlis perasmian berakhir dan diteruskan dengan makan tengahari serta solah Zohor. Selepas Zohor, peserta mengikuti slot ice breaking dan team building yang dikendalikan oleh kem komandan dan timbalannya. Selepas asar, adik2 bermain games untuk sesi KMK Dynamic Games dan pada sebelah malamnya, berlangsung forum yang bertajuk “Islam sebagai panduan hidup yang lengkap kepada Remaja”. Forum telah dikendalikan oleh moderator, Cg Ghazali b Saad sementara 3 orang ahli panel yang dijemput ialah En Khairul Anwar b Husin, Ustaz Amali serta Dr Maznah daripada UUM.
Program hari pertama tamat jam 11.45 malam. Disebabkan jumlah peserta yang ramai, terdapat sebilangan peserta lelaki dan perempuan yang tidur di dalam khemah yang telah siap dipasang oleh urusetia. Pastinya, ini memberi satu pengalaman dan kenangan buat adik2 yang hadir. Tidak semua yang dapat merasai pengalaman tidur di dalam khemah..
No comments:
Post a Comment