Thursday, June 2, 2011

PEMIKiR 2 | Singkat tapi Memikat

Alhamdulillah..selautan syukur dipanjatkan kepada Yang Maha Penyayang diatas nikmat terbesar yang dianugerahkan kepada kita, yakni nikmat Iman dan nikmat Islam..


Alhamdulillah, PEMIKiR Siri 2/2011 telah melabuhkan tirainya semalam. Bermula seawal jam 7.30 pagi dan berakhir jam 5.30 petang, PEMIKiR 2 pastinya telah meninggalkan seribu satu memori dan kenangan di hati dan minda kesemua adik-adik peserta, fasilitator juga barisan urus setia.


| Putera-putera Harapan Islam |

| Puteri-puteri Harapan Islam |

Alhamdulillah, dengan izinNya, seramai 96 orang adik2 sekolah rendah dan menengah telah hadir menyertai program ini. Walaupun lokasi program telah bertukar di saat-saat akhir, ianya tidak sedikit pun menghilangkan syu'ur adik-adik untuk turut serta dalam program ini. Mungkin ramai yang tidak tahu, ada juga peserta yang telah menanti di Politeknik Syed Sirajuddin lantaran tidak mengetahui lokasi program telah bertukar. Namun, itu tidak menjadi penghalang kerana telah ada urusetia yang menanti di sana lantaran wujud rasa 'risau' jika ada peserta yang tidak mendapat maklumat tentang perubahan tempat. Ramai juga tidak tahu bahawa, ada juga peserta yang telah sesat sehingga ke Bukit Jernih kerana tidak tahu lokasi sebenar Bukit Ayer. Sesungguhnya, kejadian2 seperti ini dapat menggambarkan betapa tingginya semangat, harapan juga cita-cita, bukan sahaja dalam diri adik2 peserta, tetapi ibu bapa mereka juga. Langsung tidak berputus asa demi menghantar anak-anak mereka ke program ini. Terharu rasa hati ini melihatkan kesungguhan ibu bapa dan adik-adik peserta dalam menyokong perjalanan program ini.

Program bermula dengan majlis perasmian program pada jam 8.45 pagi. Tayangan gimik yang disediakan oleh Biro Publisiti, Komunikasi dan Multimedia telah mencuri perhatian adik2. Tambahan pula dengan kehadiran 2 alien dari belakang dewan yang membuatkan adik2 terkejut dan teruja. Tahniah buat Biro PKM..Moga Allah rahmati usaha dan kerja keras kalian.


| Aliens yang menggamatkan suasana..adik2 terkejut dan teruja |

Program diteruskan lagi dengan sesi ice breaking yang dikendalikan oleh Kem Komandan yang tidak asing dan tidak bukan, Abdul Salim b Abdul Wahab. Kemudian, tiba pula sesi Forum yang bertajuk "Memartabatkan Islam melalui Kecemerlangan Ilmu" yang dipengerusikan oleh moderator yang tidak asing lagi, saudara Qawiem Khairi. Dua orang ahli panel jemputan ialah Ustaz Muhtad dan isterinya, Ustazah Faizah. Pastinya forum ini telah memberikan input2 yang berguna buat bekalan semua, bukan sahaja para peserta, tetapi juga buat barisan urusetia dan fasilitator.

| Moderator dan Ahli Panel Jemputan |

Program diteruskan lagi dengan slot Menggapai Cita-cita dan juga aktiviti PEMIKiR Group Activities pada sesi petang. Program telah berakhir jam 5.30 petang selepas majlis penutup berakhir.

Apa yang pasti, PEMIKiR 1 dan PEMIKiR 2, masing-masing telah meninggalkan kesan yang tersendiri buat diri saya. Banyak yang saya belajar daripada kedua-dua program ini, juga lain-lain program anjuran KeARAH. Harapan saya, semoga adik-adik peserta memperoleh sesuatu daripada PEMIKiR 2 ini. Moga langkahan kita dalam perjuangan di medan ilmu ini semakin rancak dan lancar demi memperoleh MARDHATILLAH. Mari kita sama-sama menyemak kembali kedalam diri kita akan niat sebenar kita menuntut ilmu. Semoga niat kita ini tidak lain dan tidak bukan, pastinya KERANA ALLAH..

PEMIKiR 1 sudah selesai..PEMIKiR 2 juga sudah selesai. Mungkinkah PEMIKiR 3 akan tiba??
Wallahua'lam..

* Coretan tentang PEMIKIR 2 dari Kem Komandan dan Biro Publisiti, Komunikasi dan Multimedia..

Moga Allah redha~~

2 comments:

  1. Salam kak nailah,

    terima kasih ya atas tunjuk ajar selama ini,
    sungguh mengharapkan lebih ramai pemudi yg akan lahir seperti knailah, knawal dll..
    secara jujurnya,
    kami adik2 begitu senang bekerja dgn kakak2 seperti kalian,
    (jgn salah sangka ya buat yg membaca)

    setiap yg terbaik adlh darinya,
    andai penyerahan sepenuhnya tidak dipulangkn kpd Allah,
    segala-galanya pasti meraih air mata darah.

    moga Allah kasih. (",)

    ReplyDelete
  2. waalaikumussalam Qawiem..
    jzklh juga atas sokongan dan komitmen yg telah diberikan selama ini..
    byk yg knailah blajar daripada adik2..

    ya..setiap yg terbaik adalah dariNYA..

    Moga Allah redha~~

    ReplyDelete