Sunday, December 7, 2008

munajat hamba..

Dalam hidup ini, realiti seorang hamba, tidak pernah lari dari diuji dengan ujian2 yang kadangkala menggugat pendirian kita, melemahkan diri kita dan kadangkala terasa seperti tiada daya lagi untuk menghadapi segala ujian yg menimpa..

Tetapi, ketahuilah wahai diri, sesungguhnya, ujian Allah itu adalah kepada hambanya yang mampu menghadapinya..Sesungguhnya, keimanan dan keikhlasan kita hanya akan terbukti apabila kita diuji..
Ajaibnya orang mukmin itu, apabila dia diuji, dia bersabar..Apabila diberi nikmat, dia bersyukur..

Teringat kata2 yang lahir dari murabbi ku..
"Jadilah orang yang tenang dalam keimanan dan bukannya hanya beriman semasa tenang.."

~~Just now,semasa sedang membelek2 folder dalam laptop ni, terjumpa nasihat yang diberi oleh seorang sahibah kepadaku ketika diri ini sedang dalam dilemma..

Just remember neah...
Kita mungkin terima pelbagai cabaran dan halangan dlm hidup ni,samada dari depan,belakang,kiri mahupun kanan..

tapi kita masih mampu peroleh
kekuatan melalui atas dan bawah..iaitu
doa dan sujud..

panjatkanlah setinggi2 pengharapan melalui doa pd Allah..

dan mengadulah segalanya
melalui sujud padaNya..


"Ya Allah Ya Rahman...

Engkau berilah kami tempat yg terbaik utk masa
depan kami,sepertimana yg t
elah Engkau tentukan.

.sesungguhnya Engkau
maha mengetahui segala s
esuatu..

maha menentukan apa yg terbaik utk
hamba2Mu..

dan hanya Engkau jualah yg maha berkuasa atas
segalanya.

.sesungguhnya kami redha dgn segala yg telah Engkau tetapkan
buat kami..

berilah kekuatan pd kami dlm menempuh kehidupan ini yg
tidak kami ketahui hala tujunya..

tetapkanlah hati2 kami dlm agamaMu
dan dlm ketaatan pdMu..

tuntunilah kami menggapai redhaMu..

Ya Allah Ya Rahim..

dengarlah rintihan hamba2MU ini

yg sentiasa mengharapkan
pertolongan darim
u..

hanya padaMu kami serahkan segalanya.."



*terima kasih yang tidak terhingga sahabatku..kerana sentiasa berada disisiku dikala susah dan senang..kerana menjadi sahibah yg terbaik buatku..semoga ukhuwwah ini sentiasa dalam iringan redha dan kasih sayang dariNya..




No comments:

Post a Comment