Tuesday, August 9, 2011

Ramadhan Kareem.!!


Salam 'alaik buat semua..
Setelah 11 bulan berlalu, Ramadhan kembali lagi..kembali bersama rahmat dan keberkatan yang sarat terkandung di dalamnya..Belum terlambat lagi rasanya untuk saya ucapkan "Ramadhan Kareem..!!" buat kalian yang bertandang ke sini..

Hari ini genap 9 hari kita berpuasa. 9 hari kita berada didalam bulan yang penuh dengan keberkatan dan kemuliaan ini. Semoga 9 hari yang sudah berlalu, tidak berlalu dengan sia-sia. Semoga 9 hari yang berlalu ini, telah kita gunakan untuk melipatgandakan lagi amal2 soleh kita.

Untuk post kali ini, saya berhajat untuk berkongsi sedikit tentang bulan yang dinanti2 oleh umat Islam di seluruh dunia...

Bulan Ramadhan merupakan satu musim yang terkandung di dalamnya keberkatan, kerahmatan juga segala yang berkaitan dengan kebaikan. Bulan ini adalah waktu di mana pintu2 syurga dibuka dan ditutup pintu2 neraka. Ramadhan juga merupakan bulan di mana diturunkan Al-Quran sebagai panduan sepanjang kehidupan kita.Segala amalan yang kita lakukan didalam bulan ini, akan dilipatgandakan ganjarannya oleh Allah swt. Kerana itulah Rasulullah SAW telah mengajar kita untuk berdoa kepada Allah semenjak dari bulan Rejab lagi, supaya Allah memanjangkan umur kita untuk bertemu dengan Ramadhan.

Hakikat Amalan Dalam Ramadhan

Apabila Ramadhan tiba, kita seringkali diseru dan diajak untuk sama2 mempertingkatkan amalan2 soleh juga amal2 ibadah kita demi mengejar ganjaran2 yang berlipat ganda yang dijanjikan oleh Allah swt.. Namun, sebenarnya, kita harus menyedari bahawa amalan2 yang kita lakukan di bulan Ramadhan ini bukanlah untuk kelazatan dan kepuasan diri kita semata2 namun ia adalah sebagai bekalan buat diri kita dalam rangka untuk meneruskan kerja-kerja Islam di mana, segala amal2 ini menjurus kepada matlamat kita yang utama iaitu untuk menegakkan Islam.

Segala apa yang kita lakukan di dalam bulan Ramadhan ini adalah sebagai bekalan untuk kita meneruskan amal2 Islami sepanjang 11 bulan yang bakal mendatang. Ramadhan juga boleh dianggap sebagai stesen2 di mana kita berhenti untuk mengambil dan mengutip bekalan buat perjalanan yang panjang. Ulama' salafussoleh ada mengatakan:
" Jadikanlah diri anda sebagai insan RABBANI dan janganlah anda menjadi insan RAMADHANI"

Hakikatnya, Ramadhan yang tiba ini merupakan satu medan dan ruang yang telah dibuka oleh Allah untuk kita mengambil bekalan dalam meneruskan kerja2 Islam untuk perjalanan kehidupan kita yang sungguh panjang. Bekalan-bekalan yang kita kutip di sepanjang Ramadhan ini boleh dikira sebagai sebesar-besar bantuan/bekalan untuk kita mencapai TAQWA..

Kesimpulan
Semoga Ramadhan yang kita lalui ini, dipergunakan dengan sebaik mungkin untuk mengutip dan mengumpul sebanyak mungkin bekalan buat perjalanan yang sangat panjang..
Semoga Allah memberi kita kekuatan iman dan taqwa kepada kita dalam meneruskan2 kerja2 Islam ini.
Semoga Ramadhan ini menjadi titik-tolak atau turning point utk kita mendelete dosa2 lalu, meng'upgrade' iman kita juga untuk me'redeem' pahala sebanyak mungkin.

Moga Allah redha~~

No comments:

Post a Comment