Tuesday, December 14, 2010

KMK Perlis 2010 :: Penuh Kenangan..

Salam 'alaik buat semua yang menjengah ke blog yg tidak seberapa ini..

Alhamdulillah, setelah sekian lama menanti, KMK Perlis 2010 selesai sudah. Sungguh banyak kenangan yang dicipta, begitu juga banyaknya ilmu dan pengalaman yang dikutip dari kem 3 hari 2 malam ini.

Kita merancang, Allah juga merancang. Tetapi, perancangan Allah itulah yang terbaik.

Tiada yang gah mahupun istimewa dalam kem ini. Persiapan kami hanya ala kadar mengikut kemampuan kewangan dan tenaga yang ada. Tetapi, pengharapan dan pergantungan kita kepada Yang Maha Pencipta, melancarkan segalanya. Alhamdulillah, respon yang diterima dari para peserta, positif semuanya. Sedikit kekurangan dari segi fasiliti yang agak uzur itu, i.allah akan ditingkatkan dari semasa ke semasa.


Peserta yang mendaftar bagi kem ini adalah seramai 59 orang putera dan 54 orang puteri. Bilangan urus setia dan fasilitator seramai lebih kurang 40 orang. Memegang ‘post’ sebagai AJK Pendaftaran dan Dokumentasi (including multimedia) benar2 menuntut pengorbanan yang besar. Dengan bilangan ahli seramai 4 orang, cabaran mula terasa sejak pagi pendaftaran. Alhamdulillah, pertolongan dari sahabat2 urus setia yang lain dapat melicinkan lagi perjalanan pendaftaran peserta dan juga majlis perasmian.

Untuk kem kali ini, daku tidak dapat meluangkan banyak masa untuk bersama-sama peserta mengikuti setiap aktiviti mereka, lantaran tuntutan tugas yang ada. Namun, berada di dewan bersama2 dengan mereka, dapat juga daku menumpang mengutip input2 yang ditabur kepada para peserta. Sejak bermulanya kem, daku amat tertarik dengan cara komanden kem juga timb komanden kem dalam mengendalikan para peserta. Juga terharu melihat kakak2 dan abg2 fasi yang sentiasa tersenyum sepanjang bersama2 dengan adik2 peserta. Benarlah, mereka orang2 yang diberi anugerah dan kelebihan oleh Allah dalam bidang itu.

Keluarga KMK

KMK kali ini benar2 mempunyai keunikannya yang tersendiri. Pertama kali dibuat di negeri masing2, memberi makna yang tersendiri. Kami dapat bekerja bersama2 dengan pakcik2 dan makcik2 yang turun padang untuk sama2 membantu kami di samping berkongsi pengalaman dengan kami yang masih kurang berpengalaman. Bagi pihak urusetia dan fasilitator juga, jurang umur begitu terasa dikalangan urusetia dan fasilitator lelaki dan perempuan. Namun, jurang umur inilah yang membuatkan kami bekerja seperti sebuah keluarga besar. Adik2 putera begitu baik, pemurah dan sentiasa ringan tulang untuk membantu kakak2 yang tak jemu2 meminta pertolongan mereka. Jazakallahu khairan kathira buat semua adik2 urus setia dan fasilitator yang banyak membantu. Tidak dilupakan juga buat sahabat2, kakak2 juga adik2 yang banyak memberi tunjuk ajar dan berkongsi ilmu dan pengalaman. Kalianlah sumber kekuatan di kala diri ini lemah disamping memohon kekuatan dariNYA..


Semoga ikatan yang dibina kerana Allah ini, tidak terhenti dengan berakhirnya kem ini. Tetapi, semoga ikatan inilah yang akan membawa kita untuk bergerak dan terus bergerak dalam melaksanakan kerja2 Islam. Seperti yang disebut oleh CAB semasa ToT dan seringkali diulang2 oleh Timb. Pengarah sebagai peringatan kita bersama, “ Tugas kita bukanlah kerana Kem semata2, tetapi tugas kita adalah untuk MEMBINA UMMAH..”

Sejuta kemaafan dipohon kepada semua andai terdapat kesilapan sepanjang menjalankan tugas, juga andai terkasar bahasa dan mengguris hati sesiapa. Semoga Allah menerima amal2 kita ini sebagai amal2 soleh. Jazakallahu khairan kathira buat adik2 AJK Pendaftaran dan Dokumentasi terutamanya, juga buat kakak2, kawan2 dan adik2 ‘family’ KMK..

wallahua'lam..

10 comments:

  1. subhanallah kak neah..ya,moga Allah redha dan terima usaha kita sebagai amal soleh.amen

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah....
    KMK WT coming soon.......

    ReplyDelete
  3. salim: i.allah..mudah2an..

    aisy: alldabest for KMK WT..

    ReplyDelete
  4. alhamdulillah..seronok baca..
    Allah sentiasa beri pertolongan dan kekuatan..
    kan?
    moga Allah bantu kami untuk kmk 2010-kelantan, hujung minggu ni..insyaAllah..

    ReplyDelete
  5. kak aisyah: i.allah..semoga Allah mudahkan kalian di sana...

    ReplyDelete
  6. Ulasan yang begitu mantap....!!
    seronok membaca nya....
    betul kata2 tu saya setuju....
    “ Tugas kita bukanlah kerana Kem semata2, tetapi tugas kita adalah untuk MEMBINA UMMAH..”

    ReplyDelete
  7. anonymous: sekadar berkongsi buat renungan kita bersama..

    incik saiful: terimakasih..smg kalian juga beroleh manfaat..

    ReplyDelete
  8. Alhamdulillah
    tahniah team KMK Perlis
    sy berbngga dpt turut serta dgn kalian..hehe

    ReplyDelete
  9. salam.... bagus ..... bnyk perkongsian

    ReplyDelete
  10. tikah: kami juga berbangga anda sggup datang jauh2 utk bersama kami..hehe..

    syakir: perkongsian utk kita semua..=)

    ReplyDelete