Monday, August 29, 2011

Kisah Ramadhan~

Salam 'alaik buat semua..
Semoga sentiasa dalam lingkungan rahmat dan kasih sayang Allah..
Ramadhan yang dilalui, pasti punya cerita yang tersendiri buat diri masing2..ini cerita Ramadhan saya..Ramadhan yang penuh dengan kenangan..Ramadhan yang sering dinanti-nanti..Semoga saya berpeluang untuk menemui Ramadhan tahun hadapan, iAllah..

1 Ramadhan
[Kolokium Pendakwah Muda Haluan]

Tahun ini, saya menyambut 1 Ramadhan di Kem Bumi Jati, Klang bersama2 dengan sahabat2 yang sangat disayangi..indah sungguh kenangan ini. Pertama kali saya menyambut 1 Ramadhan di dalam 'program'. Ketika itu, saya sedang menghadiri Kolokium Pendakwah Muda Haluan yang berlangsung selama 5 hari iaitu dari 29 Julai hinggalah 2 Ogos 2011. Bersahur, bertarawikh juga berbuka bersama2 sahabat2 se'batch', senior dan juga junior yang sudah lama tidak bertemu benar2 meninggalkan kenangan yang indah..

[Gen-11 @ Kem Bumi Jati]

14 Ramadhan
Tanggal 14 Ramadhan, saya telah mendaftarkan diri sebagai seorang pelajar UiTM..bukan sebagai undergrad student, tetapi sebagai postgrad student..Saat beratur dalam barisan yang sangat-sangat-sangat-sangat panjang, terimbau kembali saat2 beratur ketika mendaftar untuk undergrad dahulu. Sepanjang hidup saya, inilah kali pertama saya melalui proses pendaftaran seorang diri. tiada siapa yang menemani. Dah nama pon postgrad, kan..haruslah berdikari seorang diri..Sedari taski, sekolah rendah, sekolah menengah, matrikulasi, juga ketika undergrad, pasti ada yang menemani saya saat2 pendaftaran masuk mahupun pendaftaran kolej. Nampaknya, selepas2 ini, haruslah saya lebih berdikari untuk menguruskan urusan diri sendiri.. :) Alhamdulillah, proses pendaftaran berjalan lancar walaupun saya terpaksa beratur selama 2 jam setengah semata2 untuk menyelesaikan urusan kad pelajar. InsyaAllah, saya akan mula pengajian saya September ini. Semoga Allah mempermudahkan urusan2 ini.

20 dan 21 Ramadhan

KeARAH Perlis telah menjadi tuan rumah bagi Program Training of Trainers (ToT) KMK Zon Utara. Program 2 hari 1 malam ini telah menghimpunkan tenaga2 penggerak KeARAH dari negeri Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Perak. Alhamdulillah, program berjalan dengan baik dan berakhir dengan baik. Perbincangan2 juga input2 yang diterima sepanjang program dapat dijadikan panduan untuk gerak kerja KMK 2011 juga untuk program2 lain yang bakal diadakan.

27 Ramadhan

Sekretariat Urusetia dan Fasilitator KeARAH (SURF) Perlis telah mengadakan iftar jamaie + majlis meraikan ahli2 SURF Perlis yang akan terbang jauh untuk menuntut ilmu. Majlis yang penuh makna ini telah diadakan di rumah mak cik Maziah yang dikasihi. Antara agenda semasa majlis ini ialah berbuka puasa bersama2, solah maghrib, isya' dan terawikh bersama2 dan sessi ucapan2 daripada ahli2 SURF. Biarpun majlis ini ringkas dan singkat, tapi ia meninggalkan kesan juga kenangan buat kami semua.


Kisah Ramadhan penuh warna warni
Alhamdulillah, Ramadhan kali ini, hampir sebulan saya menempuhinya di rumah sendiri. Berbeza benar dengan tahun2 sebelum ini di mana kebanyakan harinya saya berpuasa di kolej, di rumah sewa dan juga di tempat-tempat klinikal. Berada di rumah, jadual dan fokus saya lebih tersusun. Syu'ur beribadah juga ketenangan dalam melalui Ramadhan lebih kuat dirasakan. Alhamdulillah kerana Allah mengurniakan kesempatan ini buat saya.

[Juadah ketika berbuka]

Tahun ini juga, saya sempat ber'iftar' jamaie setiap minggu di Matri kecuali di minggu terakhir kerana saya bermusafir ke Kuala Lumpur untuk menemani cik kakak pulang ke Perlis. Iftar Jamai'e di Matri sungguh indah, sungguh tenang dan sungguh seronok. Keindahan juga keseronokannya sukar untuk digambarkan dengan kata2. Hanya yang melalui dan merasainya sahaja yang akan memahami perasaan saya ini. (",)
[ Surau yang penuh ketenangan ]

dan Ramadhan pun berakhir..
Hari ini, 29 Ramadhan. Esok, tibalah hari kemenangan bagi seluruh umat Islam di dunia..Hari Raya Aidilfitri..Di kesempatan yang ada ini, saya ingin mengucapkan:

Selamat Hari Raya EidulFitri ~ Taqabbalallahu Minna Wa Minkum
-Semoga Allah menerima Amal Kami juga Amal Kamu-

buat semua pembaca "Mencari dan Terus Mencari" amnya dan khasnya buat :-
  • Keluarga yang tercinta..
  • Sahabat2 Gen-11 yang sentiasa dekat di hati..
  • Teman2 UiTM terutama ex-classmate2 yang dirindui..
  • Warga Family KeARAH Perlis yang disayangi..
  • Adik2, kakak2 juga kalian2 yang mengenali diri ini..
Sambutlah Syawal ini dengan penuh rasa kehambaan, penuh rasa kesyukuran juga dengan kesederhanaan. Moga Syawal yang tiba ini menjadi satu titik permulaan yang baru untuk kita terus dan terus bergerak menempuhi hidup yang penuh dengan cabaran dan liku2 ini. Semoga bekalan2 yang kita kutip sepanjang Ramadhan ini dapat membantu kita untuk menempuh segala onak dan duri..
Salam 'EidulFitri..
Kullu 'am wa antum bikhair..
Moga Allah redha~

Saturday, August 13, 2011

A new start..


