Wednesday, August 1, 2012

Ramadhan Kareem..!!

Salam 'alaik..
Ramadhan Kareem buat anda yang singgah ke laman yang penuh sawang ini..


Alhamdulillah wa syukurillah..kerana Allah masih memanjangkan umur kita semua untuk tiba di bulan yang penuh dengan keberkatan ini, Ramadhan Mubarak~
Bulan Ramadhan juga dikenali sebagai bulan pembersihan ruh, di mana kita digalakkan untuk memperbanyakkan istighfar dan bertaubat atas segala dosa/kesalahan yang pernah kita lakukan.

Semoga dengan keberadaan kita di bulan yang penuh barakah ini, kita dapat memperbaiki dan meningkatkan diri kita dalam rangka untuk menjadi hambaNYA yang TERBAIK..

Jadikan Ramadhan ini satu medan latihan untuk kita berusaha bersungguh2 memohon keampunan, memohon maghfirah dan juga keredhaan dariNya..

Pertingkatkan amal ibadah kita di bulan Ramadhan. Disamping itu, jaga lah adab dan tatatertib di bulan Ramadhan. Ibadah yang dilakukan janganlah sekadar mengikut tradisi mahupun adat.

Amalan Sunnah di Bulan Ramadhan:

  1. Melambatkan bersahur dan menyegerakan berbuka
  2. Berbuka dengan tamar / air
  3. Memberi makan kepada orang yang berpuasa
  4. Memperbanyakkan berdoa 
  5. Solah sunat malam
  6. Bermurah hati dalam bersedekah
  7. Memperbanyakkan ibadah di 10 akhir Ramadhan
  8. Berusaha mencari lailatul-qadr

11 days gone..29 days to go..
Let's increase our speed towards Mardhatillah..
Moga setiap detik, saat, minit, jam, dan hari yang berlalu, tidak berlalu dengan sia2..
Moga setiap amalan yang dilakukan, diterima oleh Allah sebagai amal2 yang SOLEH..

No comments:

Post a Comment