Monday, April 11, 2011

Meniti hari-hari terakhir...

Salam'alaik buat semua yang sudi menjengah di halaman ini..
Moga rahmat dan kasih sayang Allah sentiasa mengiringi setiap langkahan kita sepanjang kehidupan ini..
Post kali ini adalah sekadar catatan ringkas perjalanan seorang insan yang meniti hari-hari akhirnya sebagai seorang pelajar 'degree'..
Coretan ini hanya sebagai kenangan buat diri, untuk mengenang detik2 suka, duka, cabaran dan dugaan yang ditempuh..

[ Kampus Puncak Alam yang bakal saya rindui ]

Perjalanan dan cabaran sy sebagai seorang pelajar tahun akhir bermula sejak proses menyiapkan dan menghantar 'proposal' untuk final year project..
Kemudian, saya memulakan latihan klinikal yang terakhir di Hospital Sultanah Bahiyah pada 26 Disember 2010..
Sepanjang menjalani klinikal selama 12 minggu (3 bulan), pelbagai cabaran dan dugaan telah dihadapi dan Alhamdulillah, saya berjaya menamatkan latihan klinikal akhir pada 17 Mac 2011..
Proses mengumpul data dan menjalankan research akhir saya, Alhamdulillah, mendapat bantuan dari preceptor dan staff2 di HSB dan ini melancarkan lagi proses data collection saya.

Berakhirnya latihan klinikal, saya harus menyiapkan porfolio clinical yang perlu dihantar pada 28 Mac 2011 di UiTM Puncak Alam.
Maka, 27hb Mac, saya bertolak ke Shah Alam untuk kembali ke kampus di mana saya perlu menyelesaikan urusan2 berkaitan clinical dan juga saya harus memulakan proses write-up thesis saya.. sepanjang berada di sana, saya menginap di rumah kakak iaitu di Bandar Sungai Buaya, Rawang. Setiap hari, saya berulang alik Sg Buaya-Puncak Alam yang memakan masa hampir sejam perjalanan dengan memandu Kelisa Biru yang dirindui~~

[ Lantaran kekalutan, hanya ini yg sempat saya 'snap' sebagai kenangan..sedey3.. ]

Proses write-up thesis ini benar2 menguji dan mencabar ketahanan emosi, mental dan juga fizikal saya..manakan tidak, banyak benar perkara2 yang tidak terduga telah berlaku..result dari data collection saya agak tidak selari dengan fakta2 yang ada, lebih menyukarkan saya untuk menganalisa data2 tersebut juga utk membincangkan tentang perkara2 tersebut di dalam write-up saya..Jika diikutkan tarikh yang ditetapkan, saya perlu menghantar 3 copy comb-binding, full thesis saya pada 8hb April 2011 sebelum jam 5 petang.. Bayangkan, sehingga 7hb April, masih berlaku percanggahan di antara 2 lecturer saya tentang bagaimana saya harus menganalisa data2 saya..org lain dah menyiapkan conclusion dan sebagainya, saya pula masih terkontang kanting memikirkan data analysis mana yg perlu saya ikuti..

Untuk menyelesaikan kebuntuan yang ibarat tiada penyelesaian ini, saya bertindak sendiri dengan menjalankan data analysis itu mengikut kefahaman dan gerak hati saya..dengan harapan, apa yang saya lakukan itu tidak lari jauh dari garis panduan yang ditetapkan..marathon menyiapkan write-up yang masih banyak tidak siap ini bermula sedari maghrib 7hb April sehingga lah jam 3 petang 8hb April..malam itu saya hanya melelapkan mata selama 2 jam. itu pon tidak lena sepenuhnya memandangkan termimpi2 tentang thesis ini yang menyebabkan saya menjerit beberapa kali dalam tidur...aduhai, kuatnya penangan thesis ini..Jam 3 petang, Alhamdulillah, saya berjaya menyiapkan segala2nya wpun jauh disudut hati saya, saya tidak berpuas hati sangat kerana menyiapkan semua ini dalam kekalutan yang teramat..

