Salam 'alaik buat yang sudi menjengah ke sini..
Buat post kali ini, biarlah gambar yang berbicara..
Entah kenapa, kali ini, berkali2 saya men'delete' bait2 perkataan yang direncana..mungkin masalah untuk menulis kembali menjengah..apatah lagi, 'menulis' memang bukan kepakaran saya..
KAHFI yang baru berlalu ini meninggalkan kesan yang besar buat diri saya..
Setelah berbulan-bulan saya di rumah, berprogram bersama2 anak2 Perlis, KAHFI membawa kelainannya yang tersendiri kerana menggabungkan 4 negeri bersama, yakni Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Perak. Pastinya, pertemuan bersama sahibah2 dan adik2 benar2 menyuntik semangat untuk terus bekerja dan terus istiqamah di atas jalan ini..Benarlah, ukhuwah itu indah apabila segalanya hanya kerana Allah~~
~ Slot taaruf semasa ToT ~
~ adik2 yang sangat baik ~
Training of Trainers (ToT) KAHFI 2011 bermula pada 5 Jun 2011 jam 3 petang. Kami, urus setia berbincang tentang persiapan teknikal untuk kem 3 hari 2 malam ini sementara adik2 fasilitator berbincang tentang modul untuk aktiviti2 sepanjang kem ini. Semuanya bertungkus-lumus, memerah keringat dan fikiran untuk memastikan kem yang akan bermula keesokan harinya dapat berjalan dengan lancar..
~ Sekitar majlis perasmian ~
~ licin adik2 ni makan ~
~ Slot Forum ~
~ Day 2 | Adik2 puteri main game before berlepas untuk KAHFIrace ~
~ Adik2 putera belajar untuk sembelih ayam ~
~masing2 menunjukkan skill memasak~
Antara aktiviti menarik sepanjang kem KAHFI Zon Utara 2011 termasuklah aktiviti sembelihan, KAHFI race, War Games dan juga sesi masak-memasak selepas mereka selesai menyembelih.
Bagi saya sendiri, ini adalah pengalaman pertama saya menyembelih ayam juga mempelajari cara menyembelih dengan betul. benar2 teruja melihatnya dan paling mengujakan adalah apabila berjaya menyembelih sendiri. pastinya ini adalah pengalaman yang amat berharga buat diri ini.
Semasa hari kedua kem, iaitu pada hari Selasa, badan saya menunjukkan tanda2 untuk demam.. selesema, sakit tekak ditambah pula dengan batuk yang datang, terasa benar yang sistem imunisasi badan berada pada tahap yang rendah..Namun, digagahkan juga diri ini apabila melihatkan kesungguhan adik2 fasilitator yang sentiasa bersemangat untuk memastikan setiap aktiviti dijalankan dengan baik buat para peserta. Melihatkan mereka, saya kuatkan diri untuk terus bersemangat dan terus kuat untuk melaksanakan kerja2 yang patut disamping membantu urusetia2 yang lain dalam kerja2 mereka. Alhamdulillah, sehingga ke akhir kem, saya masih mampu bertahan..semuanya dengan izin dari Yang Maha Penyayang. Sungguh, Dia Maha Tahu tahap kemampuan kita..
Masih banyak yang saya ingin ceritakan mengenai KAHFI kali ini..
Namun, cukuplah dulu buat kali ini..Setakat ini sahaja yang mampu dicoretkan pada waktu dan ketika ini..
~adik2 yang ceria~
Buat adik2 peserta KAHFI (jika ada yg membaca), Moga kalian terus membesar menjadi Pemuda dan Pemudi harapan ISLAM.. Kalianlah harapan kami, juga harapan Islam untuk terus berjuang dalam apa jua medan demi menegakkan kalimah Allah di muka Bumi ini.. Moga ukhuwwah kita bukan setakat ini sahaja dan semoga kita bertemu lagi di program2 yang akan datang, insyaAllah..
~ adik2 fasilitator yang mantop...~
adik2 urusetia, sedehnya kita tak sempat bergambar bersama.. :(
Buat adik2 fasilitator dan urusetia puteri, kalian sumber kekuatan Knailah. Kalian banyak mengajar knailah dalam sedar mahupun tidak..knailah mmg kagum sungguh dengan kalian. Sejuta kemaafan knailah pohon, andai sepanjang memegang post 'timbalan pengarah' untuk KAHFI baru2 ini, ada antara arahan mahupun kata2 knailah yang mengguris hati kalian.. Semoga kita bertemu lagi di masa akan datang, insyaAllah..
| Kenangan kita bersama (",) |
Buat sahibah2 Gen11 ku tersayang, seronok dapat ber'program' bersama kalian..walaupun hanya bertiga~~ Moga ukhwah ini terus mekar dan diredhai olehNYA..
Moga Allah redha~~
Assalamualaikum....
ReplyDeleteNailah a.k.a jurulatih_____________.
Thanks atas segala tunjuk ajar sepanjang Kahfi neh... Maaf atas segalanya andai gurau melawak terlebih... =_
Lain kali ada program kat utara kabo2 lah kt diri ku disini......
Semoga Allah kira semuanya sebagai amal soleh..
Waalaikumussalam sahabatku dunia akhirat, Aisy~~
ReplyDeletethanks juga atas segala2nya..Maaf juga andai telebih bagi arahan or telebeh mtk tlong..
Moga leh bersama lagi dalam program2 akan datang..
Moga Allah redha, iAllah..
salam alaik,
ReplyDeleteseronok mbaca coretan pengalaman,
seakan membayang diri di tempat kejadian,
ahmdulillah.. pasni knailah boleh buka kursus kt kami mcm mn nk sembelih ayam,
masih ramai yg x tahu. ^^
Singgah untuk tersenyum...nanti kak ajaq tajuk sembelihan,bleh upah kamu mai jadi cikgu utk simulasi sembelihan ayam..>_<
ReplyDelete~Pelaut : kalau dapat join skali haritu, mesti best kan..hurm3, tak boleh lagi bukak kursus..knailah pon baru first time..kna blajar lagi..(",)
ReplyDelete~Kakak : huhuhu..boleh2..tanggung kos perjalanan, sampailah daku di sana.. (",)
x boleh buka kursus sembelih ayam pun xpa,
ReplyDeleteknailah boleh buka kursus training of trainer(tot),
byk pengalaman yg ada harus dikongsikan bersama,
insyaAllah. andai 'bereh' terlaksana,
saat itu adlh masanya.
~Pelaut : IAllah..hurm3..harus dibincangkan tentang 'bereh'..
ReplyDeletesemoga 'bereh' terlaksana..penting tuh.. (",)