Wednesday, December 31, 2008

Bermulanya semester baru..

Alhamdulillah, dengan keizinan ALLAH, dipanjangkan umur kita utk memasuki tahun baru Hijrah dan juga tahun baru 2009..Ia juga menandakan bermulanya sessi pembelajaran semester baru bagi pelajar2 ipta di seluruh Malaysia..Semester kali ini merupakan semester ke-4 bagi saya..

Tentunya, di awal2 tahun dan awal semester ini, kita masing2 mempunyai azam dan matlamat yang tersendiri utk dicapai. Harapannya, azam dan matlamat itu akan terlaksana dan tidak hanya berkubur begitu sahaja..KEbanyakan dari kita, selalunya begitu bersemangat menceritakan azam masing2 namun apabila tiba akhir tahun, masing2 merungut kerana azam mereka tidak kesampaian..

Persoalannya, sejauh mana kita telah bertekad dan berusaha utk mencapai azam dan matlamat kita??? Saya mendoakan semoga semua azam yang telah ditanam dapat dicapai dengan jayanya.. :)

Kepada semua sahabat2, sahibah2 dan pelajar2 ipta di Malaysia, semoga semester baru ini dapat dilalui dengan penuh semangat dan keazaman utk mencapai kecemerlangan di dalam akademik disamping meningkatkan lagi amal2 islami untuk penerusan kerja2 dnt kita..

2 comments:

  1. asslammualaikum..
    lama tak melawat blog ni..
    semoga akak sentiasa diberkati ALLAH..
    best post akak nih..

    ReplyDelete
  2. thanks izat..
    doakan akak for my new sem ni..

    ReplyDelete