Salam 'alaik buat semua..
Hujung minggu ini...
Hujung minggu yang benar2 menghantui fikiran saya sekarang..
Apa sebenarnya yang akan berlaku hujung minggu ini???
Hujung minggu ini, saya akan berhadapan dengan 2 perkara penting yang melibatkan project akhir saya sebagai pelajar degree..
Pada hari Sabtu, 23 April 2011, saya akan menjalani OSCE [ objective structured clinical examination ]..OSCE ini akan dijalankan di UiTM Kampus Jalan Othman, Petaling Jaya yang mana merupakan kampus lama saya..rindu benar pada kampus ini..OSCE kami diadakan di sini kerana disini terdapat lab x-ray kami yang menempatkan 6 mesin x-ray..
Ada yang bertanya saya, apakah itu OSCE..
OSCE ni sebenarnya ibarat satu peperiksaan buat kami, bakal2 graduan Pengimejan Perubatan. Dalam OSCE ini, terdapat 3 Station yang perlu kami lalui. Masa yang diperuntukkan untuk setiap stesen hanyalah 5 minit.
Stesen 1: VIVA
Di stesen ini, kami perlu menjawab 6 soalan berkaitan subjek2 yang kami telah pelajari selama 8 semester (4 tahun) ini..anything can come out..no clue at all..bayangkan la..selama 8 sem ni dah berpuluh2 subjek dah belajar..and anything from those subject can be asked..Astaghfirullahal'azim..risau3..mampukah aku utk mengingati semuanya??
Stesen 2: Radiographic Procedure
Di stesen ini pula, skill positioning dan patient care kami bakal diuji..Kami akan diberi short statement on the pathology of the patient dan juga projection yang perlu kami lakukan..Masa yang diperuntukkan juga hanya 5 minit. Pertamanya, kami perlu menerangkan secara kasar tentang pathology/indication pesakit tersebut kepada examiner dan kemudian, barulah kami memulakan examination kepada patient tersebut. Seorang student dalam kalangan junior saya mungkin, akan menjadi model bagi stesen ini. Jadinya, kami perlu treat dia seperti seorang pesakit yang tidak kami kenali, dan menjalankan pemeriksaan x-ray seperti yang diminta..Kami akan dinilai melalui setiap aspek yang telah ditetapkan oleh external examiner (bkn lecturer kami).
[ gigih kami ke Jalan Othman, PJ utk practice for OSCE ]
Stesen 3: Image Evaluation @ Image Critique
Bila dah terlibat dgn bidang x-ray ni, tak sah la kalau tak reti nk kritik atau evaluate sesuatu image xray tu..Jadi, dalam stesen ini, kami perlu mengkritik apa2 image yang diberikan secara verbal. Kalau senior dulu, mereka perlu mengkritik secara objektif sahaja. Maksudnya, menanda jawapan ABCD pada kertas..tetapi pada semester ini, dah ubah sikit format dia, dan kami perlu mengkritik secara verbal. Memang mencabar dan menguji sungguh..
Secara total, markah2 daripada OSCE ini akan menyumbang sebanyak 30% kepada markah clinical practice (praktikal@hospital) saya..MasyaALLAH..banyak tu.. Saya punya giliran adalah pada pukul 10 pagi, 23 April 2011..Apa yang saya harapkan, semoga Allah mempermudahkan segalanya untuk saya..Lapangkan dada dan fikiran saya, juga tenangkan hati saya untuk menghadapi semua ini..Hanya DIA yang Maha Mengetahui yang terbaik untuk saya..
Pada hari Ahad (24 April 2011) pula, saya ada pembentangan projek akhir @ thesis saya. Proses pembentangan ini bermula seawal 8 pagi hingga 6.30 petang. Giliran saya pula adalah pada pukul 10.35 pagi iaitu pada sessi kedua. Kemudian, saya perlu menjadi MC bagi sessi petang iaitu dari pukul 2.00 - 6.30 petang..hurm....
Doa saya, semoga saya dapat membentangkan projek saya ini dengan hati yang tenang dan dapat menjawab soalan2 yang bakal ditanya dengan penuh keyakinan. Sungguh saya amat berdebar dan takut dengan sesi pembentangan ini. Moga Allah mudahkan saya juga menguatkan hati saya untuk menghadapi semua ini..
Selepas taklimat tentang OSCE dan Presentation semalam, hati saya berdebar2 dan bercampur aduk dengan pelbagai perasaan. Terasa benar betapa susahnya untuk graduate..ini baru Degree..belum lagi Master juga PhD.. Apabila saya mengadu kepada umi saya betapa sedihnya saya, berdebar, takut juga macam2 lagi perasaan yang datang, umi saya memberikan semangat dan nasihat yang kembali menenangkan saya..Terima Kasih Umi..
