Tuesday, June 14, 2011

Meningkatnya Usia~~

11 Jun 2011

Tarikh ini tiba akhirnya. Tarikh yang membawa banyak makna pada diri saya. Tarikh yang mengingatkan saya pada hakikat kelahiran dan kematian. Hakikat kehidupan seorang insan di atas muka bumi.

| Perjalanan seorang hamba mencari RedhaNYA |

11 Jun 2011 tiba, membawa makna meningkat setahun kehidupan saya di dunia ini. Juga membawa makna setahun saya menghampiri kematian.

Hari ini saya sambut dengan titisan air mata penuh kesyukuran ke atas Yang Maha Penyayang atas nikmat umur yang dipinjamkan buat diri ini. Membuatkan saya bermuhasabah, sejauh mana amal2 soleh yang telah saya lakukan sepanjang hidup ini. Kesal dengan nikmat umur yang selama ini diisi dengan amal yang sia-sia. Mengharapkan pengampunan Allah pada dosa-dosa yang lalu juga mengharapkan kasih sayang Allah dalam memandu diri ini menempuh kehidupan semasa dan yang akan datang.

Terima kasih yang tidak terhingga buat Umi dan Abah yang membesarkan diriku, menjaga, mendidik dan mengasuh saya, daripada seorang bayi yang hanya tahu menangis dan menagih perhatian sehinggalah menjadi saya yang sekarang. Masih banyak yang perlu saya pelajari dan pastinya, kalianlah guru yang paling akrab buat saya..

11 Jun mengingatkan saya pada kenangan 2 tahun yang lalu.

Di hening subuh 11 Jun 2009, saya menerima mesej bertalu2 di hp mengkhabarkan

pemergian seorang sahabat se’batch’, Allahyarham ‘Ammar Zulkifli. Benarlah, kematian itu sebaik2 peringatan. Allah memberi peringatan kepada saya, bahawa, kematian itu tidak mengenal usia dan juga tidak mengira masa. Apabila ajal itu tiba, Allah tidak akan melewatkannya atau mempercepatkannya barang sesaat pon. Sungguh, kejadian 2 tahun lepas benar2 mengubah pemikiran saya setiap kali tiba nya tarikh kelahiran saya ini.

11 Jun juga meninggalkan memori yang indah buat saya. Tahun lepas, pada tarikh ini, saya menjejakkan kaki buat kali pertama di bumi Jeddah dan juga bumi Madinah Al-Munawwarah. Tentunya kenangan ini tidak dapat saya lupakan. Alhamdulillah, saya diberi peluang oleh Allah untuk menjadi tetamu di Haramain ini setelah bertahun-tahun menyimpan angan-angan dan cita-cita. 11 Jun tahun ini, saya merindukan kenangan2 semasa ziarah dan umrah saya tahun lepas. Terasa seperti mahu kembali kepada saat2 itu. Tapi, apakan daya…kita hanya manusia.. (“,)

| Menjejakkan kaki di lapangan terbang Jeddah |
| 11 Jun 2010 |

Harapan saya,

Semoga dengan meningkatnya umur ini, tertingkat lagi amalan2 soleh, tertingkat lagi amal2 ibadah kepadaNYA, tertingkat lagi ilmu2 di dada, tertingkat lagi hubungan denganNYA, tertingkat lagi ‘ubudiah kepadaNYA.

Semoga saya menjadi lebih baik dari semalam.

Semoga Allah mengukirkan perjalanan hidup yang terindah buat saya kini dan di masa akan datang.

Semoga saya lebih kuat untuk menempuh onak liku juga cabaran2 dalam kehidupan ini.

Semoga saya menjadi lebih matang terutama dari segi pemikiran..

| Moga setiap langkahan dalam hidup ini diiringi Redha, Rahmat dan Kasih-sayang NYA |

Buat yang membaca post ini, Doakanlah saya..

Jzklh khair..

Moga Allah redha~~

2 comments:

  1. Amin ya Allah,
    terasa mcm nk kluar ja air mata ni. =(

    ReplyDelete
  2. ~Pelaut : Knailah pulak speechless jadinya..

    ReplyDelete