Thursday, December 25, 2008

Hari Keluarga Matri 2008

Hari Keluarga Matri 2008
25 Disember 2008
Pusat Rekreasi dan Motivasi Wang Mu

Hari Keluarga Matri 2008 telah diadakan di Pusat Rekreasi dan Motivasi Wang Mu pada 25 disember 2008. Program telah bermula seawal jam 8 pagi dgn kehadiran keluarga staf dan kakitangan Matri. Aktiviti sebelah pagi dimulakan dengan senaman ringan dan aktiviti 'trekking' ringan yang disertai oleh semua termasuklah ibu2, bapa2 dan anak2..

~warm up~

~'trekking' pagi~

Selepas selesai aktiviti trekking, golongan ibu2 telah bersedia untuk acara pertandingan memasak. Pertandingan memasak dibahagikan kepada 2 kategori, individu dan berkumpulan. Bagi kategori individu, mereka perlu menyediakan 'cekodok' dan bagi kategori berkumpulan, mereka perlu menyediakan kerabu 'somtam'.

Dalam masa yang sama, golongan bapa2 bergotong royong utk menyediakan juadah makan tengahari. Bagi golongan anak2, mereka dibahagikan kepada 3 kategori. Kategori remaja, kanak2 (sekolah rendah) dan kanak2 kecil (6 tahun ke bwh). Pelajar2 ipt dan adik2 Tingkatan 4 dan 5 bertindak untuk melaksanakan aktiviti2 untuk adik2.


Aktiviti yang dijalankan ialah 'tangki bocor', acara menghidupkan api, mengisi air ke dalam botol menggunakan straw dan 'river crossing'. Aktiviti 'river crossing' adalah antara aktiviti yang mencabar di mana adik2 dibawa turun ke dalam sungai dengan mata yang ditutup dan mereka perlu melalui halangan2 yang telah disediakan di dalam sungai. Bagi remaja lelaki, aktiviti 'amazing race' telah diadakan kpd mereka dimana mereka perlu melalui beberapa checkpoint dan perlu menyiapkan beberapa tugasan.

~tangki bocor~

~isi air dalam botol~

~passing getah melalui straw~

~aktiviti menghidupkan api~

~river crossing~

Selepas makan tengahari dan selesai solah zohor, sessi takzkirah diadakan. Selepas selesai tazkirah, tibalah upacara yang dinanti2kan oleh semua adik2 iaitu upacara penyampaian hadiah kepada kumpulan2 yang menang. Gotong royong dan melipat khemah dijalankan sebelum masing2 pulang ke rumah.

~makan tengahari~

Sesungguhnya, aktiviti seperti ini perlu dijalankan selalu kerana dengan penganjuran program2 sebegini, ianya dapat mengeratkan lagi ikatan ukhuwwah diantara semua ahli keluarga staff dan kakitangan Matri.





No comments:

Post a Comment