Memandu keluar dari Bandar Sg Buaya jam 3 petang dan singgah di kedai utk comb-binding, kemudiannya, terus pecut ke Puncak Alam..saya berselawat sepanjang perjalanan, semoga Allah selamatkan perjalanan saya ini dan saya sempat menghantar thesis ini on time..Dengan keizinannya, jam 4.45 ptg baru saya tiba di kampus. Berlari-lari saya menuju ke lif utk ke tingkat 15. Alhamdulillah, lif tak 'jam' petang itu..dan Alhamdulillah, saya selamat menghantar thesis saya kepada lecturer yang berkenaan tepat jam 4.50 ptg..Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah...Selayaknya pujian dan kesyukuran ini dipanjatkan hanya kepadanya...

Selepas selesai urusan menghantar thesis, saya kembali melangkah ke kereta dengan hati yang agak tidak tenang dan bersama dgn anggota badan yang terketar2..sy hairan kenapa saya begitu berdebar2 hinggat terketar2..bila difikir2kan, baru teringat, saya tidak menjamah apa2 makanan sedari maghrib hari sebelumnya..padanla badan terketar2..terus saya bergegas ke kafe utk menjamah sedikit makanan sebelum pulang ke Sg Buaya kerana perlu mengambil kakak di sekolah..Perasaan saya tidak juga tenang memikirkan hasil thesis yang disiapkan dalam keadaan kalut dan agak tidak memuaskan hati saya..Namun, saya berdoa semoga Allah memberikan yang terbaik utk saya dan menilai segala usaha yang saya curahkan selama ini..Selayaknya, Tawakal dan Pengharapan itu saya letakkan hanya kepadaNYA setelah saya berusaha dan berdoa...

[ thanks for the accommodation for almost 2 weeks ]

Alhamdulillah, malam itu juga, jam 10 malam, saya menaiki train dari Rawang untuk pulang ke Perlis..Dalam keletihan yang amat, Allah izin, sepanjang perjalanan yang memakan masa 9 jam, saya tidak dapat melelapkan mata kerana keadaan yang tidak mengizinkan..bersengkang mata lah saya sehingga tiba di Arau jam 7.50 pagi..terus ambil teksi utk pulang ke rumah kerana tiada siapa yang boleh mengambil saya di stesen keretapi..Sesampainya di rumah, dengan keadaan rumah yang senyap sunyi, saya terus membersihkan diri, dan bermulalah pertapaan saya di atas katil sehingga tengahari..Alhamdulillah, petangnya, saya dapat menghadirkan diri ke program KAReSMA di Masjid Kubang Gajah..seronok dapat kembali bekerja dengan sahabat2 dan adik2 juga seronok bertemu dengan adik2 yang hadir pada program kali ini..

Begitulah coretan saya sepanjang menyiapkan thesis akhir saya..
Coretan ini sebagai kenangan buat saya di hari-hari terakhir saya bergelar seorang pelajar degree..walaupun diuji dengan pelbagai kesusahan dan episod2 kesedihan, tentunya selepas ini, saya akan merindui saat2 seperti ini..saya akan merindui saat2 saya kalut menyiapkan kerja2 saya..dan tentunya saya akan merindui saat2 belajar, menyiapkan esaimen, juga perkara2 lain yang berlaku sepanjang saya belajar ini..

[kolej saya di atas bukit tuh..rindu3..]

Buat semua yang membaca coretan ini, doakan saya ya..perjuangan saya belum berakhir..masih ada tarikh2 penting untuk diri ini..
23 April ini, saya akan menjalani Objective Structured Clinical Examination (OSCE) di kampus lama saya iaitu di Uitm Jalan Othman..
24 April akan berlangsung Final Presentation untuk research yang telah saya jalankan, di Uitm Puncak Alam..
25 April pula, saya perlu menghadiri Mini Kolokium iaitu presentation research oleh 10 orang yang terpilih pada hari sebelumnya..

Doakan saya ya, wahai pembaca2 sekalian..Semoga Allah memudahkan urusan2 saya dan memberikan saya keputusan yang terbaik untuk diri saya..

