Thursday, July 14, 2011

PERMAIs Yang Permai

Salam 'alaik buat kalian yang singgah di sini..
Semoga rahmat, redha dan kasih sayang Allah sentiasa bersama saya dan kalian..
Untuk coretan kali ni, saya ingin kongsikan tentang aktiviti saya pada minggu lepas. Coretan ini juga buat adik2 KeARAH Perlis yang dikasihi fillah..

Bengkel Dokumentasi SURF KeARAH Perlis (PERMAIs) 2011

| pic: credits to atiQah azmi |

Alhamdulillah, dengan kekuatan dan keizinan dariNYA, pimpinan Sekretariat Urus Setia dan Fasilitator (SURF) KeARAH Perlis berjaya menganjurkan PERMAIs buat julung-julung kalinya. Tiada kata yang dapat digambarkan betapa saya bersyukur kepada Allah swt kerana bengkel ini telah berjalan dan berakhir dengan baik.

PERMAIs telah berlangsung selama 3 hari 2 malam bertempat di bumi wakafan yang dicintai, MATRI. Bengkel ini telah disertai oleh 22 orang peserta yang terdiri daripada barisan penggerak juga adik2 pelapis KeARAH Perlis. Menariknya PERMAIs adalah kerana ia menghimpunkan tenaga penggerak KeARAH dari pelbagai peringkat umur. Pakcik2, Makcik2, Abang2 dan Kakak2 IPT juga adik2 pelapis yang masih bersekolah..

| Analogi PERMAIs |

Sejujurnya, PERMAIs yang saya lalui ini, membawa bersama harapan yang besar buat adik2 barisan pelapis..samada sebelum, semasa juga selepas program ini berakhir. SEBELUM program, saya meletakkan harapan yang tinggi untuk PERMAIs ini. Antara lain, saya mengharapkan PERMAIs ini merupakan titik permulaan untuk kami membentuk barisan pelapis bagi SURF Perlis, juga untuk mengemaskini dokumentasi KeARAH Perlis supaya apabila tiba masanya adik2 menerajui kepimpinan SURF Perlis, mereka akan bergerak dengan lebih teratur dan sistematik. SEMASA program, saya mengharapkan adik2 peserta dapat mencerna dan memahami akan perkara2 yang dibincangkan bersama-sama. SELEPAS program, saya mengharapkan semoga segala input2 dan masalah2 yang dibincangkan dapat menjadi satu titik tolak buat barisan pelapis untuk meneruskan langkahan dalam kerja2 ini..

| Bengkel pemurnian kertas kerja |

Jika dilihat, mungkin harapan yang diletakkan ini agak tinggi, tapi sejujurnya, inilah harapan saya buat adik2 barisan pelapis yang dikasihi kerana Allah. PERMAIs juga amat bermakna kerana kami telah disajikan dengan perkongsian pengalaman yang menarik daripada orang-orang yang telah lama berada dalam medan ini. Pastinya, input2 yang telah dicurahkan buat kami, akan kami ambil dan aplikasikan dalam kehidupan kami, iAllah..

| Perkongsian Pengalaman I |

| Perkongsian Pengalaman IV |

| Adik-adik Puteri |

| Sesi Soal-jawab |

| Kalimah Akhirah dan Perkongsian Pengalaman |

Sekalung penghargaan dititipkan buat:-
  • Pakcik2 dan Makcik2 yang tidak putus2 mengajar, memberi sokongan juga bantuan buat kami semua..
  • Urus Setia PERMAIs yang sentiasa bersemangat demi merealisasikan PERMAIs ini. Jzklh khair buat segala pertolongan, bantuan juga semangat yang tidak pernah luntur sepanjang proses merancang, merangka dan menjayakan PERMAIs ini.
  • Peserta2 PERMAIs atas sokongan yang diberikan juga atas masa dan tenaga yang dikorbankan untuk menghadiri PERMAIs.

| Pemuda Harapan Islam |

| Pemudi Harapan Ummah |

Semoga segala usaha ini, Allah terima sebagai amal soleh..
Semoga kerja2 ini tidak menjadi debu2 yang berterbangan..
Semoga Allah tetapkan dan kuatkan langkahan kami semua atas jalan ini..
Semoga Allah kasih dan semoga Allah redha~~

* maaf atas susunan ayat yang sangat berterabur..

6 comments:

  1. Alhamdulillah,

    modah2an yg sedikit ini dikira sbg amal soleh,
    tidak ada yg lebih baik wajar kita minta melainkn semua ini menjd saham akhirat peguam bela. (",)

    jazakallah semua.
    yg merindukn,

    ~ Pelaut Rabbani ~

    ReplyDelete
  2. Pelaut: Yip2..itulah yang kita pinta..moga ia menjadi saham buat kita di Sana..

    ReplyDelete
  3. tahniah kak nailah atas usaha & kejayaannya..
    may Allah bless u!
    ustazah komen : belon tu yg mahal (^_^)

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum...
    k.nailah!!
    julung kalinya komen in blog k.nailah...=)
    first for all,thanks ya 4 everthing..
    hehehe(^_^)
    do the best...
    doakan wardah ya..

    ReplyDelete
  5. Atiqah Azmi: Tahniah dan terima kasih jugak buat adik2 yang sentiasa memberi sokongan..Sokongan kalian, kekuatan buat knailah..

    pesan kt ustazah: belon tu mmg mahai..penuh kenangan tersendiri..hehe..

    ReplyDelete
  6. Wardah: Waalaikumussalam..wah..jazakillah sudi singgah di sini..thanks jugak wardah sbb sanggup meluangkan masa untuk hadir ke PERMAIs..Jzklh khair..

    ReplyDelete