Thursday, June 30, 2011

Ukhwah Fillah~~

Salam'alaik buat semua..

Setelah sekian lama membiarkan halaman ini bersawang..baru harini jemari ini diizinkan oleh Allah untuk menaip sesuatu di sini..

Apa2pun, sedang meng'godek2' external yang sarat ini, terjumpa satu folder yang penuh kenangan. Folder risalah Gen-11..dan dalam banyak2 artikel di dalamnya, saya tertarik dengan artikel yang satu ini. Moga memberi manfaat juga panduan buat kita.

~Hakikat Ukhwah~

“ Jam tangan ana hilang. Ada sesiapa ternampak tak?” Nurul bertanya kepada housemates nya yang sedang berbual-bual di ruang tamu. Nurul kelam kabut, kelasnya akan bermula sepuluh minit dari sekarng, tetapi jam tangannya pula hilang.

“ Tak ada lah pulak,” Shahira membalas ringkas sebelum menyambung semula ceritanya.

“ Dalam bilik air dah tengok?” Giliran Ain pula bersuara.

“ Takde, tengok dah. Takpelah,” Nurul meninggalkan enam orang teman-temannya. Mereka lantas meneruskan perbualan sementara Nurul berlalu ke bilik untuk meneruskan pencariannya. Sendirian, sedangkan baru semalam mereka menghadiahinya kad ucapan ulangtahun kelahiran yang ke-20, dan tersemat di dalamnya “uhibbik fillah ya ukhti Nurul” .

Situasi sebegini pernah berlaku ratusan tahun dahulu, dalam sebuah peperangan menentang musuh Islam. Tatkala itu seorang tentera berkuda Islam kehilangan bekas minuman di pingir pantai.

“Anta cari apa?” Seorang sahabat bertanya apabila menyedari saudaranya turun dari kuda dan terbongkok-bongkok mencari sesuatu.

“Bekas minuman ana hilang,”

Sepantas kilat sahabat tadi turut serta turun dari kudanya. Dia juga terbongkok-bongkok mencari bekas minuman itu di celah-celah kesibukan tentera berkuda itu.

“Mereka cari apa tu?”

“A-ah, mereka cari apa ya?”

Hingga akhirnya seluruh tentera berkuda turun mencari sebekas minuman sahaja. Akhirnya keganjilan ini disedari pula oleh sang panglima tentera. Maka sebelum dia juga membantu mencarinya, dia mengarahkan seluruh tentera Islam untuk turun mencarinya.

Perisik musuh yang mengintip terkejut dengan syakhsiah yang ditonjolkan oleh tentera Muslimin. Yang hilang cuma sebekas minuman yang tidak mustahil boleh diganti dan nilainya tidaklah seberapa.

Kalau hanya sebekas minuman sahabat mereka hilang seluruh tentera Islam mencarinya, apatah lagi seandainya seorang dari mereka hilang, tentu habis kita dikerjakan selumat-lumatnya. Peristiwa ini mengecutkan kaki musuh dan akhirnya tentera Islam mencapai kemenangan. Beginilah signifikasinya ukhuwwah Islamiyyah; menggugurkan kekuatan musuh dan menyuburkan kemenangan ummah.

Inilah juga resipi perjuangan jihad Rasulullah. Tiada kalimah jihad selagi mana tidak hadirnya iman, kerana dari iman tumbuhnya ukhuwwah, maka dari ukhuwwah wujudlah kesatuan dan kerjasama. Selepas selesai masalah iman, aqidah dan ukhuwwah barulah seruan jihad di Badar dilaungkan.

"Tidak beriman salah seorang dari kalian sehingga mencintai saudaranya sebagaimana ia mencintai dirinya sendiri."