Sekarang ini, saya mula memikirkan hala tuju saya untuk masa2 yang mendatang..samada mahu sambung Master..atau mahu mencari kerja..atau mahu duduk dirumah dahulu membantu apa yang patut disini..tiada kata putus yang dibuat lagi..moga saya dapat membuat keputusan yang terbaik buat diri saya, juga buat Islam semestinya...

* terima kasih yang tidak terhingga buat umi-abah yang sentiasa mendoakan diri ini dan memberi semangat saat diri ini lemah tak berdaya..
* juga buat kakak yang sangat banyak bekorban sepanjang 2 minggu saya di sana..[ kak, thanks for the duit minyak, duit makan dan segala2nya lah..terasa keseronokannya ada kakak yang telah bergaji..hehe..nnt la bila ne'ah da kerja, leh la blnja2 dan bayar balik duit2 minyak tuh..]..
* juga terima kasih buat semua family KeARAH Perlis yang mengirim doa dan juga semangat buat diri ini..Sayang kalian kerana Allah..=)
* tidak dilupakan sahibah2ku yang tersayang..a sea of appreciation for all those kata2 semangat dan doa yang dilayangkan dari jauh..

Segala jasa baik kalian, hanya Allah yang dapat membalasnya..Moga Allah redha dengan kita semua, iAllah~~

7 comments:

  1. Nailah...
    All The Best..

    Melangkah dan terus melangkah tanpa berhenti..
    Hargailah apa yang ada kerana disitulah letaknya kesyukuran..
    Dan
    HArgailah apa yang tiada kerana disitulah letaknya penyerahan dan pergantungan..

    Moga Allah bantu kamu sahibahku..

    Salam ingatan:
    A.R.M.S

    ReplyDelete
  2. Jazakillah Aisy..
    doa dan sokongan dari mu, banyak memberiku kekuatan..
    bila mau turun Perlis??

    ReplyDelete
  3. wah..catatan perjalanan..alhamdulillah...semoga Allah memudahkan urusan kak nailah di mana sahaja..
    mga Allah beri yang terbaek buat knailah..

    ReplyDelete
  4. all the best nailah..merancang dr skrg..supaya nnt x terburu2 mengejar msa depan..

    ReplyDelete
  5. assalamualaikum,

    salam ceria buat kak nailah y9 dika9umi,

    ya Allah,
    terasa in9in men9alir air mata saat membaca catatan perjlnn ini,
    penuh kesungguhan dan pengorbanan yg pasti telah dilakukn,
    turut mjd muhasabah utk diri,
    a9ar terus berusaha dan cekal dlm menuntut ilmu..
    bgmnkah diriku skrg dlm soal ini?
    erm..

    insyaAllah,
    moga Allah kuatkn jiwa kak nailah,
    mjd pilihn Allah sbg org yg berjaya,
    Amin.

    buat kak nawal,
    mmg kakak yg mithali lah,
    untung sapa dpt jd adik kak nawal, (",)
    kagum juga dgn sis_N..

    ~ pelaut rabbani ~

    ReplyDelete
  6. ~ Anonymous
    I.Allah..doakan Knailah selalu ya..
    Moga Allah redha~~

    ~ Atiqah
    iAllah tikah..masih memikirkan apa yg sesuai buat diri, keluarga juga Islam semestinya..doakan tau..

    ~ Qawiem
    Waalaikumussalam..
    Salam ceria jugak buat Qawiem yg Knailah kagumi~~
    I.Allah, knailah percaya, usaha dan kecekalan dalam menuntut ilmu sudah tertanam dalam diri kita semua..cuma, laluan kita sahaja yg berbeza..jalan2 yang kita lalui tidak sama..
    Knailah doakan yang terbaik utk Qawiem dalam perjalanan menuntut ilmu ini..iAllah..

    jzklh atas doanya..
    Moga Allah redha~~

    ReplyDelete
  7. nice sharing nailah..
    rindu pula kak pada zaman belajar dahulu..
    seronom sangat..
    rasa bergantungnya kita kepada Allah..
    rasa sngt Allah sentiasa tolong kita dalam setiap urusan...
    zaman kerja mmg ada byk bezanya dgn belaja..
    semoga Allah berikan kenangan2 manis buat nailah sehingga hari-hari yang terakhir..
    insyaAllah

    ReplyDelete