Sunday, May 1, 2011

Salam ‘alaik buat semua..

Moga semuanya berada dalam lingkaran rahmat dan kasih-sayang Allah..

Alhamdulillah, selayaknya pujian itu ditujukan kepada Yang Maha Pencipta, Yang Maha Penyayang juga Yang Maha Pemurah..kerana dengan rahmat dan kasih sayang nya, kita masih diberi peluang bernafas dan bekerja di atas muka bumi ini dalam mencari dan mengutip REDHANYA..

[ after OSCE ]

Alhamdulillah, hujung minggu yang mendebarkan sudah pun berlalu. Alhamdulillah, Allah mempermudahkan segalanya untuk saya. OSCE berjaya diharungi walaupun ada sebahagiannya yang agak mengecewakan diri saya. Namun, segalanya saya serahkan kepada Dia untuk menentukan apa yang terbaik buat saya. Presentation juga selesai dengan baik walaupun telah disoal bertubi2 oleh examiner yakni lecturer saya juga seorang external examiner iaitu Ketua Jabatan Sains Kesihatan UIA. Selepas habis sesi presentation, juga setelah menyelesaikan tugasan saya sebagai MC bagi slot presentation sesi petang, terus saya dan kakak bergegas ke PWTC untuk berkunjung ke Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIBF’11).

[After selesai presentation]

Berangan-angan untuk menjelajah ke pelosok pesta buku, namun apakan daya, gerai2 hanya dibuka sehingga pukul 9 malam sedangkan kami tiba disana pun, sudah pukul 7 lebih. Hanya sempat menerjah ke kedai2 yang telah tersenarai di dalam list sahaja. Namun, Alhamdulillah, dapat juga menjejakkan kaki ke KLIBF tahun ini. Takde la terkilan sangat~~

[ @ KLIBF with Kak Su-Jemari Seni ]

Sebenarnya, semasa di KLIBF, hati saya tak berapa nak tenang lantaran ketika dalam perjalanan ke PWTC, saya telah menerima panggilan dari lecturer yang mengatakan bahawa saya harus membuat presentation lagi sekali semasa Mini Kolokium Pengimejan Perubatan keesokan harinya. Ini adalah kerana saya termasuk dalam 8 orang yang terpilih yang harus membentangkan hasil thesis kami pada mini kolokium tersebut. Dengan badan yang teramat letih juga minda yang kepenatan, terasa sangat berat mahu membuat presentation sekali lagi keesokan paginya. Maklumlah, beberapa hari sebelum OSCE dan Presentation, tidur pon sudah tidak teratur lantaran membuat preparation ‘last minutes’.

[ Presentation @ Mini Kolokium Pengimejan Perubatan 2011 ]

Pulang semula ke Puncak Alam malam itu, berjaga pula untuk prepare slide presentation dan juga mengulangkaji sedikit untuk presentation keesokannya. Alhamdulillah, walaupun kadar debaran yang sangat tinggi, ditambah pula dengan kegerunan melihat ramai tetamu2 yang dijemput dari hospital2 sekitar Lembah Klang, saya telah berjaya menyelesaikan pembentangan thesis saya di dalam Mini Kolokium tersebut. Terasa bagai kosong dan lapang dada setelah selesai presentation itu. Alhamdulillah..

[Dearest lecturers and external examiners]

Di akhir Mini Kolokium tersebut, dalam ucapan penutup, Ketua Jabatan Pengimejan Perubatan UiTM (merangkap supervisor saya) mengumumkan bahawa 2 orang presenter terbaik akan terpilih untuk membentangkan hasil thesis dalam Seminar Malaysian Society of Radiographers (MSR) di Port Dickson pada 13-15 Mei 2011. Kerana itulah, sehingga sekarang, saya tidak lagi ‘merdeka’ seperti rakan2 yang lain. Rakan2 lain sudah berehat2 di rumah, juga sudah menghantar resume ke sana sini dan saya, masih membelek2 thesis untuk persediaan ke PD pula. Moga semua ini terkandung hikmahnya yang tersendiri. I take in in a +ve way, semoga ianya akan memberi lebih pendedahan kepada saya dari segi presentation dan juga saya dapat bergaul juga mengenali dengan lebih dekat orang-orang penting dalam bidang radiografi di Malaysia. Disamping itu, saya juga dapat mengutip sebanyak mungkin ilmu yang bakal dibentangkan dalam seminar itu nanti. I.Allah, mudah2an saya beroleh banyak manfaat dari seminar yang bakal saya hadiri ini. Doakan, ya..

[the whole batch of Degree Medical Imaging 2007/2011]

Kini, saya sudah berada di Perlis, negeriku tercinta. Namun, saya akan pulang ke Puncak Alam dalam masa terdekat untuk membuat persediaan juga kerana terdapat satu lagi seminar kepada pelajar tahun akhir di UiTM iaitu Seminar “Success as A Graduate” yang diadakan pada 11 dan 12hb Mei ini.

[jamuan akhir kelas~gonna miss u all]

Semoga setiap langkahan dalam kehidupan ini, sentiasa diiringi rahmat, kasih dan redha Allah SWT, insyaAllah..

2 comments:

  1. assalamualaikum,

    lakaran perjalanan yg membina,
    penuh himmah dan hikmah,
    menyelusuri detik2 kehidupn yg melesukn,
    disitulh akan terasanya bantuan Allah.

    Ya Allah.
    terasa berdebar pulak bila baca coretan ni,
    moga Allah kuatkn ana spt knailah.

    Amin. (",)

    ReplyDelete
  2. waalaikumussalam..
    "menyelusuri detik2 kehidupn yg melesukn,
    disitulh akan terasanya bantuan Allah."
    betul tu qawiem..terasa benar betapa bantuan Allah itu sangat dekat dgn kita..

    I.Allah, moga kita semua terus diberi kekuatan olehNYA..
    AMIN..

    Moga Allah redha~~

    ReplyDelete