Friday, December 17, 2010

Cerita cuti..

Hari ini, 17 Disember 2010..tinggal kurang dari 10 hari sebelum diriku memulakan latihan klinikal di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar..ini juga bermakna, sudah sebulan lebih diri ini menikmati cuti di rumah..

Dalam masa sebulan yang berlalu ini, rasanya begitu banyak perkara yang telah berlaku dan dilalui oleh diriku ini..memulakan cuti setelah berakhirnya final exam tanggal
6 November yang lalu. Sebelum pulang ke Perlis, sempat juga berjalan2 bersama sahabat2 tersayang, cik afwa dan cik aisyah..thanks la kalian, sudi menjejakkan kaki ke Puncak Alam..lepas ni, bila pulak dapat jalan2 sama2, kan..


Pulang ke rumah, menjalani hari2 yang berlalu seperti biasa. Rutin sebagai anak dara di rumah..=)
Mengikuti program2 ilmu yang ada, kuliah dhuha setiap hari Ahad dan yang terkini, mengikuti Kem Minda Kreatif di Bukit Ayer. Ahad ini pula, bakal menyumbang tenaga ke Kem Pintar Sirah, juga di Bukit Ayer..

cuti yang ada ini, seharusnya kita gunakan utk aktiviti2 yang berfaedah dan berguna untuk Islam. terasa benar2 bahagia dengan cuti semester kali ini kerana banyak masa dapat digunakan untuk melaksanakan kerja2 yang bermanfaat. jika kita tidak mengisi masa lapang kita dengan kerja2 Islam, maka, Jahiliyah yang akan mengisi masa2 lapang kita itu..

tanggal 10 Disember baru2 ini, result final exam telah dikeluarkan..memandangkan ketika itu, saya sangat sibuk dengan tugasan2 di Kem, hati ini tidak teringat langsung untuk meng'check' result di student portal. pada hari ahad, jam 3 pagi lebih kurang, baru lah diri ini berpeluang melayari internet menggunakan broadband yang ada..sempat mencuri masa utk on9 lantaran ketika itu, stay-up untuk 'burn' cd utk adik2 peserta KMK..

bila mana melihatkan result yang tertera di emel (UiTM dah maju..hantar result kat emel dah skrg, tak payah bersesak-sesak kt student portal)..tiada rasa yang dapat digambarkan melainkan ucapan 'Alhamdulillah' yang lahir di bibir. walaupun result sangatlah teruk berbanding sebelum2 ini, namun, Alhamdulillah kerana itu yang terbaik yang diberikan Allah untuk diri ini..tiada rasa 'frust tertonggeng', tiada rasa 'sedih yang menggunung' juga
tiada rasa 'menyesal tak sudah'..kerana setelah berusaha, pengharapan yang tertinggi telah
diletakkan kepada Yang Maha Pencipta..Dia yang berhak menentukan segalanya dan Dia jua lah yang Maha Mengetahui apa yang terbaik buat diri ini..walaupun cgpa dah jatuh sikit, moga Allah mempermudahkan untuk semester terakhir ini..semoga boleh 'grad' pada masa yang ditetapkan, i.allah..

~baru tiba di airport Jeddah, menuju ke Madinah Al-Munawwarah~

Teringat ketika mendapat result semester lepas..kawan sekelas msg memberitahu result saya, di mana ketika itu, sy berada di atas flight 'Egypt Air' menuju ke Bumi Kesayangan Rasulullah, Bumi Madinah Al-Munawwarah..terbit sedikit kekecewaan dikala mengetahui keputusan exam tersebut, namun, apabila mengenangkan diri berada di Bumi penuh barakah, terubat juga segala kekecewaan..semangat dan kekuatan yang ummi dan abah berikan, sedikit sebanyak melegakan resah di dada..result itu tidaklah sebesar mana jika mahu dibandingkan dengan Redha Allah..redha Allah itu yang utama dan harus kita kejar..

~sebelum bertolak dari Madinah ke Mekah Al-Mukarramah untuk menunaikan umrah~

Setiap yang berlaku dalam hidup kita ini mempunyai hikmahnya yang tersendiri. kadangkala hikmah itu tersembunyi hinggakan kita tertanya2 apakah hikmahnya..namun, wajiblah kita percaya bahawa setiap yang berlaku itu, tidak akan berlaku tanpa keizinan dari Allah..kadangkala Allah berikan kita hujan, kita tercari-cari dimanakah matahari, rupa2nya, Allah ingin hadiahkan kita pelangi yang indah..percayalah dengan setiap yang ditetapkan olehNYA kerana disebalik yang berlaku, Allah telah ukirkan hikmah yang terindah buat kita..

entry ni agak berterabur..afwan kathira sbb byk sgt benda yg difikirkan smp kucar kacir benda yang di'taip ni..

semoga Allah merahmati diriku dan juga diri kalian..semoga kita sentiasa beroleh maghfirah, rahmat juga kasih sayangNYA..
wallahua'lam..

1 comment:

  1. Neah, thanks sudi terima tetamu..hihi,,,
    dapat gak kte ngan af ronda2 uitm..

    http://syahr.blogspot.com/2010/11/menuju-ke-puncak.html

    Ya Allah, moga ikatan ukhuwwah antara kami terus mekar dalam mencari redhaMu.

    ReplyDelete