Setelah sekian lama membiarkan halaman ini bersawang..baru harini jemari ini diizinkan oleh Allah untuk menaip sesuatu di sini..
Apa2pun, sedang meng'godek2' external yang sarat ini, terjumpa satu folder yang penuh kenangan. Folder risalah Gen-11..dan dalam banyak2 artikel di dalamnya, saya tertarik dengan artikel yang satu ini. Moga memberi manfaat juga panduan buat kita.
~Hakikat Ukhwah~
“ Jam tangan ana hilang. Ada sesiapa ternampak tak?” Nurul bertanya kepada housemates nya yang sedang berbual-bual di ruang tamu. Nurul kelam kabut, kelasnya akan bermula sepuluh minit dari sekarng, tetapi jam tangannya pula hilang.
“ Tak ada lah pulak,” Shahira membalas ringkas sebelum menyambung semula ceritanya.
“ Dalam bilik air dah tengok?” Giliran Ain pula bersuara.
“ Takde, tengok dah. Takpelah,” Nurul meninggalkan enam orang teman-temannya. Mereka lantas meneruskan perbualan sementara Nurul berlalu ke bilik untuk meneruskan pencariannya. Sendirian, sedangkan baru semalam mereka menghadiahinya kad ucapan ulangtahun kelahiran yang ke-20, dan tersemat di dalamnya “uhibbik fillah ya ukhti Nurul” .
Situasi sebegini pernah berlaku ratusan tahun dahulu, dalam sebuah peperangan menentang musuh Islam. Tatkala itu seorang tentera berkuda Islam kehilangan bekas minuman di pingir pantai.
“Anta cari apa?” Seorang sahabat bertanya apabila menyedari saudaranya turun dari kuda dan terbongkok-bongkok mencari sesuatu.
“Bekas minuman ana hilang,”
Sepantas kilat sahabat tadi turut serta turun dari kudanya. Dia juga terbongkok-bongkok mencari bekas minuman itu di celah-celah kesibukan tentera berkuda itu.
“Mereka cari apa tu?”
“A-ah, mereka cari apa ya?”
Hingga akhirnya seluruh tentera berkuda turun mencari sebekas minuman sahaja. Akhirnya keganjilan ini disedari pula oleh sang panglima tentera. Maka sebelum dia juga membantu mencarinya, dia mengarahkan seluruh tentera Islam untuk turun mencarinya.
Perisik musuh yang mengintip terkejut dengan syakhsiah yang ditonjolkan oleh tentera Muslimin. Yang hilang cuma sebekas minuman yang tidak mustahil boleh diganti dan nilainya tidaklah seberapa.
Kalau hanya sebekas minuman sahabat mereka hilang seluruh tentera Islam mencarinya, apatah lagi seandainya seorang dari mereka hilang, tentu habis kita dikerjakan selumat-lumatnya. Peristiwa ini mengecutkan kaki musuh dan akhirnya tentera Islam mencapai kemenangan. Beginilah signifikasinya ukhuwwah Islamiyyah; menggugurkan kekuatan musuh dan menyuburkan kemenangan ummah.
Inilah juga resipi perjuangan jihad Rasulullah. Tiada kalimah jihad selagi mana tidak hadirnya iman, kerana dari iman tumbuhnya ukhuwwah, maka dari ukhuwwah wujudlah kesatuan dan kerjasama. Selepas selesai masalah iman, aqidah dan ukhuwwah barulah seruan jihad di Badar dilaungkan.
"Tidak beriman salah seorang dari kalian sehingga mencintai saudaranya sebagaimana ia mencintai dirinya sendiri."
(HR.Bukhari)
Ukhuwwah adalah barometer pengukur pasang surutnya keimanan. Semakin teguh ikatan persaudaraan fillah, semakin hampirlah untuk menjadi mukmin sejati (mu'minul al haq). Maka sudah tentunya figur manusia yang berukhuwwah adalah figur insan yang hidupnya basah dengan limpahan iman. Mereka memburu satu cita yang satu yakni mengejar redha Allah dan berlumba-lumba dalam kebaikan. Mereka menjadi kelompok manusia yang bersatu dalam kepedihan, kepenatan, keresahan, kegembiraan, kejayaan dan bersama-sama merasai kepedihan derita ummat.
Seorang ulama’ salaf berkata: "Jika seekor lalat hinggap di tubuh sahabatku, aku benar-benar tidak boleh tinggal diam.”
Seorang Mukmin yang tulus cintanya, sanggup dan rela mengorbankan hartanya demi membantu meringankan beban saudaranya. Bahkan ketulusan cintanya dapat mendorongnya untuk mempertaruhkan nyawa demi menyelamatkan sahabatnya. Contoh-contoh yang menggambarkan ketulusan seperti ini sangat banyak dan terkenal, terutama dalam kehidupan para sahabat Nabi yang mulia, juga generasi salaf yang shalih.
Saban hari, kita sudah terlalu sering mendengar kalimat `Uhibbik fillah’. Sahabat-sahabat Rasulullah telah membuktikan 'uhibbik fillah' mereka dalam rentetan sejarah yang sering kita baca. Namun, kita bagaimana?
Dulu....mereka tiada kemudahan handphone untuk mengkhabarkan uhibbik fillah kepada teman rapat mereka. Realiti hari ini pula adalah sebaliknya, paling kurang setiap bulan kita selalu menerima SMS dari teman di kejauhan menyatakan kasih mereka kepada kita, tetapi sejauh mana kita menunaikan hak ukhuwwah yang tertanggung di atas bahu kita?
Duduk dan berfikirlah, tepuk dada tanya iman.....
Satu pengajaran, juga peringatan buat saya untuk bermuhasabah kembali..sejauh mana telah saya tunaikan hak saya sebagai seorang sahabat buat kalian~~
Wallahua’lam.
Moga Allah Redha~~
seronoknya..bila baca sirah para sahabat memang boleh menaikkan semangat kita...marilah berukhwah dengan sebenar2nya kerana Allah,insyaAllah,islam kan bersinar kembali..
ReplyDeleteperkongsian yang mengimbau kenangan lama..:)
sirah yang seharusnya kita praktikkan dalam kehidupan kita...
ReplyDeletep/s: our next project bila nak run?? huhu... lama sungguh tertangguh.....
bru brkesempatan singgah di belog my long lost fren nih:) luv this story! ukhuwwah fillah;sumthing dat is hard to find, but once u come across it, nothing is sweeter.....
ReplyDeleteSaya nk copy bleh?
ReplyDelete