(HR.Bukhari)

Ukhuwwah adalah barometer pengukur pasang surutnya keimanan. Semakin teguh ikatan persaudaraan fillah, semakin hampirlah untuk menjadi mukmin sejati (mu'minul al haq). Maka sudah tentunya figur manusia yang berukhuwwah adalah figur insan yang hidupnya basah dengan limpahan iman. Mereka memburu satu cita yang satu yakni mengejar redha Allah dan berlumba-lumba dalam kebaikan. Mereka menjadi kelompok manusia yang bersatu dalam kepedihan, kepenatan, keresahan, kegembiraan, kejayaan dan bersama-sama merasai kepedihan derita ummat.

Seorang ulama’ salaf berkata: "Jika seekor lalat hinggap di tubuh sahabatku, aku benar-benar tidak boleh tinggal diam.”

Seorang Mukmin yang tulus cintanya, sanggup dan rela mengorbankan hartanya demi membantu meringankan beban saudaranya. Bahkan ketulusan cintanya dapat mendorongnya untuk mempertaruhkan nyawa demi menyelamatkan sahabatnya. Contoh-contoh yang menggambarkan ketulusan seperti ini sangat banyak dan terkenal, terutama dalam kehidupan para sahabat Nabi yang mulia, juga generasi salaf yang shalih.

Saban hari, kita sudah terlalu sering mendengar kalimat `Uhibbik fillah’. Sahabat-sahabat Rasulullah telah membuktikan 'uhibbik fillah' mereka dalam rentetan sejarah yang sering kita baca. Namun, kita bagaimana?

Dulu....mereka tiada kemudahan handphone untuk mengkhabarkan uhibbik fillah kepada teman rapat mereka. Realiti hari ini pula adalah sebaliknya, paling kurang setiap bulan kita selalu menerima SMS dari teman di kejauhan menyatakan kasih mereka kepada kita, tetapi sejauh mana kita menunaikan hak ukhuwwah yang tertanggung di atas bahu kita?

Duduk dan berfikirlah, tepuk dada tanya iman.....

Satu pengajaran, juga peringatan buat saya untuk bermuhasabah kembali..sejauh mana telah saya tunaikan hak saya sebagai seorang sahabat buat kalian~~

Wallahua’lam.

Moga Allah Redha~~

Tuesday, June 14, 2011

Meningkatnya Usia~~

11 Jun 2011

Tarikh ini tiba akhirnya. Tarikh yang membawa banyak makna pada diri saya. Tarikh yang mengingatkan saya pada hakikat kelahiran dan kematian. Hakikat kehidupan seorang insan di atas muka bumi.

| Perjalanan seorang hamba mencari RedhaNYA |

11 Jun 2011 tiba, membawa makna meningkat setahun kehidupan saya di dunia ini. Juga membawa makna setahun saya menghampiri kematian.

Hari ini saya sambut dengan titisan air mata penuh kesyukuran ke atas Yang Maha Penyayang atas nikmat umur yang dipinjamkan buat diri ini. Membuatkan saya bermuhasabah, sejauh mana amal2 soleh yang telah saya lakukan sepanjang hidup ini. Kesal dengan nikmat umur yang selama ini diisi dengan amal yang sia-sia. Mengharapkan pengampunan Allah pada dosa-dosa yang lalu juga mengharapkan kasih sayang Allah dalam memandu diri ini menempuh kehidupan semasa dan yang akan datang.

Terima kasih yang tidak terhingga buat Umi dan Abah yang membesarkan diriku, menjaga, mendidik dan mengasuh saya, daripada seorang bayi yang hanya tahu menangis dan menagih perhatian sehinggalah menjadi saya yang sekarang. Masih banyak yang perlu saya pelajari dan pastinya, kalianlah guru yang paling akrab buat saya..

