Sunday, December 26, 2010

Clinical Practice V

salam 'alaik...
setelah lebih sebulan bercuti..
hari ini, sy memulakan latihan klinikal sy di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar..
walaupun praktikal kali ini merupakan praktikal yg ke-5 bg sy, debarannya tetap terasa..macam2 yang bermain di fikiran sehingga tidor pon tak lena..setiap kali praktikal, perasaan di hari pertama tetap sama..berdebar dan terus berdebar..

Alhamdulillah wa syukurillah...memulakan perjalanan di pagi yang hening..jam 6.30 pagi..melewati jalan yg sunyi sepi..meniti al-mathurat di bibir sebagai peneman perjalanan..sungguh jauh rasanya perjalanan ikt highway..tiba di hospital jam 7.20 pagi..alhamdulillah..

Selesai urusan lapor diri jam 8.00 pagi, kami diberi taklimat dan penerangan oleh preceptor yang ramah..jam 12 tengahari, dapat makan free..ada org buat kenduri kt department..jimat duit makan harini..=) petang2, baru la menghadirkan diri kt bilik general x-ray..tak buat kes sgt pon..tolong2 mana yg patut..hari first, enjin tak panas lagi..mood cuti pon masih menebal..semoga esok, kami lebih efisyen dalam melaksanakan kes2 yang ada..

Punch out tepat pukul 5.07 petang..(",) memulakan perjalanan pulang ke rumah tercinta jam 5.30 petang dan tiba dengan selamat jam 6.25 petang..alhamdulillah..disaat ini, sy berada dalam keadaan kepenatan yang teramat..ditambah pula dgn rasa mengantuk yang menebal..

Beginilah perjalanan sepanjang hari pertama klinikal..keletihan yang amat, mungkin disebabkan sebulan lebih bersenang lenang di rumah dan jarang drive jauh2..semoga diriku dapat bertahan utk 3 bulan yang mendatang..=)

6 comments:

  1. all the best nailah
    kuatkan semangat...fokus, and bykkn berdoa moga Allah mudahkan semua urusan awk..
    hati2 drive tu..awk sorg2 keluar rumah awl pg..bahaya..bykkn berdoa..

    ReplyDelete
  2. i.allah..Allah lah sebaik2 tempat mengadu dan memohon pertolongan..doakan kte..=)

    ReplyDelete
  3. salam alaik..

    dulu, sewaktu kemalangan..
    antara bilik yg amat takut utk masuk adlh bilik x-ray..
    sbbnya, byk pergerakn yg perlu dibuat semasa kaki tgh patah.. (",)
    pengalaman yg x dpt dilupakan..

    apa2 pun, moga Allah permudhkan kak nailah..

    ReplyDelete
  4. salam kembali,qawiem..

    benar..kadang2 kesian tgk patient yg patah2 ni..kna paksa utk buat pergerakan yg menyakitkan mereka..apakan daya, kami mahu berikan 'gambar' yang terbaik utk doktor agar diagnosis yg baik dapat diberikan..=)

    jzklh atas doa nya..
    moga Allah mempermudahkan Qawiem juga..

    ReplyDelete
  5. Salam Neah~

    Lama rasanya x menapak sini ^__^

    Teruskan perjuangan~!

    Health services provider mcm kita mmg selalu terdedah ngn bahaya. Semoga Allah melindungi kita semua. Hati-hati ya dgn radiation :)

    Teringat pula attachment kat Hospital Baling. Ada MA tu wat pengumuman bila portable xray ditolak masuk ke wad kecemasan, "Xray-xray, sapa x kawin lg cepat keluar!"

    hehe, uda yg xfaham apa2 bertindak mengikut arahan. Sekarang bru faham~ nge3..

    ReplyDelete
  6. salam huda..
    thanks sudi menapak di sini..=)

    hurm..org2 x-ray plg ditakuti kt hospital..masuk je wad2 mana, suma lari lintang pukang..lawak pulak rasa kadang2..hehe..

    ReplyDelete