Sunday, December 14, 2008

--> Keikhlasan..

Melakukan kerja2 Islam bukanlah suatu kerja yang main2. Ianya bukanlah kerja yang hanya sekadar warisan. Sebaliknya, ia dilakukan untuk menggapai redha Allah yang mana Mardhatillah merupakan matlamat utama dalam hidup kita.

Dalam melakukan kerja2 Islam, kita haruslah ikhlaskan niat dalam beramal.


>IKHLAS<

Ikhlas ialah satu perkara yang selalu dibincang2kan dan diperkatakan oleh rata2 masyarakat. Namun, sejauh mana kita memahami erti sebenar keikhlasan?? Keikhlasan hanya benar2 terbukti apabila kita diuji oleh Allah SWT.. Apakah sebenarnya nilai Ikhlas?? nilai ikhlas adalah satu keadaan diantara diri kita dengan Allah SWT. ianya berlaku samada kita melakukan sesuatu kerja itu kerana Allah atau sekadar mahukan pujian manusia dan memuaskan hati kita sahaja. Sesungguhnya, hanya kita sendiri yang perlu dan dapat 'judge' nilai ikhlas dalam diri kita.

--> Bagaimana untuk menyingkirkan karat2 yang mempengaruhi keikhlasan kita??
  1. Zikrullah - memperbanyakkan zikrullah dan istighfar.
  2. S-Q-D- iaitu Solah-Quran-Doa ~ dengan melakukan SQD, kita akan sentiasa terpimpin dalam melakukan kerja2 Islam khasnya dengan pimpinan Allah SWT. Disamping itu, setiap amal kita akan sentiasa ada 'link' dengan Allah SWT yakni hubungan yang tidak putus2.
Kita haruslah menyedari bahawa kita sebagai manusia hanyalah bertindak sebagai jalan kerana sesungguhnya Allah lah penyelesai masalah...


Wallahua'lam..

No comments:

Post a Comment