11 Jun mengingatkan saya pada kenangan 2 tahun yang lalu.

Di hening subuh 11 Jun 2009, saya menerima mesej bertalu2 di hp mengkhabarkan

pemergian seorang sahabat se’batch’, Allahyarham ‘Ammar Zulkifli. Benarlah, kematian itu sebaik2 peringatan. Allah memberi peringatan kepada saya, bahawa, kematian itu tidak mengenal usia dan juga tidak mengira masa. Apabila ajal itu tiba, Allah tidak akan melewatkannya atau mempercepatkannya barang sesaat pon. Sungguh, kejadian 2 tahun lepas benar2 mengubah pemikiran saya setiap kali tiba nya tarikh kelahiran saya ini.

11 Jun juga meninggalkan memori yang indah buat saya. Tahun lepas, pada tarikh ini, saya menjejakkan kaki buat kali pertama di bumi Jeddah dan juga bumi Madinah Al-Munawwarah. Tentunya kenangan ini tidak dapat saya lupakan. Alhamdulillah, saya diberi peluang oleh Allah untuk menjadi tetamu di Haramain ini setelah bertahun-tahun menyimpan angan-angan dan cita-cita. 11 Jun tahun ini, saya merindukan kenangan2 semasa ziarah dan umrah saya tahun lepas. Terasa seperti mahu kembali kepada saat2 itu. Tapi, apakan daya…kita hanya manusia.. (“,)

| Menjejakkan kaki di lapangan terbang Jeddah |
| 11 Jun 2010 |

Harapan saya,

Semoga dengan meningkatnya umur ini, tertingkat lagi amalan2 soleh, tertingkat lagi amal2 ibadah kepadaNYA, tertingkat lagi ilmu2 di dada, tertingkat lagi hubungan denganNYA, tertingkat lagi ‘ubudiah kepadaNYA.

Semoga saya menjadi lebih baik dari semalam.

Semoga Allah mengukirkan perjalanan hidup yang terindah buat saya kini dan di masa akan datang.

Semoga saya lebih kuat untuk menempuh onak liku juga cabaran2 dalam kehidupan ini.

Semoga saya menjadi lebih matang terutama dari segi pemikiran..

| Moga setiap langkahan dalam hidup ini diiringi Redha, Rahmat dan Kasih-sayang NYA |

Buat yang membaca post ini, Doakanlah saya..

Jzklh khair..

Moga Allah redha~~

Friday, June 10, 2011

Coretan KAHFI Zon Utara 2011

Salam 'alaik buat yang sudi menjengah ke sini..
Buat post kali ini, biarlah gambar yang berbicara..
Entah kenapa, kali ini, berkali2 saya men'delete' bait2 perkataan yang direncana..mungkin masalah untuk menulis kembali menjengah..apatah lagi, 'menulis' memang bukan kepakaran saya..
KAHFI yang baru berlalu ini meninggalkan kesan yang besar buat diri saya..
Setelah berbulan-bulan saya di rumah, berprogram bersama2 anak2 Perlis, KAHFI membawa kelainannya yang tersendiri kerana menggabungkan 4 negeri bersama, yakni Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Perak. Pastinya, pertemuan bersama sahibah2 dan adik2 benar2 menyuntik semangat untuk terus bekerja dan terus istiqamah di atas jalan ini..Benarlah, ukhuwah itu indah apabila segalanya hanya kerana Allah~~

~ Slot taaruf semasa ToT ~

~ adik2 yang sangat baik ~

Training of Trainers (ToT) KAHFI 2011 bermula pada 5 Jun 2011 jam 3 petang. Kami, urus setia berbincang tentang persiapan teknikal untuk kem 3 hari 2 malam ini sementara adik2 fasilitator berbincang tentang modul untuk aktiviti2 sepanjang kem ini. Semuanya bertungkus-lumus, memerah keringat dan fikiran untuk memastikan kem yang akan bermula keesokan harinya dapat berjalan dengan lancar..

