Friday, December 12, 2008

Catatan Perjalanan..

Alhamdulillah, Hari Raya Aidiladha tempohari disambut dengan penuh kesyukuran.Saya dapat menunaikan solah sunat Hari Raya Aidiladha di Surau Matri dan dapat mendengar khutbah raya yang disampaikan oleh Al-Fadhil Ustaz Omar..sudah lama rasanya tidak mendengar penyampaian Ustaz Omar...terubat rindu di hati. Di samping itu, dapat juga berjumpa dengan sahibah2 Perlis yang sudah lama tidak berkumpul bersama lantaran masing-masing terpisah setelah melanjutkan pelajaran ke IPT2 yang berbeza.

sebahagian sahibah2 yang ada..

Selepas selesai segala urusan, kami sekeluarga bertolak ke Lumut, Perak untuk menghadiri akad nikah sepupu saya, Abg Hisyam pada sebelah malamnya. Selain itu, dapat juga berkumpul dengan saudara mara lain yang hadir.

Tahniah to abg hisyam..!!

Kami sekeluarga sempat meluangkan masa bercuti bersama. Kami sempat ke Zoo Taiping, Teluk Senangin dan juga mandi sungai. Sudah lama rasanya tidak berjalan2 bersama keluarga. Masa yang dihabiskan bersama menjadi satu kenangan manis yang amat bernilai harganya.

~muaz n yaasir~

~bersama kakak n adik~

~abdullah yaasir~

Sesungguhnya, keluarga itu adalah anugerah Allah kepada kita. Di dalamnya sarat dengan kasih sayang, nasihat menasihati dan saling bertoleransi. Keluarga adalah permata yang tidak ternilai. Ketika dalam kesusahan, keluargalah insan @ individu terbaik yang dapat memberi bantuan kepada kita. Bak kata pepatah, 'air dicincang tidak akan putus'. Semoga ikatan kekeluargaan ini sentiasa dirahmati dan diredhai Allah dan semoga kasih sayang, mawaddah di dalamnya terus kekal seiring kasih sayang Allah.



No comments:

Post a Comment