Antara yang dipesan oleh umi,
"Beginilah ujian seorang pelajar dalam menuntut ilmu,
nak menuntut ilmu, macam ni la, macam2 yang menguji kita.
.Jadi, banyakkan berdoa kepada Allah, mintak Allah permudahkan segalanya"
Apa yang dapat saya simpulkan,
Jalan dalam kita menuntut ilmu, tidak dihampar dengan permaidani merah..malah dipenuhi dengan onak duri juga ranjau dan cabaran. Jalan dalam menuntut ilmu ini juga menagih seribu satu pengorbanan dari kita. Bukan sedikit air mata yang tumpah sepanjang menuntut ilmu ini.. Apabila kita bergantung harap sepenuhnya kepada Allah, disamping kita berusaha sedaya yang mungkin dan berdoa kepadaNYA, barulah kita akan terasa MANISnya sebuah kejayaan itu..
Namun, jika ditakdirkan kejayaan yang cemerlang bukan milik kita, pastinya kita akan redha dan menerima dengan hati yang tenang lantaran kebergantungan dan pengharapan kita kepada Allah..
[ all da best buat classmate2 utk OSCE minggu ni, juga utk junior2 juga shbt handai untuk Final Exam ]
Kalian yang membaca coretan ini, doakan saya..doakan saya..doakan saya..
Doakan saya diberi kekuatan dan ketabahan, juga keyakinan untuk menempuh hujung minggu ini, juga hari2 yang seterusnya..
Doakan saya agar Allah mempermudahkan urusan2 saya, juga agar Allah memberikan yang TERBAIK untuk saya..
Jazakillah Khair atas doa2 yg dititipkan buat saya..Moga Allah rahmati kebaikan kalian ini..
wallahua'am..
* Ma'attaufiq wa Najah buat sahabat2 yang sedang dan bakal menduduki Final Exam..Moga diberi kejayaan yang cemerlang..
* Buat yang mengenali Abdul Salim b Abdul Wahab [ pelajar Marhallah Khassah, Matri ], juga yang tidak mengenali, mohon kalian doakan ayahnya yang masih tidak sedar di ICU, Hospital Tuanku Fauziah, Kangar kerana jangkitan kuman di paru-paru..Jzklh atas doa kalian..
* ALLAH KNOWS BEST..ingat tu, Nailah~~
Nailah....
ReplyDeletewat leklok tau...
kenangilah detik2 indah waktu degree~~!! hehe..
Biar susah2 sekarang..
All da best!
Mode: rindu lak time viva! ahaks~
Baik kak Aisy..hehe..
ReplyDeleteDoakan daku yer..
Jeles dgn org yg dah Master neh..
huhu..
haha...
ReplyDeletetiada perbezaan taraf berlaku disini ye...
jgn bezakan.... huhu..tk berapa nk suka... kih3.
meh2 sambung belajaq~!!!!
best belajaq~ (memotivasikan cik nailah kita)
[Eksplorasi memburu hidayah agar hidup terus terarah]
btol ckp aisyah...master atau degree hya nilaian manusia..kte msg2 punye kelebihan msg2..kami yg menyambung pengajian ni hya mendokong tuntutan islam utk lhrkan lbh rmai mujahadah yg hebat dlm akademik...kte punya saham yg tersendiri..jom berjuang ats jln akademik ni..buktikan kte boleh menyumbang utk islam...insyaAllah
ReplyDeleteteruskan semua.
ReplyDeletemenjd qudwah kpd kami,
di arena medan ini, ^^
moga sepanjg perjlnn kak nailah,
Allah kira sebgi amal soleh,
Amin. (",)
Atiqah,
ReplyDeleteMaster atau degree still melambangkan tahapan ilmu kita..Ada yang Allah beri rezeki utk sambung dan ada juga yg tidak..moga kiter berpeluang utk mengikut jejak langkah kalian..cuma belum tentu lagi bila dan di mana..moga dia berikan yg terbaik..
mQ,
ReplyDeleteAmin..
Jzklh qawiem atas doanya..
Moga medan ini menjadikan kita hamba yg lebih akrab dengan Pemilik segala Ilmu ini..
I.Alah..
Assalamualaikum wbt.
ReplyDeletesatu pekongsian yg baik. semoga terus istiqamah.
semoga berjaya dalam hidup di dunia mahupun akhirat, insyaAllah amin.
p/s: k.nailah dtglah ke blog fatin. jgn lupa follow dan komen sekali. fatin baru follow blog k.nailah ^^