~ Sekitar majlis perasmian ~

~ licin adik2 ni makan ~

~ Slot Forum ~

~ Day 2 | Adik2 puteri main game before berlepas untuk KAHFIrace ~

~ Adik2 putera belajar untuk sembelih ayam ~

~masing2 menunjukkan skill memasak~

Antara aktiviti menarik sepanjang kem KAHFI Zon Utara 2011 termasuklah aktiviti sembelihan, KAHFI race, War Games dan juga sesi masak-memasak selepas mereka selesai menyembelih.

Bagi saya sendiri, ini adalah pengalaman pertama saya menyembelih ayam juga mempelajari cara menyembelih dengan betul. benar2 teruja melihatnya dan paling mengujakan adalah apabila berjaya menyembelih sendiri. pastinya ini adalah pengalaman yang amat berharga buat diri ini.

Semasa hari kedua kem, iaitu pada hari Selasa, badan saya menunjukkan tanda2 untuk demam.. selesema, sakit tekak ditambah pula dengan batuk yang datang, terasa benar yang sistem imunisasi badan berada pada tahap yang rendah..Namun, digagahkan juga diri ini apabila melihatkan kesungguhan adik2 fasilitator yang sentiasa bersemangat untuk memastikan setiap aktiviti dijalankan dengan baik buat para peserta. Melihatkan mereka, saya kuatkan diri untuk terus bersemangat dan terus kuat untuk melaksanakan kerja2 yang patut disamping membantu urusetia2 yang lain dalam kerja2 mereka. Alhamdulillah, sehingga ke akhir kem, saya masih mampu bertahan..semuanya dengan izin dari Yang Maha Penyayang. Sungguh, Dia Maha Tahu tahap kemampuan kita..

Masih banyak yang saya ingin ceritakan mengenai KAHFI kali ini..
Namun, cukuplah dulu buat kali ini..Setakat ini sahaja yang mampu dicoretkan pada waktu dan ketika ini..

~adik2 yang ceria~

Buat adik2 peserta KAHFI (jika ada yg membaca), Moga kalian terus membesar menjadi Pemuda dan Pemudi harapan ISLAM.. Kalianlah harapan kami, juga harapan Islam untuk terus berjuang dalam apa jua medan demi menegakkan kalimah Allah di muka Bumi ini.. Moga ukhuwwah kita bukan setakat ini sahaja dan semoga kita bertemu lagi di program2 yang akan datang, insyaAllah..

~ adik2 fasilitator yang mantop...~
adik2 urusetia, sedehnya kita tak sempat bergambar bersama.. :(

Buat adik2 fasilitator dan urusetia puteri, kalian sumber kekuatan Knailah. Kalian banyak mengajar knailah dalam sedar mahupun tidak..knailah mmg kagum sungguh dengan kalian. Sejuta kemaafan knailah pohon, andai sepanjang memegang post 'timbalan pengarah' untuk KAHFI baru2 ini, ada antara arahan mahupun kata2 knailah yang mengguris hati kalian.. Semoga kita bertemu lagi di masa akan datang, insyaAllah..

| Kenangan kita bersama (",) |

Buat sahibah2 Gen11 ku tersayang, seronok dapat ber'program' bersama kalian..walaupun hanya bertiga~~ Moga ukhwah ini terus mekar dan diredhai olehNYA..

Moga Allah redha~~

Thursday, June 2, 2011

PEMIKiR 2 | Singkat tapi Memikat

Alhamdulillah..selautan syukur dipanjatkan kepada Yang Maha Penyayang diatas nikmat terbesar yang dianugerahkan kepada kita, yakni nikmat Iman dan nikmat Islam..