Salam 'alaik buat semua..
Salam Ramadhan yang penuh keberkatan buat kalian semua..

~~A New Start~~

Yups..It's a new start for me.. Petang ini, saya bakal bermusafir ke Kuala Lumpur buat kali yang ke-3 dalam bulan Ogos ini. Yang pasti, tujuan saya ke KL ini merupakan satu permulaan baru buat saya..Bukan mudah mengambil keputusan ini, namun saya berharap semoga ini yang terbaik buat saya. Semoga Allah memudahkan langkahan saya dalam medan menuntut ilmu ini.

Doakan saya kawan2 semua~~

Semoga jalan yang dipilih ini, sentiasa mendapat bantuan, rahmat, kasih sayang, juga redha dariNYA..

Tuesday, August 9, 2011

Ramadhan Kareem.!!


Salam 'alaik buat semua..
Setelah 11 bulan berlalu, Ramadhan kembali lagi..kembali bersama rahmat dan keberkatan yang sarat terkandung di dalamnya..Belum terlambat lagi rasanya untuk saya ucapkan "Ramadhan Kareem..!!" buat kalian yang bertandang ke sini..

Hari ini genap 9 hari kita berpuasa. 9 hari kita berada didalam bulan yang penuh dengan keberkatan dan kemuliaan ini. Semoga 9 hari yang sudah berlalu, tidak berlalu dengan sia-sia. Semoga 9 hari yang berlalu ini, telah kita gunakan untuk melipatgandakan lagi amal2 soleh kita.

Untuk post kali ini, saya berhajat untuk berkongsi sedikit tentang bulan yang dinanti2 oleh umat Islam di seluruh dunia...

Bulan Ramadhan merupakan satu musim yang terkandung di dalamnya keberkatan, kerahmatan juga segala yang berkaitan dengan kebaikan. Bulan ini adalah waktu di mana pintu2 syurga dibuka dan ditutup pintu2 neraka. Ramadhan juga merupakan bulan di mana diturunkan Al-Quran sebagai panduan sepanjang kehidupan kita.Segala amalan yang kita lakukan didalam bulan ini, akan dilipatgandakan ganjarannya oleh Allah swt. Kerana itulah Rasulullah SAW telah mengajar kita untuk berdoa kepada Allah semenjak dari bulan Rejab lagi, supaya Allah memanjangkan umur kita untuk bertemu dengan Ramadhan.

Hakikat Amalan Dalam Ramadhan

Apabila Ramadhan tiba, kita seringkali diseru dan diajak untuk sama2 mempertingkatkan amalan2 soleh juga amal2 ibadah kita demi mengejar ganjaran2 yang berlipat ganda yang dijanjikan oleh Allah swt.. Namun, sebenarnya, kita harus menyedari bahawa amalan2 yang kita lakukan di bulan Ramadhan ini bukanlah untuk kelazatan dan kepuasan diri kita semata2 namun ia adalah sebagai bekalan buat diri kita dalam rangka untuk meneruskan kerja-kerja Islam di mana, segala amal2 ini menjurus kepada matlamat kita yang utama iaitu untuk menegakkan Islam.

Segala apa yang kita lakukan di dalam bulan Ramadhan ini adalah sebagai bekalan untuk kita meneruskan amal2 Islami sepanjang 11 bulan yang bakal mendatang. Ramadhan juga boleh dianggap sebagai stesen2 di mana kita berhenti untuk mengambil dan mengutip bekalan buat perjalanan yang panjang. Ulama' salafussoleh ada mengatakan:
" Jadikanlah diri anda sebagai insan RABBANI dan janganlah anda menjadi insan RAMADHANI"

Hakikatnya, Ramadhan yang tiba ini merupakan satu medan dan ruang yang telah dibuka oleh Allah untuk kita mengambil bekalan dalam meneruskan kerja2 Islam untuk perjalanan kehidupan kita yang sungguh panjang. Bekalan-bekalan yang kita kutip di sepanjang Ramadhan ini boleh dikira sebagai sebesar-besar bantuan/bekalan untuk kita mencapai TAQWA..

Kesimpulan
Semoga Ramadhan yang kita lalui ini, dipergunakan dengan sebaik mungkin untuk mengutip dan mengumpul sebanyak mungkin bekalan buat perjalanan yang sangat panjang..
Semoga Allah memberi kita kekuatan iman dan taqwa kepada kita dalam meneruskan2 kerja2 Islam ini.
Semoga Ramadhan ini menjadi titik-tolak atau turning point utk kita mendelete dosa2 lalu, meng'upgrade' iman kita juga untuk me'redeem' pahala sebanyak mungkin.

Moga Allah redha~~