Sunday, May 22, 2011

PEMIKiR

Salam'alaik buat semua..
Moga semuanya dalam redha Allah selalu..

Post saya kali ini, saya ingin menghebahkan satu program yang akan diadakan pada cuti sekolah yang bakal menjelang.. Tinggal 5 hari lagi sebelum cuti sekolah bermula. Jadi, pesanan buat adik2 yang bakal bercuti, juga buat kalian, pelajar2 IPT yang sedang bercuti, manfaatkanlah cuti kalian dengan sebaik2nya. Penuhilah cuti dan masa lapang ini dengan perkara2 yang berfaedah. Jika kita tidak penuhi masa kita dengan perkara2 yang berfaedah, nescaya masa2 yang terluang itu akan terisi dengan perkara2 yang melalaikan juga yang tak mendatangkan faedah dalam kehidupan kita.


PEMIKiR..

Apa itu PEMIKiR???
PEMIKiR adalah singkatan kepada Program Usrah Minda Kreatif.
Program Usrah Minda Kreatif (PEMIKiR) merupakan sebuah program yang disasarkan kepada pelajar-pelajar Tahun 3 hingga Tingkatan 5. PEMIKiR merupakan salah satu program anjuran Kelab Remaja HALUAN (KeARAH) Perlis yang membawa motto "Kehadapan, Aktif dan Responsif", sesuai dengan situasi remaja masa kini yang perlu bergerak ke hadapan dalam mendepani cabaran masa kini. Hal ini demikian kerana remaja merupakan aset penting negara untuk membangunkan masyarakat yang produktif dan berdaya saing seterusnya mewarisi kepimpinan pada masa hadapan.

PEMIKiR 1

Pada 15 Februari yang lalu, bersempena dengan cuti Maulidurrasul, PEMIKiR siri 1 telah diadakan. Program ini telah diadakan di Politeknik Syed Sirajuddin, Pauh dan telah melibatkan seramai 130 orang peserta.
PEMIKiR siri 1 ini telah membawa tema "Rasulullah SAW Qudwah Hasanah" selari dengan objektif program ini iaitu untuk membina sahsiah terpuji serta berpegang teguh kepada ajaran yang dibawa oleh Rasulullah SAW yakni Islam.


PEMIKiR Siri 2

Sempena cuti sekolah yang bakal tiba, Program Usrah Minda Kreatif (PEMIKiR) Siri-2 akan diadakan.
Butir-butir program adalah seperti berikut:

Tarikh: 1 Jun 2011
Tempat: Dewan Serbaguna, Chalet Jabatan Perhutanan, Bukit Ayer
Yuran: RM20 seorang
Penyertaan: Terbuka kepada semua pelajar Tahun 3 hingga Tingkatan 5
Tema: Memartabatkan Islam melalui Kecemerlangan Ilmu
Anjuran: Kelab Remaja Haluan (KeARAH) Perlis

Sebarang pertanyaan juga pengesahan pendaftaran, sila hubungi nombor yang tertera di bawah:
Ghazali Saad: 012-426 2343
Nailah Abd Kadir: 013-602 1017


Buat semua, ajaklah anak2, adik2, sanak saudara, juga jiran tetangga anda untuk menyertai program ini..
Jangan biarkan masa cuti mereka kosong !
Carilah RUANG dan PELUANG untuk mengisi cuti mereka dengan kebaikan dan perkara-perkara yang bermanfaaat.
Wallahu a'lam.

2 comments:

  1. salam,

    bagus program ni,
    xmau lpskn peluang..
    mesti kena dtg..
    rugi klu di persia-siakan.

    bwah anjuran siapa ya? (",)

    ReplyDelete
  2. salam pelaut rabbani..
    ya..datang jgn tak datang..

    erm2..sori2..terlupa nk state kan di atas..
    masih bisa di'edit..

    pastinya anjuran Kelab Remaja Haluan (KeARAH) Perlis..(",)

    Jzklh atas komentarnya, qawiem..
    moga allah redha~

    ReplyDelete