Alhamdulillah, PEMIKiR Siri 2/2011 telah melabuhkan tirainya semalam. Bermula seawal jam 7.30 pagi dan berakhir jam 5.30 petang, PEMIKiR 2 pastinya telah meninggalkan seribu satu memori dan kenangan di hati dan minda kesemua adik-adik peserta, fasilitator juga barisan urus setia.


| Putera-putera Harapan Islam |

| Puteri-puteri Harapan Islam |

Alhamdulillah, dengan izinNya, seramai 96 orang adik2 sekolah rendah dan menengah telah hadir menyertai program ini. Walaupun lokasi program telah bertukar di saat-saat akhir, ianya tidak sedikit pun menghilangkan syu'ur adik-adik untuk turut serta dalam program ini. Mungkin ramai yang tidak tahu, ada juga peserta yang telah menanti di Politeknik Syed Sirajuddin lantaran tidak mengetahui lokasi program telah bertukar. Namun, itu tidak menjadi penghalang kerana telah ada urusetia yang menanti di sana lantaran wujud rasa 'risau' jika ada peserta yang tidak mendapat maklumat tentang perubahan tempat. Ramai juga tidak tahu bahawa, ada juga peserta yang telah sesat sehingga ke Bukit Jernih kerana tidak tahu lokasi sebenar Bukit Ayer. Sesungguhnya, kejadian2 seperti ini dapat menggambarkan betapa tingginya semangat, harapan juga cita-cita, bukan sahaja dalam diri adik2 peserta, tetapi ibu bapa mereka juga. Langsung tidak berputus asa demi menghantar anak-anak mereka ke program ini. Terharu rasa hati ini melihatkan kesungguhan ibu bapa dan adik-adik peserta dalam menyokong perjalanan program ini.

Program bermula dengan majlis perasmian program pada jam 8.45 pagi. Tayangan gimik yang disediakan oleh Biro Publisiti, Komunikasi dan Multimedia telah mencuri perhatian adik2. Tambahan pula dengan kehadiran 2 alien dari belakang dewan yang membuatkan adik2 terkejut dan teruja. Tahniah buat Biro PKM..Moga Allah rahmati usaha dan kerja keras kalian.


| Aliens yang menggamatkan suasana..adik2 terkejut dan teruja |

Program diteruskan lagi dengan sesi ice breaking yang dikendalikan oleh Kem Komandan yang tidak asing dan tidak bukan, Abdul Salim b Abdul Wahab. Kemudian, tiba pula sesi Forum yang bertajuk "Memartabatkan Islam melalui Kecemerlangan Ilmu" yang dipengerusikan oleh moderator yang tidak asing lagi, saudara Qawiem Khairi. Dua orang ahli panel jemputan ialah Ustaz Muhtad dan isterinya, Ustazah Faizah. Pastinya forum ini telah memberikan input2 yang berguna buat bekalan semua, bukan sahaja para peserta, tetapi juga buat barisan urusetia dan fasilitator.

| Moderator dan Ahli Panel Jemputan |

Program diteruskan lagi dengan slot Menggapai Cita-cita dan juga aktiviti PEMIKiR Group Activities pada sesi petang. Program telah berakhir jam 5.30 petang selepas majlis penutup berakhir.

Apa yang pasti, PEMIKiR 1 dan PEMIKiR 2, masing-masing telah meninggalkan kesan yang tersendiri buat diri saya. Banyak yang saya belajar daripada kedua-dua program ini, juga lain-lain program anjuran KeARAH. Harapan saya, semoga adik-adik peserta memperoleh sesuatu daripada PEMIKiR 2 ini. Moga langkahan kita dalam perjuangan di medan ilmu ini semakin rancak dan lancar demi memperoleh MARDHATILLAH. Mari kita sama-sama menyemak kembali kedalam diri kita akan niat sebenar kita menuntut ilmu. Semoga niat kita ini tidak lain dan tidak bukan, pastinya KERANA ALLAH..

PEMIKiR 1 sudah selesai..PEMIKiR 2 juga sudah selesai. Mungkinkah PEMIKiR 3 akan tiba??
Wallahua'lam..

* Coretan tentang PEMIKIR 2 dari Kem Komandan dan Biro Publisiti, Komunikasi dan Multimedia..

Moga Allah redha~~